Prihatin dengan anak kecil, akui pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad dia begitu mengambil berat dan cerewet memilih lokasi penginapan ketika bercuti jika turut membawa anak kecilnya.
Akui Uyaina lagi dia takut untuk menginap di rumah penginapan yang mempunyai hiasan seperti potret dan patung malah tidak sesuai untuk anak kecil.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Uyaina yang menghadiahkan percutian ke Indonesia sempena hari lahir ibunya itu turut membuat perkongsian di rumah penginapannya.
Ads
“I booked this place at Airbnb. Honestly, kalau Abang Shahir takde, kitaorang dah tukar tempat lain dah.
“Especially sebab I memang penakut. But Alhamdulillah okay je takde kena kacau ke apa ke. But kalau travel with baby & kids tu janganlah. Cari yang modern k,” ujarnya.
Tambah Uyaina, dia tidak menggalakkan untuk membawa kanak-kanak ke kediaman itu memandang dia juga tidak biasa dengan adat dan budaya orang Jawa.
Ads
“I rasa seram sikit nak tinggal dekat rumah ni selain daripada patung dan potret yang ada dekat sini sebab I tak biasa dengan culture dorang.
Ads
“So, yang ada anak kecil jangan lah duduk sini. Selain itu, lampu dia warna kuning so dia buat rumah ni jadi lagi suram. Siapa yang jiwa tak kental tu, Assalamualaikum,” jelasnya.
Setiap anak yang lahir ke dunia membawa keunikan tersendiri. Bagi Datin Seri Shahida, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, pengalaman membesarkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi membuka matanya tentang dunia kanak-kanak yang mempunyai keperluan pembelajaran berbeza.
Menurut Shahida, dia mula menyedari sesuatu yang berbeza pada Yusoff sejak anaknya itu masih kecil lagi. Walaupun sudah biasa membesarkan anak lelaki yang lasak, tingkah laku Yusoff kelihatan jauh lebih aktif berbanding anak-anaknya yang lain.
“Masa kecil lagi saya dah rasa lain sebab saya ramai anak lelaki tapi saya rasa Yusof ni lain sebab dia terlalu hyper,” kongsinya.
Sejak berusia setahun, Yusoff sering mengalami benjol di kepala kerana terlalu aktif bermain dan bergerak. Salah satu kejadian yang paling diingati Shahida berlaku ketika Yusoff berusia lima tahun apabila anaknya itu memanjat hingga ke bahagian paling atas bumbung rumah.
“Dari umur dia setahun lagi hari-hari benjol. Lepas tu dia pernah panjat genting paling atas sebab nak jadi super hero katanya. Waktu itu umur dia lima tahun. Dari situ saya nampak dia berbeza.”
Menurut Shahida lagi, Yusoff juga seorang anak yang sangat berani dan tidak pernah rasa takut. Setiap kali pulang dari sekolah, dia sering melakukan aktiviti yang mencabar seperti terus terjun ke dalam kolam ikan atau kolam renang.
“Kalau balik sekolah terus terjun dalam kolam ikan, swimming pool. Dia sejenis yang tak pernah rasa takut. Dia rasa enjoy.”
Menyedari kelainan tersebut, Shahida mengambil langkah membawa Yusoff berjumpa pakar bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan itu mendapati anaknya disahkan mengalami disleksia dan juga ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
“Saya bawa dia ke pakar dan doktor ada beritahu dia ada disleksia dan ADHD dan kini sedang menjalani terapi. Seminggu dua kali dan rawatan untuk satu tahun.”
Bagi memastikan anaknya mendapat rawatan dan sokongan yang lebih sesuai, Shahida juga membuat keputusan untuk menukarkan sekolah Yusoff agar dia dapat menjalani terapi dengan lebih selesa.
Tambah Shahida, membesarkan anak dengan ADHD memerlukan kesabaran dan perhatian yang lebih kerana mereka memiliki tenaga yang sangat tinggi.
“Dia tak pernah rasa penat. Energy dia full. Tapi kalau dia balik rawatan dia terus tidur sebab dah banyak gunakan tenaga.”
Menurutnya lagi, pengalaman membesar dengan ramai adik-beradik lelaki membuatkan dia cukup memahami sifat anak lelaki yang aktif. Namun tahap tenaga Yusoff sememangnya luar biasa.
Walaupun mempunyai ADHD dan Disleksia, Yusoff juga mempunyai bakat semula jadi yang mengagumkan. Shahida berkongsi bahawa anaknya itu sangat pandai berenang walaupun tidak pernah dihantar ke kelas renang sebelum ini.
“Dia sangat pandai berenang, tanyalah gaya apa pun dia memang pandai. Sebabkan minat dia saya masukkanlah dia ke kelas renang supaya dia boleh fokus pada apa yang dia suka.”
Menurut Shahida, Yusoff memerlukan perhatian yang lebih kerana sifatnya yang sangat aktif. Malah dia tidak boleh dibiarkan tanpa pemantauan kerana sentiasa penuh dengan tenaga dan idea baru.
