Sebagai ibu bapa sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tambahan pula anak masih lagi kecil dan mempunyai masalan pembesaran.

Dalam perkongsian terbaru pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril menyatakan bahawa isterinya , Dr Azura yang juga seorang doktor mengambil keputusan untuk berundur dari dunia kerjaya selepas mengakui tidak betah menguruskan banyak hal dalam satu masa.

Selain itu, Dr Azura juga bimbang akan perkembangan anak lelakinya Ace, 1 tahun yang kini mempunyai masalah lambat bercakap.

“Topik : Bini Tekad Behenti Kerja

“Sekuat mana seorang manusia tu pasti akan ada breaking point-nya juga dan bini saya just reached her limit. Juggle between kerja full time, sambung masters full time, menerima berita yg Ace delayed in communication semestinya tak mudah.

“Dia salahkan dirinya sebab tak luangkan lebih masa dengan Ace. Dia stress sebab dah masuk system CNS (Central Nervous System) yang memerlukan lebih pembacaan & penghafalan tapi pada masa yang sama dia risau mengenai pendapatan,” tulis Dr Say.

Memahami akan kebimbangan dan tekanan yang dialami isteri tercinta, Dr Say merasakan berhenti adalah pilihan terbaik buat isterinya.

IKLAN

“Saya tahu something needs to be done. Kalau tulang belakang saya (bini) not in a good condition macam mana saya nak berada dalam keadaan ygan baik jugak kan?

“Maka saya senyap-senyap mesej HR tempat bini bekerja saying “as much as klinik Ibnu Sina memerlukan Dr Azura, saya minta maaf sesangat tapi saya rasa berhenti is the best option untuk dia”. Tak dinafikan despite juggling all that bini saya cukup tiptop bekerja. Tanyalah mana-mana pesakit yang pernah datang klinik Ibnu Sina, pasti mereka suka Dr Azura. Semestinya klinik tu bakal sedih kehilangan bini saya tapi it needs to be done.

Pun begitu, Dr. Say akui ramai tidak setuju apabila isterinya berhenti bekerja di kala pandemik sedang melanda negara, namun beliau pasti dengan keputusan tersebut.

Malah menurutnya jika berbuat begitu dapat menggembirakan isterinya, itu sudah cukup untuknya.

IKLAN

“One thing yang saya cukup amazed dengan bini saya, tak kisah penat mana pun dia, senyuman & layanan mesra kepada pesakit tetap diutamakan. Akan tetapi kesihatan diri dia harus diutamakan.

“Mungkin ada yang tak setuju berhenti kerja time-time COVID ni tapi saya ok sebab ni bagi saya lebih semangat untuk earn for my family. As long as saya jarang nampak air mata mengalir dari bini saya, saya cukup gembira. Duit boleh cari tapi kesihatan mental dan ketenangan hati tak mudah diganti.

“Disember akan jadi bulan terakhir bini bekerja, start 2021 masa tuk focus on Ace, study & suami yeahhh!,” tulisnya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

IKLAN

Dr. Say dan isterinya berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama selepas lima tahun berumah tangga. Baru-baru ini Dr Say ada berkongsi tentang anaknya Ace yang mengalami masalah lambat bercakap sehingga membuatkan dia dan isteri membawa anaknya itu berjumpa dengan pakar.

Sumber: IG Dr Say

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)