
Menjadi isteri dan ibu bukanya tugasan yang mudah. Namun ianya satu tanggungjawab yang perlu wanita laksanakan dengan baik. Lumrah bagi wanita, ingin menjaga keluarga dengan sebaik mungkin dan menyiapkan semuanya demi anak dan suami. Namun kudratnya tak sekuat lelaki, emosinya sangat rapuh.

Kesan terhadap fizikal, mental dan emosi seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu dalam mengimbangi antara kerjaya, pembelajaran anak, layanan terhadap suami dan menguruskan kerja-kerja rumah…
Wanita itu multi-tasking…wanita boleh berfikir 2, 3 perkara dalam masa yang sama, wanita juga boleh melakukan 2,3 perkara dalam masa yang sama…
Namun, mereka ada limit mereka…
Jika kita nampak mood isteri dah tak keruan, jika kita nampak dia dah mula marah-marah, jika kita nampak dia dah mula tinggi suara, jika kita nampak dia duduk diam macam tengah berfikir tanpa buat apa-apa, termenung, mengelamun, bermimpi disiang hari, maka dia sebenarnya sedang menghantar isyarat bantuan…

Dia perlukan pertolongan, bebanan yang dipikulnya perlu diringankan…
Dia dah penat dengan multi-task yang dia perlu handle…kalau dia fokus kepada anak-anak, nanti suami balik tak ada apa nak makan…kalau dia fokus kepada kerja-kerja rumah, nanti kerja-kerja sekolah anak tak sempat disiapkan…kalau dia ambik pendekatan buat setakat yang mampu, maka dia tak puas hati bila masih ada perkara yang tertunda, tak sempat dibuatnya…

Fizikal dah penat, emosi dah sarat, mental dah tenat…
Suami perlu step in, ambik dan buat apa yang isteri selalu buat…jadikan itu sebagai tugas kita pulak, ambik alih daripada isteri sepenuhnya…

InsyaAllah, lebih harmoni dan tenang si isteri bila suami berkongsi bebanan dengannya…
Kredit: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Mama Dah Tak Sayang Kakak” Jeritan Ini Tanda Anak 5 Tahun Hatinya Sangat Terluka

Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.

Baca: Diam-Diam Anak 5 Tahun Order Kasut Frozen 2 Pasang. Siap Beli Sekali Untuk Adik!
Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan persepsinya.
Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisiplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.

Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri. Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.
Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.
Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan.
Nota Ringkas:

Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2.Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3.Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4.Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.
InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.
Salam Kasih,
Kredit: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi? Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya

Selalu kalau selepas menyusukan si manja, ibu ada cuba sendawakan bayi tak? Jika tidak, ini cara mudah sendawakan bayi yang boleh dicuba. Percayalah, pasti mereka takkan meragam.

