Kunci bahagia dalam rumah tangga sudah pastinya adalah saling mengambil berat dan paling penting pastinya tanggungjawab dan amanah buat pasangan dilaksanakan dengan sebaiknya. Penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid turut berkongsi tip rumah tangga malah menitipkan pesanan khas buat para suami.

Menurut perkongsian Ustaz Don di Instagramnya, keperluan seorang isteri haruslah dipenuhi terlebih dahulu kerana ia kewajipan seorang suami. Dan adakalanya suami tidak perasaan dalam hal sebegini.

“Tak Mewah Tak Apa, Cukup Sekadar Isteri Rasa Selamat” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Suami!

Inilah yang dikongsikan oleh bapa kepada empat cahaya mata ini lagi. Jom ikuti pesanan beliau.

4 KEPERLUAN ISTERI YANG PERLU DIPENUHI DAN RAMAI SUAMI TAK PERASAN

1-Keperluan fizikal
Ini asas. Rumah, pakaian, makan minum dan kebajikan. Tidak perlu mewah, mencukup sekadar ada sehingga membuatkan isteri rasa selamat, selesa, tenang dan tenteram.

IKLAN

“Tak Mewah Tak Apa, Cukup Sekadar Isteri Rasa Selamat” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Suami!

2-Keperluan akal
Merujuk kepada ilmu pengetahuan. Isteri perlu dididik dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu agama. Kalau suami tidak dapat mengajar sendiri, berilah izin atau galakan kepada isteri untuk hadir ke majlis ilmu, daftarkan ke mana-mana seminar untuk dia menambah ilmu.

3-Keperluan emosi
Ini merujuk kepada mengisi tangki emosi isteri dengan memberi kasih sayang sewajarnya, memberi perhatian, menjadi pendengar yang baik, tidak membebani isteri dengan kerja rumah, bertolak ansur dengan kepenatannya, sama-sama menguruskan anak-anak.

“Tak Mewah Tak Apa, Cukup Sekadar Isteri Rasa Selamat” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Suami!

IKLAN

 

4-Keperluan mental
Antara keperluan mental adalah dalam bentuk sokongan perasaan, pemahaman situasi, kebersamaan dikala ada tekanan dan meredakan kebimbangan isteri dengan apa jua ketakutan yang dia hadapi.

Dan paling penting dalam keperluan mental adalah keperluan untuk meraikan. Meraikan apa? Meraikan hari istimewa yang ada kaitan dengan isteri termasuklah meraikannya sempena Hari Wanita pada bulan Mac ini.

“Tak Mewah Tak Apa, Cukup Sekadar Isteri Rasa Selamat” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Suami!

IKLAN

Jadi kepada para suami, atau sesiapa sahaja, sentiasa ambillah peluang untuk meraikan pasangan kita, kawan kita atau diri sendiri.

Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

“Tak Mewah Tak Apa, Cukup Sekadar Isteri Rasa Selamat” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Suami!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI