Memang ada banyak faktor anak menipu. Namun, SALAH SATU faktor yang menyuburkan perangai suka menipu dalam diri anak adalah hasil sikap ibu bapa sendiri.

Antaranya bila ibu bapa ada sikap suka marahkan anak gila-gila (menjerit, memperkecilkan anak, melabel, menghina, menghempas barang, mengherdik dan mengguna kekerasan fizikal) setiap kali dan setiap masa.

Anak-anak TIDAK LAHIR sebagai penipu dan TIDAK BELAJAR jadi penipu dalam semalaman. Menipu adalah skil TERPELAJARI dan malangnya, ibu bapa atau penjaga utama anak sendiri adalah guru menipu yang paling berkuasa, tanpa sedar.

Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu, Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah!

Kajian University of Washington yang di terbitkan dalam Journal Cognitive Development mereka mendapati, anak-anak semuda 15 bulan:
☑️ Boleh mengesan emosi marah bila melihat interaksi sosial orang sekeliling walaupun belum faham nama emosi tersebut ialah ‘marah’ . Mereka menggunakan informasi emosi tersebut sebagai panduan peribadi mereka.
☑️ Berkebolehan menggunakan pelbagai signal emosi dan penglihatan dari sekeliling untuk faham PUNCA kelakuan seseorang.
☑️ Mempunyai fahaman canggih tentang dunia sosial dan reaksi manusia MENDAHULUI kemahiran bercakapnya.

Maksudnya apa? Contohnya begini:

Anda mempunyai sikap suka jerit-jerit dan baling-baling barang bila sedang marah. Anak kecil anda sering melihat anda jerit-jerit dan baling-baling barang bila marahkan abangnya yang seringkali sepah-sepahkan mainan di seluruh rumah. Dia melihat abangnya menangis ketakutan setiap kali di marahi.

Maka anak kecil anda yang telah menonton perbuatan ini beberapa kali akan faham: jerit-jerit dan baling-baling barang ialah perbuatan emosi marah ➕ sepah-sepahkan mainan itu punca yang buat mak marah ➕ abang menangis ketakutan itu akibat bila kena marah.
Bila anak faham ciri-ciri orang yang sedang marah ➕punca atau perkara yang boleh buat orang jadi marah ➕ akibat bila seseorang marah ➡️ Anak akan cari jalan untuk ‘selamatkan’ dirinya dari situasi tersebut dengan MENGUBAH KELAKUANNYA agar terlepas dari dimarahi.
🔥🔥🔥Bukti eksperimen yang dijalankan ke atas 150 orang bayi 15 bulan ini boleh anda saksikan di: https://youtu.be/7FC4qRD1vn8
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
INILAH cara atau mekanisma bagaimana sikap suka marahkan anak gila-gila boleh jadi punca ANAK BELAJAR MENIPU.

Kerana anak akan mencari jalan mengelak dari di marahi ANTARANYA dengan menafikan perbuatan, mengubah cerita kejadian sebenar malah menuduh orang lain sebagai pelaku.
Ia menyedihkan kerana anak belajar menipu demi menyelamatkan dirinya dari IBUBAPANYA sendiri. Tambah menyedihkan jika anak-anak di marahi 2X ganda teruk bila ibubapanya mendapat tahu bahawa dia menipu demi menyelamatkan diri.

Hasilnya? Anak belajar menipu dengan yang lebih hebat, seiring masa. Jadi, bagaimana cara untuk buat anak tahu bahawa kita marah atau tidak suka dengan perbuatannya TANPA buat anak rasa teruk tentang dirinya sendiri dalam masa yang sama?

DISIPLINKAN PERBUATAN ANAK, BUKAN EMOSI ANAK.

IKLAN

Jika saya beri anda contoh situasi:
Anda menjumpai cermin mata anda yang telah dipatahkan anak dan disorokkan anak untuk elak di marahi oleh anda. Saya percaya anda akan rasa dua hal ini:
a. Kecewa dengan perbuatan anak yang menyorokkan cermin mata tersebut sehingga menyusahkan anda mencari sehingga berhari-hari.
b. Kecewa kerana anak takut nak mengaku dan berkata benar kepada anda.