Ketahui cara mudah sendawakan bayi
Bahagian penting dalam sesi penyusuan adalah untuk membuatkan bayi sendawa.
Ini kerana ia bantu menyingkirkan sebahagian udara yang cenderung tertelan oleh bayi semasa menyusu.
Bayi yang tidak disendawakan dan menelan udara terlalu banyak sering kali akan terjeluak atau memuntahkan kembali susu.
Mereka juga sering meragam disebabkan ketidakselesaan yang dialami kesan kembung perut dan berangin.
Sebab itulah penting untuk ibu ayah mengetahui cara mudah sendawakan bayi.
Bayi perlu disendawakan
Sendawa adalah penting untuk dilakukan kepada bayi tidak kira pada siang atau malam hari.
Adakalanya si manja mungkin terlelap ketika penyusuan, namun itu bukan bermakna anda tidak perlu sendawakan mereka.
Bayi yang sudah dibantu untuk bersendawa dikatakan akan mendapat tidur dengan lebih lena.
Tidak dinafikan, apabila si kecil tertidur semasa menyusu, ibu akan berasa serba salah.
Risau seandainya pergerakan ketika cuba menyendawakan bayi akan membuatkan mereka terjaga, betul tak?
Walau apa pun, ibu masih perlu mencuba cara sendawakan bayi selepas menyusu selama beberapa minit sebelum meletakkan mereka kembali ke tempat pembaringan.
Jika tidak, akan ada kemungkinan untuk mereka terjaga kerana rasa sakit disebabkan gas yang terperangkap.
Sememangnya ada bayi yang tidak bersendawa, tidak kira sama ada dengan sendiri atau melalui bantuan anda.
Seandainya, si manja berada dalam kelompok yang perlu disendawakan, ada pelbagai cara mudah sendawakan bayi yang boleh anda cuba walaupun ketika mereka sedang tidur.
Langkah demi langkah cara mudah sendawakan bayi selepas menyusu
Berikut beberapa petua untuk membantu anda sendawakan bayi dengan jayanya:
- Lindungi pakaian anda dengan meletakkan kain sebagai pelapik antara pakaian dan mulut bayi
- Pastikan anda sentiasa menyediakan bekalan untuk pakaian, napkin bayi dan bib sekiranya si manja terjeluak
- Kebanyakan bayi dapat disendawakan melalui tepukan atau gosokan lembut. Namun ada juga si manja yang mungkin memerlukan sentuhan yang lebih kuat sedikit untuk bersendawa
- Fokuskan pada bahagian kiri belakang badan, yang merupakan posisi perut si kecil

Posisi terbaik
Terdapat 3 cara sendawakan bayi selepas menyusu yang paling asas, iaitu:
- Di bahu
- Dibaringkan pada pangkuan
- Duduk
Untuk mengetahui posisi terbaik dan berkesan bagi si manja, anda perlu mencuba ketiga-tiga kedudukan ini terlebih dahulu.
1. Di bahu
Sandarkan bayi pada bahu anda.
Letakkan sebelah tangan pada bahagian punggung si kecil sebagai sokongan untuk tubuh mereka.
Kemudian, lakukan tepukan atau gosok secara perlahan di bahagian belakang tubuh mereka dengan tapak tangan sebelah lagi.
Cara mudah sendawakan bayi: 2. Baringkan bayi pada paha
Baringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha anda – perut si manja berada di sebelah kaki, manakala bahagian kepalanya di bahagian kaki lain.
Angkat sikit bahagian dada dan letakkan sebelah tangan anda untuk menyokong dan memegangnya dengan selamat.
Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.
3. Posisi duduk
Pegang bayi seperti dalam kedudukan duduk di atas pangkuan paha anda. Bongkokkan tubuh bayi sedikit ke hadapan.
Berikan sokongan pada kepada dan dada mereka menggunakan sebelah tangan anda.
Sebelah tangan lain pula, berikan tepukan atau gosok secara perlahan belakang badan si manja.
4. Sambil berjalan
Posisi ini hanya disarankan untuk dilakukan kepada bayi yang sudah mampu mengawal kepala mereka sendiri.
Anda boleh mendukung bayi pada bahagian dada dan biarkan muka si manja menghadap ke luar.
Pastikan sebelah tangan anda memberikan sokongan pada bahagian bawah badan mereka.
Letakkan sebelah tangan lain pada bahagian bawah perutnya untuk memberikan tekanan ringan.
Cara mudah sendawakan bayi tidur
Dengan cara pegangan dan latihan yang betul, tip untuk membuatkan bayi sendawa di bawah pasti boleh membuatkan mereka mengeluarkan gas:
#Disandarkan di atas bahu
Merupakan kedudukan yang paling mudah jika ingin membantu bayi mengeluarkan gas ketika tidur tanpa membangunkan mereka.
Letakkan mereka di bahu dan pegang bahagian bawah badan dengan selesa semasa anda menepuk atau menggosok belakang badan si manja
Jangan terlalu kuat, okay? Atau padahnya si kecil akan terjaga!
#Sandarkan pada dada
Sama seperti kedudukan di atas, cuma bezanya bayi berada pada bahagian dada anda.
Posisi ini mungkin lebih selesa jika anda sedang duduk di atas sofa.
Bayi akan membengkokkan kakinya seakan posisi katak – ia sekali gus membantu mengeluarkan lebih banyak gas.
Jika perlu, gosokan secara perlahan bahagian belakang si manja.
#Di pangkuan anda
Dengan perlahan-lahan, letakkan bayi seperti posisi berbaring di pangkuan anda untuk membuatnya bersendawa.
Tetapi anda harus ketahui, dalam posisi ini, si manja mungkin akan lebih cenderung mengalami muntah susu.
#Pada lengan
Cara ini mungkin janggal, khususnya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Tetapi cara sendawakan bayi selepas menyusu ini adalah teknik terbaik untuk bayi baru lahir atau si manja yang bersaiz kecil kerana tubuh mereka dapat muat dengan sebaiknya pada lengan anda.
Pastikan kepala bayi berada pada bahagian sudut siku. Tepuk atau gosok perlahan belakang badan si manja sehingga mereka mengeluarkan gas.
Bayi tidak sendawa?
Ada sesetengah bayi tidak menelan udara dalam kuantiti yang banyak, jadi mereka mungkin tidak akan sendawa dengan kerap.