“Yusof pula saya tak boleh nak lepas, perlu ada seorang untuk fokus pada Yusof seorang saja sebab dia sangat aktif.”
Dalam perkongsiannya, Shahida turut menegaskan bahawa kesedaran tentang disleksia dan ADHD kini semakin meningkat berbanding zaman dahulu. Jika dahulu ramai yang tidak memahami keadaan ini, kini ibu bapa mempunyai lebih banyak akses kepada maklumat dan rawatan.
“Zaman dulu orang tak tahu apa itu disleksia dan ADHD tapi zaman sekarang ini berbeza. Jadi kalau kita hantar anak ke tempat yang betul dan terima rawatan sewajarnya insyaAllah akan okay.”
Pengalamannya membesarkan anak-anak lain yang mempunyai gaya pembelajaran berbeza juga membuatkan Shahida lebih yakin bahawa setiap anak mempunyai cara tersendiri untuk berkembang.
Shahida turut bersyukur kerana mempunyai kemampuan untuk mendapatkan rawatan khas bagi membantu anak-anaknya.
“Dua pengalaman saya dengan Khadeja dan Baim buat saya yakin sebab cara mereka belajar tak sama dengan orang lain.”
Saya beruntung kerana saya ada kelebihan dari segi wang ringgit jadi saya dapatkan rawatan khas untuk disleksia untuk anak-anak saya,” kongsinya lagi.
Perkongsian jujur Shahida ini membuka mata ramai ibu bapa bahawa setiap anak mempunyai keunikan tersendiri. Kisah tentang ADHD seperti yang dialami Yusoff menunjukkan bahawa dengan sokongan, kesabaran dan rawatan yang betul, anak-anak ini juga mampu berkembang mengikut potensi mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan bila anak terlalu obses dengan gajet sehingga ketagihan untuk bermain setiap hari, mak ayah jadi risau. Bermacam cara dilakukan untuk dikurangkan namun menemui jalan buntu.
Jangan cepat pasrah dan berikan akan gajet sewenang-wenangnya, cuba usahakan dulu cara mudah ini seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Mana tahu menjadi!
Saya share teruslah ya macam mana ketiga-tiga anak saya boleh terus hilang ketagihan henfon dan gajet dia. Saya guna Formula BA
Mula-mula kena tahu dulu BATS ni singkatan untuk apa.
B = Boredom (kebosanan) A = Alternative (alternatif lain) T = Time (masa) S = Support & Surrounding (sokongan&sekeliling)
Ceritanya macam ni, mula-mula saya akan bagi dulu anak anak saya kebosanan dengan kurangkan masa dia dengan gajet. Kadang sorokkan remote control TV, kadang sorokkan henfon. Kadang kena tegas je yang dia boleh main henfon 1 jam je sehari.
Ni namanya fasa Boredom. Waktu ni memang kena tahan sikit la sebab anak akan banyak merengek.
Okay next, masa diorang tengah kebosanan melampau tu, saya ambil buku yang boleh bagi ‘dopamine rush’ pada anak dan main je depan diorang tanpa ajak pun diorang main sekali.
Nanti kan tiba-tiba je diorang menyibuk nak buat. Masa tu kiranya ‘perangkap’ dah mengena la. Ni kiranya dah masuk fasa Alternative la sebab kita dah berjaya bagi anak alternatif lain yang boleh ganti gajet diorang.
Next adalah fasa Time. Masa diorang tengah khusyuk dan asyik nak berkepit je dengan buku tu, perlahan lahan kena kurangkan masa diorang dengan gajet. Buat perlahan lahan tau.
Fasa terakhir adalah Support & Surrounding. Bila anak dah mula nampak stabil dan asyik khusyuk duk buat latihan dalam buku tu jangan pula kita bukak TV atau main henfon depan diorang.
Bagi diorang masa sikit nanti lama lama kita boleh tengok anak anak kita tu jadi ketagih buku dan boleh fokus berjam jam dengan buku.
Masa tu alhamdulillah leganya sampai tak boleh nak cerita. Bayangkan anak yang selama ni susah nak fokus belajar apatah lagi baca buku tiba tiba jadi boleh pegang buku berjam jam lamanya.
Nikmat tu tak terkata. Sebab tu lah misi saya nak selamatkan 1 juta anak anak di Malaysia ni daripada ketagih henfon dan gajet. Saya nak mak ayah lain rasa apa yang saya dah rasa. Syukurnya hanya Allah yang tahu.
“Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula.
“Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.
Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang maut bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.
Mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang lori.
Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.
“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi selepas kedua ibu bapanya selamat dikebumikan dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.
“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.
“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.
“Walaupun sedih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam kemalangan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu.
Menurutnya, arwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.
Begitu juga ketika mereka berbual di telefon, tiada pesanan ditinggalkan anak keempat daripada lima beradik itu.
“Arwah menantu kerap menghantar isteri ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dari rumah mereka di Shah Alam.
“Jika menantu kerja, arwah anak pergi dan balik kerja dengan komuter,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, keluarga anggota polis yang maut bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur beberapa hari lalu terkejut apabila mengetahui isteri mangsa hamil anak kembar.
Mangsa, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.