Pengacara terkenal, Shera Aiyob yang juga merupakan pengacara bagi program Pa&Ma TV musim ketiga telah berkongsi satu luahan menerusi instagramnya berkenaan anak lelaki beliau, Nadi Anaqi. Gelagat anaknya menjadi perhatian netizen apabila memahami keadaan ibunya yang penat.
Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa pula tiba-tiba dia tanya macam tu.
Mommy pun jawab semula dengan soalan, ”Kenapa Anaqi tanya Mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepala dia.
Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku tengah penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak sambil dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan.
Tapi bila dengar Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja.
Ads
Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia akhirat. I love you so much Anaqi!
Rata-rata netizen memuji sikap ambil berat Anaqi. Anak lelaki perlu lah hebat dan mempunyai sifat yang melindungi. Ternyata Anaqi mempunyai ciri-ciri tersebut. Tak hairanlah netizen melabelkan Anaqi sebagai budak yang bijak.
Jika nak elak anak menangis di tadika, ibu ayah kena didik anak sejak umur empat tahun lagi. Inilah yang dinamakan belajar menyesuaikan suasana di tadika perlu dilakukan sejak awal lagi.
Pengasuh taska perlu memaklumkan kanak-kanak yang sudah cukup usia akan berpindah ke tadika. Kesediaan belajar ke tadika sangat penting untuk kanak-kanak membuat persediaan mental dan emosi.
Kanak-kanak yang begitu akrab dengan pengasuh taska dan rakannya akan merasa kehilangan apabila berada di tadika. Ibu bapa juga turut membantu kesediaan kanak-kanak untuk ke tadika. Antara kemahiran yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk persiapan transisi ke tadika lebih mudah.
1.Menggalakkan kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu dan bersemangat untuk belajar. Hal ini penting untuk kanak-kanak untuk memulakan belajar dengan mempunyai kesedaran belajar adalah menyeronokan.
2.Mengetahui untuk menulis namanya sendiri. Kebanyakan guru tadika suka jika kanak-kanak berupaya menulis namanya sendiri, biarpun seluruh perkataan ditulis dengan huruf besar. Permulaan belajar di tadika kanak-kanak diajar menulis dan membaca namanya sendiri merupakan kelaziman aktiviti di tadika.
3.Mengetahui cara membilang sekurang-kurangnya hingga angka 10. Kanak-kanak yang ke tadika digalakkan untuk memahami urutan nombor, contohnya menyedari nombor 3 selepas 2 dan sebelum 4.
4.Mengetahui abjad. Kebanyakan kanak-kanak mengetahui abjad nyanyian yang secara tidak langsung mengenal abjad dalam keadaan sendiri. Contohnya kanak-kanak mengenal huruf secara berasingan dengan menunjukkan huruf “b” dalam perkataan atau menyebut huruf “b”. Ibu bapa juga boleh melatih kanak-kanak membaca semasa dalam kenderaan melihat papan tanda dan plat kereta.
5.Boleh menggunakan gunting. Kanak-kanak yang tidak tahu cara menggunakan gunting boleh menjadikannya kecewa pada minggu pertama di tadika. Pada minggu pertama digalakkan aktiviti menggunakan gunting dan play doh untuk membina kemahiran motor.
6.Mengetahui untuk menjaga dirinya atau keperluan fizikal. Jika ingin mengembirakan guru tadika, ajar anak anda cara mengikat tali kasut atau memakai kasut dengan betul, menggunakan tandas, boleh zip seluar atau memasang butang baju dengan sendiri dan boleh menggunakan tisu dengan betul ketika batuk atau bersin.
Semoga ibu ayah membuat persediaan awal sebelum menghantar anak ke tadika pada tahun hadapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita bukanlah mak ayah yang sempurna, ada harinya kita tersilap kata ketika mendidik anak. Maafkan diri sendiri dan bangkit malah di bulan Ramadan yang masih berbaki beberapa hari lagi, apa kata sebagai mak ayah lebihkan berdoa untuk anak-anak kita. Doa kita adalah senjata buat bekalan untuk melindungi mereka.
