Senyuman adalah perkara pertama orang perhatikan dalam penampilan. Lebih-lebih lagi daripada si kecil yang senyumannya secantik pelangi, sinaran matahari dan segala perkara yang indah.

Kesihatan gigi dan mulut yang baik bermula daripada penjagaan gigi sejak peringkat awal usia walaupun gigi pertama belum muncul.

Dalam memastikan penjagaan gigi si kecil terpelihara sejak awal usia, ibu bapa juga perlu bijak membuat pilihan produk bersesuaian membantu usaha penjagaan gigi anak.

Kalau Nak Gigi Anak Sihat & Cantik, Rajin-Rajin Jaga Sejak Lahir Lagi

PRODUK MANA YANG SESUAI?

IKLAN

Mulakan tugas membersih mulut dan gusi bayi yang baharu lahir dengan kain lembap dan Buds Oral Gel for Baby Teeth and Gums yang bebas daripada bahan pengawet.

Pada usia satu tahun, bila lebih banyak gigi muncul dan anak mula makan pelbagai jenis makanan, anda perlu beralih ke Buds Children’s Toothpaste with Xylitol, variasi yang tidak mengandungi Fluorida. Gunakan ubat gigi ini sehingga anak anda mampu meludah dan membilas mulut dengan sendiri.

Menjelang usia tiga tahun, bila anak sudah boleh meludah ubat gigi selepas memberus, anda boleh memperkenalkan Buds Children’s Toothpaste with Fluoride. Pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa Fluorida mampu melindungi gigi dengan lebih baik terutamanya apabila kanak-kanak mula tumbuh gigi kekal. Ibu bapa boleh memilih untuk terus menggunakan Buds Children’s Toothpaste with Xylitol (bebas Fluorida) jika anak masih belum bersedia untuk menggunakan ubat gigi berfluorida.

IKLAN

Fluorida disarankan oleh World Health Organisation (WHO) serta pelbagai organisasi kesihatan negara-negara maju. Secara saintifik, ia adalah bahan yang masih paling berkesan dalam pencegahan pereputan gigi.  Organisasi-organisasi ini percaya bahawa dengan dos yang bersesuaian dan penyeliaan ibu bapa, kebaikan Fluorida akan melebihi kesan-kesan sampingan yang berpotensi jika tertelan.

Kalau Nak Gigi Anak Sihat & Cantik, Rajin-Rajin Jaga Sejak Lahir Lagi

IKLAN

LEMBUT, SELAMAT DAN BERKESAN!

Memanfaatkan penemuan saintifik terkini mengenai keberkesanan bahan-bahan tumbuhan aktif dalam penjagaan gigi, rumusan Buds mengandungi:

  • Bahan pembersih yang diperolehi semula jadi
  • Jus daun Lidah Buaya organik yang bersifat anti-bakteria dan menenangkan
  • Asid Fitik berasaskan bijirin (sebagai bahan perencat bagi pembentukan plak gigi, penghakisan enamel dan pereputan gigi)
  • Xylitol semula jadi untuk mencegahkan kaviti gigi dan mengekalkan kesihatan mulut secara menyeluruh
  • Tahap Fluorida yang selamat ditambahkan dalam ubat gigi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun untuk menguatkan lagi pencegahan kaviti gigi

Untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa, ubat gigi Buds adalah selamat walaupun ditelan secara tidak sengaja kerana ia bukan sahaja bebas daripada bahan pengawet, malah ia juga diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan yang memiliki profil keselamatan dan klinikal yang baik serta berkualiti tinggi.

Sama seperti produk-produk Buds yang lain, Buds memastikan ia disahkan organik oleh ECOCERT, sebuah badan pensijilan bebas antarabangsa yang termasyhur dengan integriti, kualiti dan selamat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI