Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, ia adalah waktu yang mengujakan untuk ibu ayah membeli-belah barang keperluan dan kelengkapan bayi yang bakal lahir. Sudah pasti, senarai semak beli-belah disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan tiada barang yang ketinggalan.
Dalam kebanyakan barang keperluan bayi, ibu bapa sering buntu sewaktu mahu membeli stroller. Maklum sahajalah, harganya bukan setakat seringgit dua. Ada yang memakan harga hingga ribuan ringgit. Oleh sebab itulah sebelum membeli stroller, ibu bapa perlu teliti semua aspek dengan sebaik-baiknya.
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda berdua membeli stroller. Diharap dengan adanya informasi ini, ia dapat membantu kalian membuat keputusan yang tepat sesuai dengan keperluan si manja.
1. Bajet
Aspek ni sangat penting. Oleh kerana stroller di pasaran, mahal harganya maka anda perlu tetapkan bajet. Kemudian cari yang bersesuaian dengan bajet itu. Bagi yang ade bajet RM 500 ke bawah mungkin boleh dapatkan jenama seperti Sweet Cherry atau My Dear. Jika dalam lingkungan Rm 500 hingga RM1000 pula, boleh jenguk jenama Combi, Halford atau MacLaren.
Kepada yang ada bajet RM 1000 ke atas, antara jenama yang boleh diberi pertimbangan ialah Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo, Graco, Britax dan banyak lagi. Kalau mahu yang lebih mahal dengan bajet RM 5000 ke atas pula, lihatlah jenama Orbit Baby, Mima Xari, ICandy dan sebagainya.
Anda perlu ingat bahawa yang mahal tidak semestinya berkualiti. Apa-apa pun, ia bergantung kepada diri anda sendiri.
2. Keselamatan
Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan. Anda boleh periksa ciri ini dengan meneliti beberapa perkara. Pastikan tempat duduk boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak, adanya sistem tali pinggang keselamatan yang boleh menghalang bayi daripada terjatuh, tiada bucu tajam yang boleh cederakan anak anda, stroller kuat dan kukuh serta stabil dan ada sistem brek pada roda stroller.
Ads
3. Fungsi sistem recline
Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur enam bulan ke bawah. Bayi dalam lingkungan umur ini masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. Jadi, fungsi recline penting untuk membolehkan dia berada dalam stroller dan dapat berbaring dan tidur dengan selesa.
Jika anda mahu membeli stroller yang boleh dipakai sejak daripada usia lahir sehingga besar, pilihlah stroller yang ada fungsi recline.
4. Mudah dilipat
Apabila stroller mudah dilipat, mudah untuk anda kendalikannya. Carilah stroller yang boleh ditutup seperti lipatan payung dan mempunyai ciri lipatan menggunakan satu tangan. Jadi, ia mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana.
5. Saiz dan berat
Saiz sangat penting. Pastikan ia berpadanan dengan saiz kereta anda. Bimbang ia tidak muat untuk diletakkan di boot kereta. Selain itu, pilih jenis yang ringan. Jenama yang paling banyak menjual stroller ringan ialah Combi. Ada yang seringan 3 kg.
Ads
6. Pemegang boleh laras
Tinggi pemegang stroller harus berada selari dengan pinggang atau sedikit ke bawah. Jika tidak, anda mungkin perlu membeli stroller dengan pemegang boleh laras.
Faktor pemegang boleh laras ini terbahagi kepada dua. Satu, ia boleh dilaras daripada segi kepanjangan. Ini perlu jika ada pasangan yang salah seorang rendah dan seorang lagi tinggi. Satu lagi sebab ialah kebolehan pemegang boleh laras digerakkan ke hadapan dan belakang.
Bayi bawah enam bulan lebih sesuai menggunakan forward facing stroller kerana dia akan rasa lebih selamat bila nampak anda. Manakala enam bulan ke atas pula sesuai gunakan rear facing supaya pemandangannya tidak dihalang oleh badan anda.
7. Material
Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Dalam pada itu, apabila bercakap tentang bayi, kebersihannya perlu jadi keutamaan. Dapatkan stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Hal ini kerana bila lama dipakai, ia pasti kotor. Pastikan juga materialnya berkualiti. Tidak mudah koyak, tahan lasak dan kalis air.
Ads
8. Tali pinggang
Tali pinggang keledar amat penting untuk mengelakkan anak anda jatuh disebabkan pergerakannya yang aktif dan tidak diduga. Sistem yang paling selamat adalah sistem abah-abah lima penjuru – sekeliling pinggang, antara kaki dan dari bahu ke bawah. Pastikan kancingnya mudah untuk anda buka, tetapi cukup selesa dan selamat untuk anak anda.
9. Brek
Seperti membeli kereta juga, anda perlu cuba mengendalikan stroller ini. Cuba gunakan breknya. Adakah brek ini mudah digunakan dan berfungsi dengan baik apabila perlu
10. Pengendalian
Anda sepatutnya boleh menolak stroller dan memusingkannya semula dengan satu tangan. Roda hadapan dan belakang yang boleh berpusing memudahkan lagi pengendalian.