Anda hanya perlu INGAT:
– EMOSI jujur anak TIDAK PATUT di hukum. Yang patut di hukum atau didisiplinkan ialah PERBUATAN salahnya. Maka ,fokus kepada betulkan perbuatannya berbanding menghukum emosinya:
☑️ SAHKAN perasaan takut anak.
☑️ BERITAHU perasaan sebenar anda tentang perbuatan anak menyorokkan cermin mata anda.

Misalnya:
“Mama faham abang tak mengaku sebab abang takut mama marah atau sedih. Tapi bila mama tak jumpa cermin mata mama, mama susah nak buat kerja sebab mata mama tak nampak. Banyak kerja office mama tak dapat siapkan”

Kemudian..Sambung perbincangan kalian tentang bagaimana cara anak boleh berterus-terang kepada anda dengan rasa selamat.

MULAKAN dengan cari punca anak takut nak berterus- terang kepada anda. Misalnya dengan bertanya:

“Abang takut nak bagitahu mama sebab mama suka menjerit ke kalau mama marah?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️ Buat perjanjian 2 hala tentang cara kedua pihak boleh perbaiki keadaan di masa hadapan :

” Mama minta maaf sebab buat abang takut bila marah jerit-jerit. Mama janji mama tak akan marah jerit-jerit kalau abang mengaku silap. Abang pula kena janji kena cakap jujur dengan mama lepas ni, OK?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️Tunjuk akibat (consequences) perbuatan anak dan bimbing anak cara untuk memperbaiki atau bertanggungjawab atas kesilapannya. Misalnya:

IKLAN

” Sebab kerja mama banyak tak siap dan esok bos mama suruh hantar, so abang kena sama-sama tolong mama ye. Mama tanda kertas, abang pula tolong check kalau ada bahagian yang mama terlupa nak tanda, ok?”

***Pastikan anda pegang janji untuk bertenang bila anak mengaku silapnya di masa hadapan. Usah musnahkan kepercayaan anak dengan tetap berperangai marah gila-gila.
***Ucapkan penghargaan anda kepada keberanian dan kejujuran anak, setiap kali.
***Kesilapan dan kecuaian tak boleh dielakkan, maka bimbing anak tentang cara untuk kurangkan sikap cuainya. Dan, sentiasa sabar tunjuk cara baiki kesilapan-kesilapan barunya di masa hadapan. Ingat, kita juga tak sempurna dan kita juga tidak serba tahu tentang semua perkara.

Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu, Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah!

APA PUN, YANG PENTING:

Marah teruk-teruk atau gila-gila TIDAK ADA NILAI PELAJARAN POSITIF buat anak.
💔 Anak belajar ‘direct’ dari tingkahlaku anda bahawa cara untuk menggendali rasa marah, sedih dan kecewa itu adalah dengan cara menyakiti orang lain.

Anak kecil tiada kemahiran menyelaraskan emosi yang baik seperti orang dewasa. Mereka AMAT BERGANTUNG kepada orang dewasa untuk bantu dia melaras emosinya.

Cuba bayangkan jika anda dan rakan-rakan berada di dalam sebuah situasi cemas. Kalian mengharapkan seorang ketua yang dapat mengawal situasi. Tentulah kalian rasa lebih tenang dan fokus bila ada ketua yang tenang berbanding yang jenis menggelabah ayam kan?

IKLAN

Begitulah perumpamaannya anak yang bergantung harap kepada orang dewasa dalam mengawal sesuatu situasi.

💔 Yang rasa puas bila dapat marah gila-gila ini cuma orang dewasa saja. Anak kecil yang di marahi pula tak lebih dari sekadar ‘punching bag’ yang tak dapat apa-apa selain rasa teruk tentang diri sendiri. Ini salah satu bentuk penderaan verbal (lisan): “Emotional abuse happens when a child is repeatedly made to feel worthless, unloved, alone or scared” :kishelpline Australia.

Marah yang terkawal dan penuh sivik itu = satu bentuk pendidikan berkesan. Marah gila-gila ikut emosi itu = satu bentuk penganiayaan.

Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASS
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu, Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI