Selepas keguguran pada April lalu, Syatilla Melvin tampil mengumumkan perkhabaran gembira, diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut meluahkan rasa syukurnya setelah hamil kali keenam biarpun pernah terfikir untuk memakai alat pencegah kehamilan sebelum ini.
Menerusi Instagramnya semalam, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi rasa syukur di atas kehamilan keenamnya itu.
“Kali ke 6, syukur alhamdulillah.
“Baru plan nak pakai IUD (Intrauterine Device) tau tak! Rezeki Allah nak bagi,” kongsinya.
Malah kata Syatilla lagi, setiap hari dia sentiasa berdoa dimurahkan rezeki untuk punya anak lagi disamping memohon doa dari semua agar kandunganya kali ini mampu bertahan sehingga detik melahirkan.
Ads
“Hari-hari duk mintak Allah murah rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi🤍.
“Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan,” tulisnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, menerusi Instagram Shaheizy, pelakon handalan itu turut sama berkongsi rasa yang sama. Walau dalam berseloroh, namun membuktikan kegembiraan bagi pasangan ini.
Meninjau di ruangan komen pasangan ini sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga peminat yang turut mendoakan kandungan Syatilla dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, Syatilla sebelum ini pernah keguguran pada April lalu, juga dua sekali sebelum kelahiran anak pertama dan keduanya.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Februari 2016 dan kini mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4 tahun dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @samtilla & @shaheizy_sam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pemilik jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman dan suami, Muhammad Hafiz Abdul Hamid yang bakal menimang seorang lagi cahaya mata perempuan dalam hidup mereka.
Ibu dua cahaya mata yang mesra di sapa Yana ini mengimpikan kehadiran seorang anak lelaki namun reda dengan susunan Allah buatnya dan suami.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi jantina anak ketiganya itu menerusi kek yang berwarna merah jambu dan biru. Simboliknya kek istimewa itu turut dipotong menerusi patung ibu hamil yang terdapat di bahagian atas kek berkenaan.
Ibu cantik jelita ini bagaimanapun reda direzekikan untuk menimang seorang lagi cahaya mata perempuan.
“Bila suami beraksi jadi bidan bersalin, pecah stretch mark aku haha!
“Januari hari tu masa pergi umrah mintak nak anak laki, March tahu pregnant tapi Allah nak bagi gegirl jugak kali ni. Takpe lah , kita accept je sebab plan Allah lagi hebat dari plan kita kan,” kongsinya.
Yana bagaimanapun turut berkongsi satu hadis mengenai tiga anak perempuan yang membuatkan hatinya teruja untuk menyambut seorang lagi cahayamata baru dalam keluarga mereka.
“Awal awal sedih jugak sebab memang siapa-siapa pun impikan anak lelaki kan. Tapi bila ada yang share pasal 1 hadis ni ;
“Sesiapa yang memiliki 3 anak perempuan dan kamu bersabar dengan mereka, dan kamu membesarkan mereka menggunakan harta kamu, maka mereka (3 anak perempuan) akan menjadi penghalang kepada kamu (ibu ayah) dari api neraka kelak” ❤️
“Sape kat sini ada 3 anak gegirls?,” tulisnya di Instagram.
Tahun ini dianggap paling bermakna buat penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil apabila anak sulungnya, Dr. Puteri Julia Nabilah kini hamil.
Perasaan keterujaan itu dikongsi Ziela menerusi Instagram yang nampaknya tak sabar untuk menimang cucu dan melangkah ke satu fasa seterusnya bergelar nenek.
Dalam kegembiraan itu, Ziela turut menitipkan doa buat anak dan menantunya serta kandungan Julia semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati semua orang dan seorang yang mentaati dan memulikan ibu bapanya nanti.
Setelah pengumuman yang dibuat oleh Julia minggu lalu mengenai dirinya sedang hamil, ramai peminat Ziela turut berkongsi rasa gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk kandungan Julia.
Menghargai ucapan dan doa yang baik dari semua netizen, Ziela sangat berterima kasih dan mengharapkan Allah memberi perlindungan buat anak, menantu dan bakal cucunya, baby A.
Sebelum ini, berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia dengan memuat naik foto imbasan ultrasound.
“The most precious blessing that Allah sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one ♥️,” tulisnya.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Sumber: ig zielajalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang berusaha secara konsisten demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat membuat pilihan terbaik bagi pendidikan awal anak-anak mereka. Buat julung kalinya kita telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat ke peringkat tinggi iaitu Little Ones Eduworld bagi anugerah Prasekolah Pencapaian Unggul Pendidikan Inklusif.
Akar Sebuah Perjuangan, Dari Sebuah Rumah di Shah Alam Ke Pentas Pengiktirafan
Little Ones Eduworld (LOE) merupakan jenama yang sudah empat puluh tahun berada di persada pendidkan awal kanak-kanak. Ia lahir daripada jiwa dan penyelidikan seorang wanita yang sarat dengan impian besar untuk dunia kanak-kanak iaitu Puan Hajjah Wan Roslina binti Wan Yusoff, pengasas LOE.
Berkelulusan Sarjana Muda Sains (Fizik), Sarjana Sastera (Psikologi Perkembangan Manusia) dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (Psikologi Pendidikan) dengan pengkhususan dalam Pendidikan Khas dan Pelbagai Keperluan, beliau memulakan usaha mewujudkan pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1985 setelah mendapat beberapa ilmu dan pengalaman semasa berada di luar negara.
