Apabila kita telah mendirikan rumah tangga, apa yang kita inginkan kejujuran, sikap memahami dan bertanggungjawab daripada pasangan.
Kadang-kadang isteri mampu tersenyum hanya kerana suami melayan mereka bercakap. Nampak ‘simple’ tapi memberi kesan yang mendalam pada emosi isteri. Namun komunikasi yang baik dalam perhubungan sangat penting, ikuti perkongsian ini.
Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki”
Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Ads
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni.
Ads
Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
Ads
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama.
Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.
Kredit: Zaim zin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang kita tanam itulah yang kita tuai, begitulah perumpamaan yang tepat apabila menggambarkan sikap anak-anak yang bakal menjadi ikutan.
Anak-anak ibarat CCTV yang akan perhati tingkah laku ibu bapa dan kemudian akan mengaplikasi kembali dalam kehidupan yang akan datang, sama seperti perkongsian Puan Sariah tentang anak sulungnya. Ikuti perkongsian ini.
Bila tengok nasi dan air ni, saya teringat kat kakak, anak sulong yang kat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ni.
“Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik.”
Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.
Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat kat saya.
Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.
Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.
Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.
Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.
“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahurabbi, macam di’pass’ tugas tu pada adiknya. Tuan puan,
Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.
Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
‘Buat baik.’
Suami buat baik pada isteri. Isteri buat baik pada suami. Dan, Mak ayah buat baik pada anak-anak.
Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik’ yang mak pesan. Subhanallah. Alhamdulillah.
Mengeluarkan ayam yang masih keras dan meletakkan di sinki menjadi rutin harian kita untuk memasak. Semuanya kerana terpaksa menunggu ayam jadi lembut sebelum boleh dimasak. Rupanya cara yang kita gunakan selama ini salah sama sekali.
Malah boleh mengundang risiko keracunan dan pembiakan bakteria. Rupanya ada teknik dan cara yang lebih tepat untuk defrost ayam sebelum dimasak. Nak buat macam mana?
Perkongsian tip oleh pengguna Tik Tok, @yeayipee_babyfood ini mak-mak kena cuba. Kita jaga kebersihan keluarga kita.
Mungkin ada dalam kalangan mommies yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak.
Yelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan. Tapi sebenarnya kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah, jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunan.
So apa yg mommies boleh buat?
1. Letakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), ‘chiller’ seharian.
2. Rendamkan dalam air pili yang bersih.
3. Guna fungsi ‘defrost’ ketuhar gelombang mikro.
4. Guna periuk tekanan tinggi.
Selamat mencuba!
Bagi yang sudah terbiasa dengan cara lama, cepat-cepat ubah cara kita defrost ayam ini demi untuk kesihatan kita sekeluarga. Paling penting elakkan risiko keracunan.
@yeayipee_babyfoodMungkin ada dlm kalangan mommies yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak. Yelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan. Tapi sebenarnya aedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah , jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunanSo apa yg mommies boleh buat?1. Letakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), ‘chiller’ seharian.2. Rendamkan dalam air pili yang bersih.3. Guna fungsi ‘defrost’ ketuhar gelombang mikro.4. Guna periuk tekanan tinggi♬ original sound – Zira share tips baby makan – yeayipee_babyfood
Mesti ada di antara anda yang gemar untuk pergi ke pantai dan mandi laut. Selain dapat meningkatkan emosi menjadi lebih tenang dan gembira dengan melihat pantai, khasiat air laut dikatakan dapat memberikan beberapa manfaat kesihatan.
Khasiat air laut
Walaupun masih belum terbukti secara saintifik, namun adalah antara beberapa khasiat air laut untuk kesihatan:
Merawat masalah kulit dan luka
Air laut mengandungi jumlah mineral seperti natrium, klorida, sulfat, magnesium dan kalsium yang lebih tinggi berbanding air sungai – yang menjadikan ia sangat berguna untuk merawat masalah kulit seperti psoriasis.
Mandi di lautan juga mendatangkan manfaat kepada penyakit kulit ekzema. Ini terutama kepada individu yang mempunyai ekzema yang kronik yang menghalang daripada mandi di kolam mengandungi klorin.
Tetapi tindak balas ekzema adalah berbeza-beza, ada yang merasa tenang dengan air laut, dan juga yang sebaliknya.
Kaya dengan garam mineral seperti natrium dan iodin, menjadikan air laut dianggap sebagai antiseptik, yang dipercayai mempunyai sifat penyembuhan luka. Tetapi berenang di lautan dengan luka yang terdedah, berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria.
Garam mineral dalam air laut yang bergabung dengan matahari dapat membantu memulihkan beberapa masalah berkaitan kulit seperti ulser, lupus dan jerawat.
Atasi demam dan sinus
Menggunakan air masin untuk menyelesaikan masalah hidung berair atau membersihkan rongga hidung adalah satu terapi yang sering digunakan oleh individu yang menderita demam hay. Kebiasaannya disebabkan alahan, serta kerengsaan dan jangkitan sinus.
Terdedah kepada laut dan persekitaran air laut, yang mengandungi garam, dipercayai dapat menyingkirkan simptom demam hay, masalah sinus serta simptom berkaitan pernafasan yang lain.
Walaupun masih kurang bukti saintifik, individu yang kerap berenang atau menghirup udara dari air laut, cenderung mempunyai sistem pernafasan yang lebih sihat.
Meditasi yang menenangkan
Bersenam dalam persekitaran semula jadi terbukti memberikan manfaat yang baik kepada kesihatan mental. Ini kerana ia mengabungkan manfaat bersenama dengan kesan pemulihan dari alam semula jadi.
Berenang di lautan juga dapat memberikan manfaat yang hampir sama.
Hidroterapi (terapi air) dan berenang juga menunjukkan dapat mengurangkan simptom kemurungan dan kegelisahan. Kandungan magnesium dalam air laut dalam membuatkan anda lebih tenang.
Individu yang menghidapi tekanan dalam kehidupan amat disarankan untuk mendapatkan rawatan ketenangan dengan air laut.
Individu yang mengalami masalah anemia juga digalakkan untuk mandi air laut kerana ia membantu menjadikan tekanan darah kepada tahap normal dan merawat rasa gemuruh.
Sehari di pantai pasti dapat membuatkan anda tidur lebih lena dan memperbaiki emosi anda.
Terapi air sejuk
Berenang dalam suhu air yang sejuk dapat mengaktifkan reseptor suhu di bawah kulit yang melepaskan hormon seperti endorfin, adrenalin dan kortisol.
Amat sesuai untuk individu yang berdepan dengan keadaan musculoskeletal – satu keadaan dengan kesakitan kronik dan rasa sensitif di keseluruhan badan, dan masalah ketidakselesaan kulit.
Menguatkan sistem imun
Jumlah sel darah merah akan meningkat antara 5-20% selepas berenang atau mandi di dalam laut. Jumlah sel darah putih juga meningkat dengan lebih banyak.
Khasiat air laut adalah ubat yang sangat baik kepada individu dengan masalah sistem imun lemah, anemia dan tahap kandungan gula dalam darah tinggi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.