Menurut Dr Redza Zainol, teramat rugi jika diantara kita yang terlepas mendoakan anak yang sedang membesar. Khususkan doa anda untuk anak-anak agar menjadi insan yang mulia dan terpuji akhlaknya.
Ruginya kalau sebagai ibu bapa, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu bapa itu tiada hijabnya.
Malam ni dah malam ke 20 Ramadan. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambillah peluang ni berdoa untuk anak-anak kita sampai ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa berada di jalan akidah yang benar.
11) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ada hari-hari yang terasa seperti kita ibu bapa yang cemerlang. Tapi ada juga hari-hari yang kita rasa gagal sebagai mak ayah. Pada ketika tu, kita hanya mampu berdoa.
Antara tanda sifat pemurah dan penyayang Allah SWT kepada kita, adalah dengan memberikan doa-doa yang mustajab buat hambaNya.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibu bapanya (dengan izin Allah).
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nur Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami,” kata Nur Suhaida Norwi, 30, ibu kepada murid Tahun Satu, Nur Khairunnisa Mohammad Haizir yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.
Gelagat anak kecil itu menunjukkan padang, kelas, kantin dan persekitaran sekolah ketika minggu orientasi kepada ibu bapanya yang cacat penglihatan menyentuh hati warganet yang beranggapan murid Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur, seolah-olah dewasa sebelum usia.
Memahami kami buta
Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ ibu dan bapanya terutama untuk bergerak ke mana-mana.
“Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.
“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya kepada Harian Metro.
Bercita-cita beli kereta besar
Bagi Mohammad Haizir Zakaria, 36, Nur Khairunnisa yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun antara yang diharapkan untuk menaiki pengangkutan awam dan menempah perkhidmatan e-hailing untuk bergerak.
“Anak ini tahu kami tidak nampak tetapi tetap juga mahu menjaga kami, paling meruntun jiwa cita-citanya untuk membeli kereta besar dan bawa kami berjalan-jalan.
“Saya faham kenapa anak bercita-cita mahu membeli kereta, mungkin dia nampak kepayahan untuk kami bergerak,” katanya yang cacat penglihatan sejak kecil.
Sejak usia 4 tahun dah pandai bawa diri
Menurutnya, sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.
“Bulan lalu, kami sekeluarga ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga di sana.
“Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairunnisa tahu apa yang perlu dilakukan, dia segera ke kaunter tiket bertanyakan apa perlu dilakukan kerana kami buta. Dia memang peramah dan bertanggungjawab walaupun masih muda,” katanya.
Mohammad Haizir berkata, setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.
“Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.
Dialah Mata Dan Tongkat Kami
Sementara itu, guru kelas Nur Khairunnisa, Amira Nadwa Mohd Nasir, 28, berkata, dia tersentuh hati melihat anak muridnya yang begitu kuat dan bertanggungjawab walaupun baru berusia tujuh tahun.
“Jatuh air mata saya melihat seorang anak kecil, memimpin ibu bapanya yang tidak dapat melihat ke orientasi Tahun Satu pada 31 Disember lalu ketika hari pertama ke sekolah.
“Dia sendiri menulis nombor telefon ibu bapanya walaupun baru bertatih dan terbalik menulis, kuatnya dia walaupun terpaksa berdikari dalam usia terlalu muda,” katanya ketika dihubungi.
Amira Nadwa berkata, selesai orientasi, Khairunnisa memimpin ibu bapanya untuk menunjukkan kelas, padang dan kantin seolah-olah mereka dapat melihat.
“Masih terbayang di mata saya Khairunnisa menunjukkan ‘mak, sini kantin, ini padang sekolah’.
“Selepas orientasi, saya bersembang buat pertama kali dengan ibu bapanya semalam (kelmarin) ketika hari pendaftaran pertama sekolah.
“Masih terkesan ayat ibunya kepada saya apabila mengandaikan Khairunnisa adalah mata dan tongkat suami isteri berkenaan.
“Sememangnya murid ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua walaupun masih kecil tetapi mempunyai jiwa besar, mampu memimpin ibu bapanya ke mana saja mereka pergi,” katanya.
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.