Hakikatnya, amalan penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia tidak juga susah! Asalkan anda tahu teknik yang betul, amalan ini dapat dilaksanakan dengan tenang dan dan lancar.
Bagi anda yang berazam mahu menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga umurnya dua tahun, berikut adalah panduan penting yang perlu diambil peduli. Kalau nak berjaya lengkapkan penyusuan susu ibu, tip ini anda kena buat ya.
Sepanjang tempoh dua tahun ini, pasti akan ada cabaran-cabaran yang perlu ditempuh sehingga boleh menyebabkan anda jadi putus asa. Sistem sokongan di sekeliling anda banyak mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu. Diri anda sendiri perlu siap secukupnya daripada sudut mental dan fizikal. Oleh itu, kena ada tekad dan kekalkan semangat.
Perlu sediakan mental
Anda dan suami perlu merancang dari awal. Sejak sebelum kelahiran bayi. Tanamkan niat hanya mahu susukan bayi dengan susu ibu sebaik sahaja dia dilahirkan dan diteruskan sehingga umurnya dua tahun.
Tambah ilmu
Kalau sudah pasang niat tetapi tidak tahu cara-caranya, susah juga. Jadi, anda perlu cari dan tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu. Baca artikel-artikel di Internet, rujuk di blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan sertai forum penyusuan susu ibu.
Ads
Buku dan majalah yang mempunyai informasi tentang penyusuan susu ibu pun perlu dibaca. Bila ada ilmu, sudah pasti anda lebih faham dan yakin apabila berdepan dengan apa-papa pun masalah yang berkaitan.
Sokongan suami dan orang terdekat
Apabila tekad menyusukan bayi dengan susu ibu, jangan malu untuk berkongsi niat kepada suami, keluarga dan orang terdekat. Sokongan mereka penting!
Mungkin ada di antara mereka yang tidak begitu memahami tentang konsep penyusuan susu ibu. Tidak mengapa. Anda perlu teguh dengan pendirian dan ilmu yang telah anda kumpulkan. Dalam masa sama, kongsi ilmu yang ada pada anda.
Persediaan material
Antara kelengkapan penting yang perlu ada apabila mahu menyusukan bayi ialah pam payudara, pad payudara, bantal menyusu, coli menyusu dan macam-macam lagi.
Ads
Apabila kelengkapan ini ada, proses penyusuan akan jadi lebih selesa dan mudah. Barulah seronok menyusukan anak. Walaupun begitu, tidak perlu membazir wang membeli yang bukan-bukan. Utamakan keperluan asas terlebih dahulu.
Persediaan rohani
Semasa mengandung, sentiasalah berdoa semoga Tuhan permudahkan urusan mennyusukan anak. Bagi Muslim, boleh amalkan zikir Ya Matin. Caranya ambil segelas air dan baca Bismillah sama ada tiga, sepuluh atau 100 kali. Kemudian baca zikir Ya Matin 70 kali. Akhiri dengan selawat. Minum air itu dengan niat mahu menyusukan anak.
Selain daripada itu, amalkan juga surah Al-Hujurat. Ia adalah ikhtiar memperbanyakkan susu ibu.
Ads
Persediaan fizikal
Ibu menyusu perlu menjaga kesihatan fizikal. Jika tidak sihat mahupun badan penat, proses penyusuan akan jadi mencabar. Untuk itu, jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu rasa gembira dan bersikap positif.
Pemakanan sihat
Pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Ada baiknya, anda kurangkan ataupun elakkan makanan proses dan tidak berkhasiat.
Setiap hari, anda digalakkan untuk minum lebih kurang tiga liter air di samping mengamalkan makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu ibu.
Elakkan stres
Tertekan itu perkara biasa. Namun, penting untuk anda mengurus tekanan yang dialami. Jangan terlalu ikutkan hati. Ia boleh ganggu penghasilan susu ibu. Ada baiknya anda bertenang setiap kali berde[an masalah atau apa-apa jua jenis tekanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium? Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini?
Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.
Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu.
Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk:
Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau jogging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi.
Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.
Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika anda tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan “mencuri” kalsium daripada anda. Ini menyebabkan tulang anda mengalami kehausan kalsium.
Anda perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.
Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 – 1200 mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.
5 ubat perlu dielakkan
Aspirin
Ia berupaya menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit. Lalu, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
Litium
Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
Tetrasaiklin
Ia merupakan sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
Ubat penahan sakit
Ubat ini boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
Antibiotik
Ada beberapa jenis antibiotik yang tidak selamat untuk wanita hamil ialah tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Begitu juga dengan Bactrim dan Septra.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, penyanyi dan juga pengacara Kaka Azraff baru-baru ini telah membuat kejutan untuk peminatnya dengan mengumumkan jantina anak dalam kandungan. Usia kandungan Kaka kini berusia lapan bulan, nampaknya Kaka dapat menjalani tempoh kehamilan dengan baik dan lancar.
Menerusia perkongsian di Insta storynya, Kaka dan suami, Adam Azriff telah mengadakan satu majlis Baby Shower di sebuah kafe yang terletak di Subang, Selangor pada malam Ahad yang lalu.
Menerusi video dan gambar yang dikongsikan itu, pelantun lagu ‘Sibuk’ ini dilihat mula memecahkan belon berbentuk berlian yang merupakan simbolik untuk bayi yang dikandungnya itu. Semua yang hadir menunggu dengan penuh debaran dan akhirnya kertas berwarna biru yang jatuh bertaburan.
Rata-rata yang hadir pada majlis tersebut bersorak gembira sebaik sahaja Kaka mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. Untuk makluman, warna biru adalah simbolik bagi bayi lelaki, manakala warna merah jambu pula simbolik untuk bayi perempuan.
Dalam perkongsian yang lain di Instagram miliknya, Kaka turut menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan dua orang ibu yang penyayang (ibu kandung dan ibu mentua)
“Ma QUEENS My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom thank you for everything Mummy! @shinafie69 .Love you both! Mama & Mummy #genderReveal”
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian para peminat Kaka. Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan melahirkan bayi yang dikandung berjalan dengan lancar.
Tahniah diucapkan kepada Kaka Azraff dan suami. Semoga segala urusan melahirkan akan berjalan dengan lancar nanti!
Menyentuh tentang menambah bilangan anak, nyata ramai antara kita akan pastikan benar-benar bersedia bukan sahaja dari sudut ekonomi malah emosi dan mental juga.
Namun, jika sudah tertulis direzekikan untuk memiliki anak meskipun dalam tempuh jarak yang dekat, siapalah kita untuk menolak rezeki yang cukup istimewa dariNya.
Baru-baru ini viral juga berkenaan satu video di Tiktok, seorang isteri bernama Jessica Olivia yang menunjukkan keputusan alat pregnancy test kepada suaminya yang ketika itu sedang berada di atas katil sambil menjaga anak kedua mereka yang berusia 3 bulan.
Apabila si suami diberikan alat tersebut, wajahnya terus berubah daripada wajah ceria melayan si anak bertukar kecewa dan cuak. Apa tidaknya, risau memikirkan isterinya telah mengandung lagi sedangkan anak maasih kecil.
Lebih kelakar lagi, si suami dilihat seakan sukar menerima berita tersebut dan beberapa kali beristighfar dengan berita yang diterimanya itu.
Sedangkan ini semua adalah helah si isteri untuk melihat reaksi si suami andai kata dia mengandung dalam jarak waktu yang terdekat dengan kelahiran sebelum ini.
Melihat reaksi spontan suaminya begitu, tak disangka pula menimbulkan rajuk di hati isterinya pula.
Video ini meraih jumlah tontonan yang ramai dan wargamaya turut terhibur melihat gelagat dan reaksi pasangan suami isteri ini. Sementara itu ramai juga yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman masing-masing.
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...