Pesawat malang Air India Flight 171 terhempas sejurus berlepas dengan membawa 242 penumpang termasuk krew dan pilot semalam.
Salah seorang mangsa yang tular adalah pasangan doctor, Dr Pratik Joshi dan isterinya, Dr. Komi Vyas serta tiga anak mereka turut sama terkorban.
Pempengaruh, Khairul Abdullah turut sama berkongsi kesedihan hati akan mangsa-mangsa yang terkorban. Kongsi beliau menerusi Facebooknya, pasangan doctor ini memulakan perjalanan untuk menetap di London selepas lebih enam tahun berjauhan.
Enam tahun Pratik Joshi bersendirian di London, jauh dari anak dan isteri.
Bekerja sebagai seorang doktor, kerja kuat siang malam semata-mata nak bina masa depan yang lebih baik untuk keluarga kecil dia yang setia menunggu di India.
Dia kerja keras, kumpul duit, siapkan visa untuk keluarga sebab nak bawa isteri dan anak-anak berhijrah ke London dan mulakan hidup baru.
Dua hari lepas, isteri dia, Dr. Komi Vyas dah siap letak jawatan kat hospital. Barang-barang dah siap packing semua, rumah pun dah kosong. Depa semua dah bersedia untuk mula hidup baru di bumi asing.
Orang kampung dah buat majlis perpisahan, pakat bersalaman dalam tangisan. Tapi dalam tangisan tu ada senyum, ada harapan dan ada debar gembira.
Ads
Pagi semalam, lima beranak ni naik Air India Flight 171 menuju ke London.
Dr. Praktik ambil satu gambar selfie terakhir bersama keluarga, ada lima wajah bersinar penuh harapan, dengan kapsyen ringkas dihantar kepada ahli keluarga.
“We’re finally flying home.”
Tapi itulah. Itulah gambar terakhir famili depa apabila pesawat yang baru sahaja berlepas itu terhempas.
Dan dalam sekelip mata, seluruh keluarga Pratik terbunuh. Hilanglah lima nyawa, lima impian, lima jiwa yang tak sempat hidup di rumah baru depa.
Ads
Apa yang sepatutnya jadi permulaan, rupanya jadi penamat kepada depa sekeluarga. Begitulah.
Kisah ini buat kita ingat satu perkara yang selalu kita lupa. Kita selalu rasa kita ada masa untuk tangguh sesuatu.
Kita tangguh untuk peluk orang yang kita sayang, untuk ucap “saya rindu” atau “saya cinta.” Kita ingat esok sahajalah kita buat, kita rasa nanti anniversary lah baru kita ucap, baru kita rai.
Tapi hakikatnya, hidup tak janji apa-apa pun untuk esok. Tiada jaminan yang kita akan sempat, tiada jaminan yang kita akan hidup.
Jadi. Selagi masih ada peluang, peluklah orang yang kita sayang.
Ads
Cakaplah apa yang kita nak cakap. Luahkan cinta, luahkan rindu. Luahkan kasih sayang.
Jangan tangguh bahagia dan jangan tunda cinta. Jangan tunggu untuk buat apa sahaja bersama. Sebab esok, mungkin tak akan ada untuk kita.
Hanya seorang penumpang selamat
Terdahulu, difahamkan hanya seorang penumpang terselamat dalam nahas tragedi Pesawat Air India iaitu Ramesh Vishwashkumar yang duduk di seat 11 A yang dilaporkan terjun dari pesawat ketika ia mula terhempas.
Dianggap satu keajaiban, kini pemuda itu menerima rawatan di hospital. Dalam tragedi menyedihkan ini, dilaporkan seramai 242 penumpang termasuk kru dilaporkan maut selepas pesawat baru berlepas menuju ke London ini terhempas di asrama kolej perubatan selain kepadatan penduduk di bandar Gujerat.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner yang terhempas di India pada Khamis semalam merupakan kebanggaan syarikat Amerika Syarikat bagi pesawat jarak jauh. Pesawat yang bahagian badannya lebar, cekap bahan api dan boleh membawa sehingga 330 orang.
Kredit: Khairul Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anak-anak lelaki paling gemar menangkap ikan di sungai, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak ini yang terlalu sukakan ikan sehingga tidur bersama ikan-ikannya.
Gelagat comel dan pelik anak lelakinya itu dikongsikan oleh seorang ibu, Ayu Hanani menerusi akaun Tik Toknya, @isteri_semut.
Apa yang paling menarik perhatian wargamaya pastinya gelagat anak comel ini yang tidur bersama ikannya, sambil memegang kemas dua ekor ikan yang ditangkapnya.
Bukan sekali sekali bahkan kongsi ibu ini lagi, hal itu dilakukan setiap hari oleh anak lelakinya itu.
“Tak bawa mandi sungai kesian. Dah bawa mandi tak sangka ini yang mummy kena hadap.
“Macam tu lah setiap hari. Aku rasa budak ni anak gorgon kot sebab dah banyak kali sebenarnya dia tidur dengan ikan,” luahnya berkongsi.
