Kamal Adli dan Uqasha Senrose sambut anniversary ke-3, “Awak ibu, isteri yang hebat.” Kamal Adli menyambut ulang tahun perkahwinan ke-3 bersama isterinya, Uqasha Senrose buat ramai tersentuh.
Kamal Adli & Uqasha Senrose Sambut Anniversary Ke-3
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli di laman Instagramnya, Kamal menitipkan ucapan romantik buat Uqasha atas pengorbanannya sebagai seorang ibu dan isteri.
“Awak Ibu, Isteri Yang Hebat”
Happy anniversary to us! Tahun special sikit sebab ada si kecik ni.. Ya Allah rahmatilah hubungan kami.. Selamatkan kami.. Bukakan pintu-pintu rezeki hebat buat kami..
Tq soo much pada @uqashasenrose2 sebab 9 bulan mengandungkan hadiah terhebat daripada Allah ni..awak ibu dan isteri yang hebat.. Sama-sama kita jaga dan besarkan dan pelihara hubungan ini Insya Allah.. I love you so much.
Tq so much pada yang doa baik-baik buat kami.. Yang kurang daripada kami yang baik segalanya dari Allah.- tulis Kamal.
Uqasha juga turut memuat naik satu video dalam satu hantaran di laman Instagramnya.
Selamat ulang tahun ke-3 sayang. Thank you for everything, thank you for being a good husband and good father to our daughter. Semoga Allah lindungi keluarga kita amin .. sayang I love you and our little princess so much.- tulis Uqasha.
Kamal berharap agar dia dan Uqasha bersama-sama menjaga mahligai yang telah dibina. Dalam masa sama juga, Kamal turut menzahirkan rasa cinta terhadap suri hatinya itu.
Sebelum ini, Uqasha menafikan spekulasi mendakwa rumah tangganya dan suami, Kamal Adli sedang bergolak.
Ads
Jelas Uqasha, setiap perkahwinan pasti berdepan dengan ujian masing-masing. Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan sebagai suami isteri menghadapi ujian dalam rumah tangga.
Untuk info, Kamal dan Uqasha telah diijab kabulkan pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April yang lalu.
Hidup berumah tangga bukan semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi kala diuji dengan kekurangan wang untuk menguruskan kelengkapan anak-anak.
Kisah sedih yang dikongsikan seorang ibu, Rita Ariffin yang pernah menjual cincin perkahwinan semata-mata mahu membayar bil hospital ketika melahirkan anak pertama menyentuh hati ramai.
Walaupun sedih, tak mengapa asalkan segala urusan untuk anak ketika bersalin menjadi lancar. Itulah pengorbanan suami isteri dalam berumahtangga.
“Kisahnya cincin kahwin kami dijual sebab nak discaj keluar hospital lepas bersalin anak sulung.
“Masa tu memang susah sangat-sangat. Nasib la ada cincin kawin tak seberapa ni,” tulisnya menerusi satu perkongsian di facebook.
Namun tanpa diduga kejutan dari suami bila mana cincin yang dijual itu kini digantikan semula. Satu kegembiraan seorang isteri.
“And hari ni suami ganti balik cincin kahwin. Surprise kan saya dengan cincin yang sama,” tulisnya berkongsi.
Sekeping gambar dengan ucapan paling manis turut dikongsikan sebagai kenangan. Setiap kesusahahan hari ini menjadi kenangan paling terindah di masa hadapan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Kredit: Rita Arifin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pagi yang biasanya tenang di Jeti Pulau Ketam bertukar menjadi detik paling menyayat hati buat penduduk sekitar apabila dua beranak seorang ibu dan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun ditemui sudah tidak bernyawa, terapung di laut.
Insiden tragis ini berlaku sekitar jam 7.30 pagi, Rabu lalu. Seorang lelaki tempatan yang sedang melalui kawasan jeti terlihat kelibat seorang kanak-kanak kecil terapung di permukaan air. Tanpa berlengah, beliau terus terjun ke laut dibantu beberapa orang awam lain dalam usaha menyelamatkan mangsa. Namun, usaha itu berakhir dengan kesedihan yang tiada tara.
“Kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa sebaik sahaja kami naikkan ke jeti,” kata seorang petugas Klinik Kesihatan Pulau Ketam yang turut berada di lokasi bersama pihak polis.
Tidak lama kemudian, satu lagi mayat seorang wanita dewasa ditemui tidak jauh dari tempat yang sama. Wanita berkenaan turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Naluri Seorang Ibu Hingga Ke Hujung Nyawa
Lebih meruntun jiwa, apabila identiti kedua-dua mangsa dikenalpasti sebagai ibu dan anak perempuan. Hasil siasatan awal pihak polis menemui sebuah beg berisi dokumen milik mangsa seorang wanita tempatan berusia 41 tahun dan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun.
“Tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa,” ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah.
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Polis juga membuka satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) dan menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Kami di Pa&Ma turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga roh kedua-dua insan ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah buat arwah ibu dan anak kecil ini. Semoga syurga tempatmu, wahai anak… dan syurga juga buatmu, wahai ibu. 🕊️
Sebuah kenyataan media telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyeru agar rakyat Malaysia beragama Islam untuk mendirikan solat hajat khusus untuk menolak wabak COVID-19 yang sedang menular hari ini.
Kenyataanini yang telah dikeluarkan pada tarikh 24 Mac 2020 dengan meminta umat Islam melaksanakannya di rumah atau tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Menurut kenyataan ini lagi, solat hajat tersebut boleh didirikan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu yang diharamkan iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali untuk mereka yang berada di Tanah Haram).
Selain itu, waktu lain yang diharamkan untuk menjalankan solat hajat selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata, kira-kira 3 darjah atau ketika matahari tegak atas kepala kecuali pada hari Jumaat.
Solat hajat juga diharamkan selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram) atau ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram).
YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga menyeru agar umat Islam untuk memperbanyakkan beristigfar, bertaubat, mengamalkan zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-Nya.
Melalui Wikipedia, dinyatakan cara solat hajat yang paling ringkas:
Niat Solat Hajat
“Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara Melakukan Solat Hajat
1. Mulakan dengan niat solat hajat.
2. Rakaat pertama – Surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
3. Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan diikuti surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
4. Selepas memberi salam pada tahiyat akhir, terus sujud dan bacalah tasbih “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN” sebanyak 41x. Selepas membaca tasbih tersebut bolehlah berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang diinginkan (masih dalam keadaan sujud).
5. Selesai doa (dalam sujud tadi), maka bangun kembali dalam tahiyat akhir dan memberi salam.
6. Berzikir dan sambung berdoa yang dihajati tadi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.