11. Tempat/bakul simpanan
Stroller yang bagus seharusnya mempunyai tempat menyimpan. Apabila membeli belah, anda boleh letakkan barang yang dibeli di tempat simpanan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini iaitu 11 November 2017, beribu-ribu barang dijual murah-murah. Ia menyaksikan satu lagi fenomena dalam urusan beli-belah secara online. Kebanyakan laman membeli-belah terkenal akan menawarkan harga murah yang ‘kaw-kaw’.
Antara yang dikhabarkan akan melakukan jualan secara besar-besaran termasuklah Shopee, Lazada dan 11st. Inilah masanya untuk anda membeli-belah barangan dan kelengkapan anak-anak. Jom kita jenguk apa yang ditawarkan oleh setiap satu laman membeli-belah terkenal ini.
Shopee
Kebanyakan barangan akan diberikan diskaun sehingga 90%. Malah ada juga yang dijual pada harga serendah RM11. Barangan-barangan itu termasuklah barangan berjenama terkenal seperti Nestlé , Maybelline, OPPO, Lux dan banyak lagi sempena pelancaran 11.11 Shopee Super Sale!
Pada tarikh keramat 11 November ini juga anda boleh melihat Shocking Sale sebanyak lima kali pada harga durian runtuh! Apa lagi, jangan lupa lawati laman web Shopee ya.
Lazada
Di laman web Lazada pula ada ditawarkan baucer berkod bernilai 11% keseluruhan dengan maksimum diskaun RM15 pada promosi revolusi online 11.11. Penebusan ini hanya sah laku pada 11 November 2017! Anda perlu cepat kerana ia ditawarkan untuk 10,000 pengguna sahaja.
Selain daripada itu, ada juga Lazada Gift Card yang sah pada tarikh 11 November 2017 sahaja. Wow!!! Jom hadiahkan diri sendiri dengan kad ini. Jadi bolehlah anda berjimat seboleh mungkin sambil membeli-belah barang sendiri dan anak-anak di sini. Namun, anda perlu ingat bahawa kad ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana Lazada Gift Cards atau baucar atau promosi di dalam satu pembelian.
11street
Bagi yang membeli-belah di 11street dan berbelanja minimum RM80, anda bakal dapat Kupon Bonus bernilai RM11. Namun yang demikian, kupon ini cuma boleh dimuat turun oleh pembeli yang baru pertama kali berurusan dengan 11street.
Antara lain, terdapat beberapa syarat lain penggunaan kupon seperti sah untuk pembelian produk tertentu, boleh digunakan sekali sahaja, perlu digunakan pada hari yang sama ia dimuat turun, tidak boleh digunakan untuk kategori tertentu dan tertakluk kepada syarat pembelian. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat yang dinyatakan di dalam baucar berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap tentang permainan lego, bukan kanak-kanak sahaja teruja tetapi ramai papa mama yang masih lagi minat dengan permainan kreatif yang menguji kecekapan minda tersebut.
Sesuai dengan tarafnya sebagai permainan evergreen, LEGO bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-90 tidak lama lagi.
The LEGO Group meraikan ulang tahun tersebut dengan meraikan kreativiti peminat dan kuasa permainan kerana LEGO® Play Well Study baharu menunjukkan bermain adalah asas kepada kesejahteraan dan kebahagiaan seisi keluarga.
The LEGO Group telah membuat tinjauan lebih daripada 55,000 ibu bapa dan kanak-kanak di lebih 30 negara dan mendapat bahawa hampir semua ibu bapa berpendapat kanak-kanak mengukuhkan kreativiti mereka (93%), komunikasi (92%), kemahiran menyelesaikan masalah (92%) dan keyakinan (91%) semasa mereka bermain.
Apabila kanak-kanak bermain, mereka membangunkan kemahiran yang membantu mereka berkembang maju dalam dunia yang berubah dengan pantas.
Ulang Tahun ke-90 LEGO
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, LEGOLAND Malaysia Resort bekerjasama dengan LEGO untuk Imigination Playground roadshow istimewa, semua pengunjung boleh menikmati baucar F&B PERCUMA RM150 dengan pembelian empat Triple-Park Pass sementara stok masih ada.
LEGOLAND® teruja untuk meraikan 90 Years of Play with the LEGO® Group.
“Kami tahu bahawa bermain mempunyai banyak kebaikan kepada seisi keluarga, jadi apakah cara yang lebih baik untuk meraikan selain bermain bersama?
Acara baharu kami memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenal pasti jenis permainan mereka dan menemui semula kegembiraan mencipta bersama-sama dengan LEGO® bricks.” kata CS Lim, Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort.
Bermain adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan LEGO® Play Well Study 2022 membuktikan bahawa bermain adalah asas kepada kesejahteraan dan kebahagian seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal beberapa hari saja lagi sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung. Sudah pastinya akan kita semua sibuk merancang perjalanan sama ada untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga tersayang.
Bagi anda yang memandu, jom ke PUSPAKOM berdekatan – pastikan kereta selamat dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma!
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.