Risau dengan kesihatan dan juga keselamatan isteri tercinta yang sedang mengandungkan anak pertama, pelakon dan penyanyi Fattah Amin menyatakan bahawa dia tidak boleh lalai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh kerajaan selain mengelak daripada berjumpa dengan ramai orang.
Kata Fattah, dia tak boleh lalai dengan SOP kerana dalam masa sama perlu menjaga isterinya, Fazura yang sedang hamil.
“Memang saya risau dengan Fazura sedang hamil anak pertama kami. Tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada.
“Selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, insya-Allah semuanya selamat,” katanya kepada portal hiburan, Gempak.
Tambah pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin dia memilih untuk tidak bergaul dengan orang ramai sekiranya tidak memerlukan.
Ads
“Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP. Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.
“Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah. Apa-apa pun kena pandai jaga diri. Insya-Allah tak ada apa-apa,” katanya lagi.
Ads
Menjenguk ke laman sosial Instagram milik pelakon Gol & Gincu, Fazura yang sedang menunggu kelahiran anak pertama yang dijangka lahir pada Oktober depan ada berkongsi foto terkini dirinya yang sedang hamil.
Bila perut makin sarat, ibu-ibu selalunya akan menghadapi masalah untuk tidur di waktu malam. Untuk elakkan dari berlanjutan, boleh cuba 6 tips ini.
Tidak dapat tidur lena ini ialah dipanggil insomnia. Insomnia adalah persepsi tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti. Perubahan hormon dan ketidakselesaan fizikal semasa hamil boleh memberi kesan kepada kualiti tidur ibu hamil.
Ramai ibu hamil yang berasa sukar untuk tidur kerana mereka tidak selesa, kerap ke tandas, mengalami kekejangan kaki, dan ada yang berasa teruja- dan juga bimbang- memikirkan kelahiran bayi nanti.
Memandangkan ibu hamil akan berdepan dengan pelbagai perubahan dalam kesihatan fizikal mereka, begitu juga emosi, jadi insomnia mungkin boleh terjadi kepada kebanyakan wanita semasa hamil. Hal ini adalah disebabkan oleh banyak sebab, namun terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi.
#1: DAPATKAN POSISI PALING SELESA
Anda boleh mencuba posisi tidur yang baru untuk mencari cara yang lebih selesa untuk anda tidur. Bantal tidur boleh digunakan untuk menyokong keselesaan anda semasa trimester ketiga. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan bantal seperti meletakkannya di bawah kepala ataupun lengan anda, mengepit bantal antara dua lutut ataupun menyelitkan sedikit di bahagian belakang badan anda. Carilah posisi yang mana anda selesa.
#2: RANCANG PEMAKANAN ANDA DENGAN BIJAK
Minum segelas susu suam boleh membantu memberikan anda mood tidur. Makanan yang tinggi karbohidrat, seperti roti ataupun biskut, juga boleh membantu anda ingin tidur. Sebagai tambahan, snek yang tinggi protein juga boleh memastikan tahap gula darah meningkat dan boleh mencegah mimpi buruk, sakit kepala, dan rasa panas. Namun, anda perlu selesai makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur anda, elakkan juga makan makanan berat pada lewat malam.
#3: TANGANI KEBIMBANGAN DAN DAPATKAN REHAT
Bimbang tentang bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anda kehilangan tidur. Jadi, bercakaplah dengan pasangan, rakan, keluarga ataupun ahli terapi untuk mendapatkan idea bagaimana menangani kebimbangan anda. Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa teknik relaksasi seperti regangan, yoga, urutan, pernafasan dalam dan mandian panas sebelum masuk tidur, yang mana boleh membantu anda menenangkan minda dan merehatkan otot.
#4: BERSENAM SETIAP HARI
Senaman harian semasa hamil menggalakkan kesihatan fizikal dan mental. Senaman juga boleh membantu anda tidur lebih lena. Walau bagaimanapun, senaman yang keterlaluan dalam masa empat jam sebelum tidur adalah perlu dielakkan.
#5: KURANGKAN TIDUR SIANG
Tidur pada siang hari, terutama semasa trimester pertama, adalah digalakkan untuk wanita hamil. Akan tetapi, ia adakalanya membuatkan anda lebih sukar untuk tidur pada waktu malam kerana anda sudah cukup rehat pada waktu siang.
#6: CIPTA SUASANA TIDUR
Pastikan bilik anda menyediakan suhu dan nyalaan lampu yang selesa untuk anda tidur. Nyalaan biru yang datang dari telefon bimbit, tablet, ataupun jam digital di sebelah meja tidur anda mungkin boleh mengganggu waktu tidur anda. Sebelum tidur, pastikan anda menutup suis televisyen, komputer, dan semua sumber nyalaan biru.
Wanita hamil memang akan ada perangai pelik yang mesti difahami oleh para isteri untuk mengelakkan berlaku salah faham dan melabel isteri mengada-ngada.
Suami mana yang tak gembira dan bersyukur bila isteri tersayang disahkan sudah mengandung. Namun para suami terutama yang pertama kali bakal bergelar ayah perlu bersedia mental dan emosi untuk berhadapan dengan bermacam perangai ‘pelik’ si isteri.
Suami jangan cepat marah isteri kalau perangainya agak pelik dan ‘mengada-ngada’ daripada biasa. Itu lumrah isteri yang hamil.
Berikut beberapa perangai pelik isteri yang mengandung.
1. Tak boleh masuk dapur
Entah kenapa bila sahaja ‘mabuk’ mengandung menyerang, dapur seperti menjadi kawasan larangan. Bukan semua masalah ini melanda ibu hamil tapi bagi yang mengalaminya, dapur seolah-olah kawasan yang sangat busuk dan memualkan.
Jadi, diharap suami dapat memahami dan tidak mendesak isteri atau menuduh orang rumah mengada-ngada. Biasanya perangai pelik ini akan berakhir dengan sendirinya apabila ‘mabuk’ mengandung hilang selepas tiga bulan kehamilan.
2. Malas mandi
Ini bukan main-main dan saja-saja tapi rasa malas itu datang tidak semena-mena. Entah kenapa badan terasa sakit bila terkena air paip. Bau bilik mandi juga menambahkan lagi rasa malas hendak mandi. Tapi suami jangan risau, biasanya selepas berakhir alahan, isteri akan kembali normal.
3. Benci dengar bunyi telefon
Di awal kehamilan, ada ibu hamil yang benci mendengar bunyi telefon. Rasa seperti mengganggu ketenteraman dan makin membuatkan rasa pening kepala.
4. Tak suka bau wangi
Kalau dulu pantang bau busuk, pewangi memang satu kewajipan. Tetapi bila awal mengandung, bau wangi seperti musuh ketat. Memang ibu akan tutup hidup ketat-ketat!
5. Bawa tisu ke mana-mana
Mungkin tak ramai yang mengalaminya tetapi bagi yang melaluinya ia adalah pengalaman perit sepanjang hamil. Bayangkan sepanjang sembilan bulan mengandung, tisu adalah peneman setia mesti ada dalam beg tangan.
Kegunaan tisu adalah untuk membuang air liur/ludah yang sentiasa bertakung di mulut. Perubahan hormon dalam badan membuatkan ada ibu hamil yang mengalami pengeluaran air ludah terlalu banyak dan perlu dibuang setiap masa.
6. Pantang bau masakan
Bau jiran sebelah rumah menumis bawang dan cili sudah cukup membuatkan ibu hamil termuntah-muntah. Ia bukan mengada-ngada tetapi tindakan tersebut berlaku secara spontan.
7. Tak suka makanan kegemaran
Entah kenapa sebaik sahaja disahkan hamil, tekak rasa loya dan tak lalu hendak menjamah makanan kegemaran. Jika dulu, pantang sebut, mesti tak sabar hendak makan. Tetapi bila awal hamil, makanan kegemaran menjadi makanan tidak digemari.
8. Tak boleh bau suami
Ini paling sukar difahami. Tetapi ia berlaku kepada sesetengah orang. Tiba-tiba bau badan suami menjadi bau yang kurang enak dan boleh membuatkan mual dan hendak muntah. Jika isteri anda berperangai sebegini, banyakkan bersabar!
9. Tak boleh minum air masak
Di awal kehamilan, ramai bakal ibu yang tidak boleh minum air masak. Tekak yang payau semakin menjadi-jadi apabila terpaksa minum air masak. Lebih teruk, ada yang sampai muntah-muntah jika dipaksa minum juga.
10.Tak suka masuk rumah/bilik sendiri
Pelik tapi benar. Perasan tidak suka itu bukan dibuat-buat tetapi secara tiba-tiba rumah atau bilik tidur sendiri seperti menjadi kawasan paling tidak digemari.
Mujurlah perangai pelik isteri hamil ini biasanya berakhir sebaik usia kandungan masuk empat bulan. Kalau tidak jenuh juga suami hendak berhadapan dengan perangai pelik isteri sepanjang sembilan bulan.
Apa pun, suami perlu banyak bersabar dengan kerenah si isteri kerana ia hanyalah bersifat sementara sahaja. Fikirkanlah kesukaran yang dihadapi isteri anda untuk melahirkan zuriat tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air ketuban atau cecair amniotic ini merupakan cecair yang melindungi dan meliputi janin dalam kandungan ibu hamil.
Air ketuban kurang atau terlalu tinggi boleh mendatangkan beberapa komplikasi terhadap kehamilan anda. Disebabkan itulah doctor sentiasa memeriksa kandungan air ketuban ini agar tidak memberi kesan kepada bayi.
Air jernih yang mengelilingi bayi dan melindungi bayi ini juga berfungsi seperti berikut:
* Melindungi janin di dalam rahim daripada tekanan di bahagian luar sama ada pukulan atau trauma.
* Membantu perkembangan paru-paru bayi
* Mengawal suhu agar sentiasa stabil dan normal untuk memastikan bayi dalam keadaan hangat.
* Membantu perkembangan otot dan tulang bayi.
* Memainkan peranan dalam perkembangan system penghadaman bayi disebabkan cecair yang ditelah semasa dalam rahim.
* Memastikan bayi mendapat keperluan nutrisi, ruang dan oksigen yang mencukupi.
Bahaya jika air ketuban ini semakin berkurangan. Ini pula pentanda bila air ketuban makin berkurang. Awas mama!
* Jumlah cecair amniotic kurang yang dikesan melalui ultrasound
* Tidak mencapai berat badan yang ideal Ketika hamil.
* Degupan jantung bayi yang turut secara tiba-tiba beberapa saat sebelum Kembali normal.
* Cecair keluar dari faraj.
* Air ketuban kurang juga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas (untuk komplikasi yang teruk)
Risiko air ketuban kurang
Kekurangan cecair amniotic boleh menjejaskan tangan, kaki, paru-paru dan anggota badan si kecil. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada anak anda.
Oleh itu anda perlu ketahui langkah-langkah untuk menambah air ketuban seperti yang disyorkan oleh doctor.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.