Anak tak sihat atau demam, ibu paling susah hati. Situasi ini turut dirasai Noor Nabila selepas kehadiran Jebat Jayden empat bulan lalu.
Menurut Nabila, baru tahu dan faham macam mana perasaan seorang ibu bila tengok anak tak sihat.
“Sebelum ada anak, mungkin kita tak boleh nak selami perasaan seorang ibu tapi bila dah ada zuriat sendiri automatik jiwa rasa sensitif. Ibaratnya kehadiran anak telah mengubah kehidupan seorang wanita.
Menerusi posting di instagramnya, Nabila menyatakan selepas Jebat disuntik dia demam tapi alhamdulillah tak menangis atau merengek.
Cuma Jebat lebih banyak diam kerana badannya lemahnya. Kalau boleh tukar tempat dengan anak, Nabila lebih sanggup. Inilah orang kata kasih seorang ibu tiada batasnya.. macam ni la ya mak kita rasa kan? luah Nabila.
“Ibu, tangan abang gatal-gatal lah. Lepas tu ada bintik-bintik merah. Kenapa ni?”…..
Sebagai ibu, adakah anda boleh mengagak kondisi anak anda ini? Semasa berada di rumah, tidak pula anak anda mengalami keadaan sebegini, tetapi lain pula sejak dia tinggal di asrama.
Anda masih keliru? Baca penerangan mengenainya di bawah ini.
Kudis buta?
Ya, kondisi yang sedang anak anda alami adalah satu keadaan yang disebut sebagai kudis buta, atau nama lainnya, scabies. Ia adalah satu serangan kulit yang disebabkan oleh sejenis hama, Sarcoptes scabiei.
Untuk pengetahuan semua, hama ini boleh tinggal di dalam kulit dengan tempoh beberapa bulan jika ia tidak dirawat.
Bagaimana hama ini boleh membiak? Ia membiak dan ‘menggali’ di atas permukaan kulit anda lalu menghasilkan telur di dalam lubang kulit tersebut. Kulit akan memberikan reaksi terhadap hama dan sisa hama ini. Inilah yang akan menyebabkan rasa gatal-gatal dan terbentuknya ruam merah pada kulit tersebut.
Anda tidak akan dapat lihat hama dengan mata kasar, tetapi anda boleh melihat kesan kehadirannya melalui pembentukan ruam dan kegatalan.
Adakah kudis buta boleh berjangkit?
Ya, malah ia amat mudah untuk menjangkiti individu lain. Hanya melalui sentuhan fizikal dengan individu yang dijangkiti, anda mungkin akan mendapat kudis ini dengan amat mudah. Selain itu, ia juga mudah dijangkiti melalui pakaian, perabot dan juga tempat tidur.
Oleh sebab itu, pelajar yang tinggal di asrama amat mudah untuk dijangkiti dengan kudis buta. Sentuhan fizikal dan perkongsian bantal atau tilam menjadi punca mengapa ia mudah menjangkiti pelajar-pelajar lain di asrama.
Simptom-simptom jika mengalami kudis buta
Pada awal pendedahan terhadap kudis buta, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk simptom-simptom jangkitan ini muncul. Walau bagaimanapun, bagi individu yang pernah dijangkiti kudis buta sebelum ini, simptom-simptom biasanya akan muncul dengan lebih cepat.
Simptom-simptom bagi kudis ini termasuklah ruam dan kegatalan melampau yang akan menjadi lebih teruk pada waktu malam. Menggaru secara berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan menyebabkan jangkitan luka. Sekiranya ini berlaku, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit akan digunakan. Antara kawasan yang biasanya dijangkiti dengan kudis buta dalam kalangan kanak-kanak dan individu dewasa ialah:
-Pergelangan tangan
-Siku
-Ketiak
-Puting
-Zakar
-Pinggang
-Punggung
-Kawasan di celah-celah jari
Ruam yang berlaku akan mempunyai bintik-bintik kecil atau ketulan di bawah kulit seperti ketulan jerawat.
Apakah rawatan yang tersedia bagi merawat kudis buta ini?
kudis buta
Bagi menghapuskan serangan hama ini, rawatan biasanya menggunakan salap, krim dan losyen seperti permethrin dan ivermethrin melalui preskripsi doktor. Anda juga mungkin perlu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan.
Doktor mungkin akan menyuruh anda untuk menggunakan ubat-ubatan ini pada waktu malam, iaitu pada waktu hama ini berada dalam keadaan yang paling aktif. Ubat-ubatan yang disapu boleh dibasuh pada waktu pagi keesokan harinya. Anda mungkin perlu menyapu ubat-ubatan ini secara berulang selama tujuh hari.
Doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan tambahan bagi membantu memberikan kelegaan terhadap simptom-simptom yang kurang menyenangkan. Antara ubat-ubatan tersebut ialah:
-Antihistamin seperti piriton atau losyen pramoxine untuk mengawal kegatalan
-Antibiotik bagi membunuh sebarang jangkitan yang terjadi hasil daripada penggaruan berterusan pada kulit
-Krim steroid untuk memberikan kelegaan terhadap pembengkakan dan kegatalan
Bagaimana untuk mencegah kudis buta?
Cara terbaik bagi menghindari jangkitan kudis buta adalah dengan mengelakkan sebarang hubungan secara fizikal dengan individu yang dijangkiti. Selain itu, elakkan juga perkongsian pakaian dan juga tilam yang telah digunakan oleh individu yang dijangkiti kudis buta.
Cuci pakaian anda dengan menggunakan air panas yang memiliki suhu sekitar 50 darjah Celsius. Begitu juga dengan tilam, sarung tilam, sarung bantal, bantal dan tuala mandi anda. Sekiranya tilam anda terlalu besar dan berat untuk dicuci, anda boleh memvakumnya dengan menggunakan penyeduk habuk vakum. Setelah selesai, buang beg vakum tersebut dan cuci vakum dengan menggunakan cecair peluntur dan juga air panas.
Berapa lamakah hama ini boleh bertahan hidup?
Untuk pengetahuan anda juga, hama kudis buta ini boleh hidup pada tubuh manusia dengan tempoh sehingga dua bulan. Sekiranya ia disingkirkan daripada tubuh manusia, ia masih boleh hidup sekitar tiga atau empat hari lagi sebelum ia mati.
Walaupun anda telah mendapatkan rawatan, anda masih boleh mengalami ruam atau kegatalan selama beberapa minggu. Ini kerana, walaupun hama tersebut telah mati, telur dan sisanya masih berada pada kulit anda.
Jika anak anda yang tinggal di asrama mengadu gatal-gatal pada kulit dan mempunyai ruam, bawanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Walaupun kes kudis buta ini kerap berlaku di asrama sekolah, ini tidak bermakna bahawa anda yang tinggal di rumah tidak terlepas daripada jangkitan ini. Anda masih berpotensi untuk mendapat jangkitan daripada individu lain yang berada di sekitar anda, terutamanya di kawasan tumpuan awam.
Apa yang paling penting, sentiasa mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
HENTIKAN AMALAN OBSES KOREK TELINGA ANAK! Kesian dia. Dah menjadi tabiat kita as a parent kan jaga kebersihan anak. Korek telinga adalah satu aktiviti wajib yg kita buat untuk pastikan telinga dia bebas dari tahi telinga.
Tapi sebenarnya kan korek telinga anak selalu tu tak elok pun. Sebab ada di antara kita yang gunakan cotton bud yang keras, ada yang siap guna pengorek besi lagi. Seboleh-boleh nak korek bagi bersih, sampai tak sedar anda boleh mencederakan gegendang telinga anak.
Especially bayi. Cukuplah sekadar pantau bersih ke tidak tanpa perlu korek untuk keluarkan tahi telinga tu. Gegendang telinga mereka masih lembut. Gegendang telinga sangat sensetif dan mudah terluka, jika tidak dilakukan dengan berhati-hati. Jika ia terluka akan mengundang jangkitan kuman. Dah jadi satu masalah lain pulak! Adoii.
Bila kita korek telinga anak ibarat kita ‘ tembak’ dalam telinga anak kita, sebab kita tak nampak apa pun yg kita korek tu. Buatnya nasib kita tak baik, tengah duk mengorek tu tertembus dalam gegendang telinga dia, boleh pecah tau! Mangsanya anak.. bila anak mengadu sakit sambil memegang telinga tu, adalah tu yg sakit. Baik cepat rawat dari anak terus menderita angkara perbuatan kita. Telinga anak tadi boleh bernanah & berdarah tau. Allahu..
Tak salah nak bersihkan telinga anak, ada cara dia. Ambil kain bersih, basahkan hujung kain, lepas tu lap dikawasan luar telinga anak. Nak guna cotton bud boleh tapi pastikan ianya lembut selembut kapas, pun kena basahkan dulu sebelum bersihkan.
Jadi, mommy daddy tolong sama-sama alert benda ni ok. Jangan buat kepada anak kita. Mencegah lebih baik dari merawat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stretch mark! Bila bercakap tentang kehamilan, semua orang teruja melihat perut yang makin membesar, rasa baby tendang, dan pengalaman manis jadi bakal ibu. Tapi ada satu “kenangan” lain yang selalu muncul bersama iaitu stretch mark!
Stretch mark adalah garis-garis halus yang mula nampak di kulit, terutamanya di kawasan perut. Kadang-kadang boleh muncul di peha, pinggul, atau payudara.
Bila kulit kita ‘stretch’ lebih laju daripada biasa sebab baby makin membesar dalam rahim, kulit mula ‘berpecah’ di bahagian dalam. Itulah puncanya stretch mark wujud.
Apa sebab Stretch Mark terjadi?
Stretch mark terjadi bila kulit kita meregang terlalu cepat dalam masa singkat,lebih cepat daripada kulit sempat menyesuaikan diri.
Dalam kes ibu hamil, bila baby membesar dengan pesat, kulit di bahagian perut, peha, pinggul dan payudara mula ‘tertarik’ dan serat kolagen dalam kulit boleh pecah.
Akhirnya, garis-garis halus terbentuk, bermula dengan warna merah jambu atau keunguan, kemudian perlahan-lahan jadi warna putih atau perak.
Antara faktor utama stretch mark berlaku:
* Kenaikan berat badan yang mendadak
* Hormon kehamilan yang buat kulit lebih ‘lembut’ dan senang koyak
* Faktor genetik (kalau mak kita ada, kita pun mungkin dapat)
* Kulit yang kering atau kurang elastic
Hilangkan Stretch Mark?
Stretch mark susah sememangnya sukar untuk hilang seratus peratus tetapi ia boleh diredakan dan dipudarkan dengan beberapa cara:
✅ Moisturize
Guna minyak kelapa, minyak badam, shea butter atau krim stretch mark khas — sapu setiap hari dari awal kehamilan.
✅ Minum banyak air
Kulit perlukan hidrasi dari dalam. Air yang cukup buat kulit lebih anjal dan kuat.
✅ Amalkan vitamin C dan E
Vitamin ni bantu bina kolagen baru. Boleh ambil dari buah-buahan (oren, kiwi) atau suplemen atas nasihat doktor.
✅ Rawatan selepas bersalin
Kalau nak serius, ada pilihan macam microneedling, laser therapy dan krim retinoid — tapi ini kena tunggu selepas habis menyusukan anak.
✅ Urutan lembut
Urut kawasan stretch mark dengan minyak setiap hari bantu peredaran darah dan pembaikan tisu kulit.
Pola makan yang tak seimbang boleh menyumbang kepada masalah kulit kurang elastik dan berat badan naik terlalu cepat — ini dua faktor yang “menjemput” stretch mark.
Makanan yang perlu hati-hati:
* Makanan bergula tinggi (gula boleh rosakkan kolagen kulit)
* Makanan berlemak jahat macam fast food atau bergoreng
* Karbohidrat ringkas (nasi putih, roti putih berlebihan)
Sebaliknya, makanlah lebih:
* Protein baik (telur, ayam, ikan)
* Sayur hijau dan buah kaya vitamin C
* Makanan tinggi zink (seperti kekacang, biji labu)
Semua ni bantu kulit lebih kuat, elastik dan sihat dari dalam!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...