Malah kongsinya lagi, jika keinginan anak kecil itu tidak dipenuhi, anak lelaki kesayangannya itu akan menangis, menjerit dan meraung-raung untuk memegang dan tidur bersama ikan. Memang ‘rare’!
“Tak apalah rehatlah dik. Mummy boleh bersabar lagi.
“Hati ni dah lali dengar adik menjerit, meraung. Apakan daya anak bujang sorang, layankan ajelah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut terhibur melihat gelagat anak comel ini bersama ikannya.
Ada juga yang turut berdepan hal sama dengan anak-anak lelaki mereka. Menarik!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Biar sibuk macam mana pun, pempengaruh, Andika Putera mengakui akan mencuba sedaya upaya untuk mencari waktu bersama anaknya, Alisha Puteri.
Menerusi perkongsiannya bersama Podcast Pa&Ma, Andika mengakui dahulu mungkin tak banyak masa dapat diluangkan dengan puteri kesayangan, namun kini anaknya adalah prioriti utama.
Mengimbau kembali detik kelahiran Alisha, bapa penyayang ini mengakui perjalanannya sebagai ayah bukanlah mudah.
“Alisha Puteri bagi saya seorang anak yang luar biasa, banyak kejadian Ajaib yang berlaku pada dia.
“Tahun 2021, saya dan isteri kena Covid-19 dan waktu tu dia terpaksa melahirkan anak waktu itu.
“Tambah sukar bila doctor kata anak yang ada masalah sumbing kemungkinan oksigen tak cukup lebih tinggi.
“Alhamdulillah dengan izin Allah masa dia lahir cuma sumbing tetapi langsung tak ada masalah pernafasan. Doktor pun terkejut,” katanya berkongsi.
Keadaan tambah mencabar bila mana kesukaran hendak menyusukan anaknya hanya disebabkan masalah sumbing yang dialami.
“Waktu menyusu terpaksa ambil masa empat hingga lima jam sebab tak boleh guna puting botol biasa. Terpaksa di tempah.
“Anak menangis lapar tapi tak boleh menyusu, semuanya ajar kami tentang kesabaran.
“Kecaman netizen juga agak mencabar buat kami waktu itu terutama bekas isteri saya.
“Selain itu kami juga berdepan dengan masalah speech delay yang dialami Alisha dan kini berdepan masalah mata.
“Pembedahan sumbing yang dijalaninya ketika berusia satu tahun itu kini memberi kesan kepada matanya dimana hanya satu mata sahaja yang berfungsi.
“Malah dia kini berdepan masalah 3D yang mana masalah pada kesesuaian jarak pada penglihatannya,” tambahnya lagi.
Gambar kenangan bersama bekas isteri.
Kehidupannya kini tambah mencabar bila terpaksa menguruskan anak sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri.
Namun, Andika yang mesra disapa Dika ini terus positif untuk membesarkan anaknya itu dan sangat bersyukur dengan pencapaian Alisha sekarang.
Tambah Andika lagi, anak kecilnya itu sudah mula pandai meniru apa yang dilakukannya di rumah.
Malah kini sudah pandai mengira dan kini pandai berselawat dan setiap malam akan berzikir sama-sama dengan anaknya. Tak ketinggalan sudah pandai menari.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Siapa pun tidak pernah menjangkakan kes yang bermula di Wuhan ini kini semakin meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Terbaru, jumlah kes jangkitan Covid-19 kini sudah pun mencecah angka satu juta di seluruh dunia.
Laporan Astro Awani mendedahkan pandemik yang bermula di Wuhan itu kini meledak di Amerika Syarikat dengan angkat kematian yang terus meningkat dari hari ke hari terutama di Itali dan Sepanyol.
Malah menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.
Sesungguhnya perkhabaran ini semakin membimbangkan kita namun dengan memastikan setiap dari kita mengambil pendekatan untuk akur dan patuh kepada PKP yang diarahkan, jangkitan yang menular ini pastinya berjaya kita tangani dengan baik.
Berikut berita penuh mengenai hal ini di Astro Awani.
JUMLAH kes jangkitan COVID-19 kini mencecah angka 1 juta di seluruh dunia.
Pandemik yang bermula di Wuhan, China itu kini meledak di Amerika Syarikat (AS) dengan angka kematian terus meningkat di Itali dan Sepanyol.
Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.
Data yang direkod menunjukkan 100,000 kes pertama dicatat sekitar 55 hari, manakala 500,000 kes direkod dalam 76 hari.
Angka kes meningkat sekali ganda kepada 1 juta sepanjang lapan hari lalu.
Jumlah kes meningkat 10 peratus pada Khamis berbanding hari sebelumnya, kali pertama kadar peningkatan mencecah dua angka sejak virus berkenaan menular di luar China.
Sejumlah 117 kes dan wilayah melaporkan lebih 100 kes, 50 negara dengan wabak melebihi 1,000 dan tujuh dengan 50,000 kes atau lebih, kebanyakannya di Eropah.
Kadar kematian global kini lima peratus daripada jumlah kes, dengan beberapa negara termasuk United Kingdom, AS dan Sepanyol melaporkan peningkatan angka kematian beberapa hari kebelakangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!