Ketika Malaysia masih belum mempunyai Kurikulum Prasekolah, dengan tekad dan kajian sendiri, beliau telah mengadakan program pendidikan awal kanak-kanak di rumahnya di Shah Alam dengan diberikan nama sebagai Educare (Educational Research) Joy School.
Pengalaman menerima pelbagai keadaan kanak-kanak termasuklah kanak-kanak “cotton baby” berumur lapan tahun dan kanak-kanak ADHD yang pernah menjalani pembedahan jantung, telah memampukan beliau mencipta satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang bukan hanya unik dan inklusif tetapi berkesan, mesra jiwa, dan berorientasikan perkembangan sebenar kanak-kanak.
Daripada Educare Joy School, lahirlah LOE. Tahun 2005 menyaksikan pembukaan tadika LOE pertama lengkap dengan modul dan buku-buku terbitan sendiri serta kaedah Pengajaran dan Pembelajaran ‘5M’. Dua tahun kemudian, LOE mula berkembang ke Pasir Puteh, Kelantan. Dari situlah pengembangan LOE terus mekar hingga ke hari ini.
LOE Hari Ini Dipimpin Dengan Visi Besar dan Sentuhan Dua Generasi
Keika ini, LOE berdiri sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh dengan 13 cawangan di Shah Alam, Setia Alam, Gombak, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Rawang. Dengan kekuatan 75 tenaga pengajar termasuk pengurusan, LOE meneruskan misinya dengan lebih tersusun dan matang.
Kini, LOE bukan saja dipantau oleh Puan Hajjah Wan Roslina, tetapi turut diterajui dan diperkukuhkan oleh anak sulung beliau, Ts. Abdullah Munzir bin Mohd Fauzi, yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Little Ones Eduworld. Gabungan pengalaman ibu dan kepimpinan profesional generasi baharu menjadikan LOE sebuah institusi yang sentiasa relevan, progresif dan berpandangan jauh.
Visi dan Misi Yang Membentuk Jiwa LOE
Visi LOE bukan sekadar ingin menjadi sebuah tadika yang bagus tetapi sebagai ‘Pemimpin’ dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dunia melalui pendidikan awal kanak-kanak, dengan membuka pintu kepada kanak-kanak dari semua latar belakang, budaya, keupayaan dan agama.
Melalui misinya pula, LOE beriltizam melahirkan generasi yang berilmu, ceria, berketerampilan dan berdisiplin dengan semangat kebaikan, rasa hormat dan kerjasama sebagai nadi pembentukan karakter.
Kejayaan Yang Paling Dibanggakan, Anak-Anak LOE Sendiri
LOE yakin bahawa kejayaan sebenarnya bukan terletak pada bangunan atau bilangan cawangan, tetapi pada kemenjadian anak-anak yang dihasilkan daripada sistem mereka. Program pendidikan LOE telah melahirkan kanak-kanak yang mempunyai empati yang tinggi terhadap perbezaan yang wujud di kalangan manusia serta menjadi pemimpin yang berani tampil ke hadapan, petah berkomunikasi, serta aktif di dalam ko-kurikulum.
Selain cemerlang dalam akademik, mereka juga mampu menghafal surah-surah Al-Quran termasuk Surah Al-Mulk, rajin mendirikan solat dan memaparkan akhlak yang dihargai guru-guru di sekolah rendah.
Lebih manis lagi, bekas murid LOE yang menjadi jurutera, peguam, doktor pakar, guru dan pelbagai profesion lain kini kembali menghantar anak-anak mereka ke LOE. Ini bukan sekadar prestasi tetapi keyakinan dan kepercayaan yang kukuh sebagai legasi yang membanggakan!
Apabila disoal tentang perancangan LOE untuk masa hadapan, Puan Hajjah Wan Roslina dengan penuh semangat mengatakan:
“Melihat dunia pendidikan yang terus berkembang pesat, kami di Little Ones Eduworld berhasrat membuka lebih banyak institusi, sama ada melalui milikan sendiri atau perlesenan. Insya-Allah, selain itu kami juga sedang meningkatkan lagi pelbagai kursus pengajaran, program keibubapaan dan bahan bantu belajar termasuk buku dan aplikasi digital agar lebih ramai ibu bapa dapat merasai manfaat pendidikan inklusif yang kami perjuangkan sejak dahulu.”
Harapan LOE Untuk Membina Generasi Yang Menjadi Harapan Negara
Bagi LOE, pendidikan awal kanak-kanak adalah asas masa depan negara. Mereka percaya, setiap anak, tanpa mengira latar belakang atau kemampuan, sebenarnya mempunyai potensi yang boleh dikembangkan jika diberi peluang dan ruang yang betul.
Dengan anugerah Top Educator Pa&Ma 2025 ini, LOE berharap lebih ramai pihak, khususnya ibu bapa, dapat melihat kepentingan pendidikan awal yang berkualiti dan inklusif diberikan kepada anak-anak mereka.
Tahniah sekali lagi buat Little Ones Eduworld yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 dengan anugerah Prasekolah Pencapaian Unggul Pendidikan Inklusif Untuk Top Educator Pa&Ma 2025!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!