Bagi bayi lain pula, mereka mungkin mengeluarkan gas dengan sebaiknya, jadi tidak perlu bersendawa.
Sekiranya si manja anda tidak terganggu dengan masalah perut kembung atau berangin, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Termarah Anak Tu Normal. Cuma Biarkan Anak Terpinga-Pinga Tu Yang Silap

Ibu adalah wanita yang sangat hebat. Tak kisah dalam keadaan susah atau senang, keutamaannya adalah anak. Begitu juga dalam bab menguruskan kerenah anak. Walaupun dengan pelbagai ragam, ibu tetap boleh urus.
Biasanya kerenah anak-anak walau berapa usianya, ibu boleh urus. Dengan syarat ibu sentiasa tenang, terkawal dan bijak kendali diri dan anak dengan beberapa cara tertentu. Syaratnya ibu perlu tenang, dan emosi sentiasa terkawal.

Bila ibu tak boleh kawal emosi, anak buat silap sikit pun kita terus nak marah. Semua salah di pandangan mata, dan semua hal pun nak marah. Betul tak?
Bagi anda yang nak tahu macam mana nak hadapi keadaan dengan lebih tenang tanpa ‘memetir’ sepanjang masa, Penulis Ilmu Keibubapaan, Taufiq Razif ada jawapannya.
Kadang dah cuba kawal emosi tapi kita tetap
– tertengking
– termarah
– terjerit
– tercubit

Kadang ianya berlaku secara automatik lebih lebih bila si ibu
– sedang penat
– sedang lapar
– sedang serabut
– sedang tertekan
– sedang sakit badan
Ketahuilah ibu-ibu semua, bahawa ianya normal untuk kadangkala teremosi pada anak anak asalkan kita
– belajar untuk baiki diri
– belajar untuk improve kawalan emosi
– belajar untuk tampal balik kecederaan emosi anak sendiri

Paling penting sekali adalah belajar untuk merendahkan diri dan meminta maaf pada anak anak kita sendiri. Dari situ anak kita akan belajar tentang
– kerendahan hati
– kematangan diri
– kekayaan hati
Meminta maaf tidak menjadikan kita orang yang kalah. Meminta maaf bererti kita punya hati yang tunduk merendah tetapi tetap terhormat dan gagah.
Kredit: Taufiq Razif
ARTIKEL MENARIK [Tengah Marah Cepat-Cepatlah Peluk Anak, Hati Kembali Tenang, Emosi Anak Pun Makin Stabil]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Korek Telinga Anak, Ibarat Kita ‘Tembak’ Sesuatu. Cuci Boleh, Bukan Sampai Dalam]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


