Bila rasa rindukan ibu dan ayah, saya serta adik-adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang. Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun.

“Kami Bertiga Berdoa & Baca Al-Quran Supaya Rindu Hilang” Lepas PKP Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik-adiknya sedih tidak dapat berjumpa dengan ibu dan ayah. Walaupun mereka sudah biasa berjauhan tapi kali ini sedikit berbeza kerana mereka terpaksa dikuarantinkan akibat Covid-19.

Mempunyai Kontak Dengan PUI

Dia bersama dua adiknya, Hassan Nasruddin, 7, dan Ali Akimuddin, 6, dihantar ke Pusat Kuarantin Covid-19 Marang (PKCM), sejak 7 April lalu selepas mempunyai kontak dengan individu dalam siasatan (PUI) di Pusat Pengajian Sheikh Daud al Fatoni (PPSDAF), Pasir Putih, Marang. Tiga beradik itu antara 15 individu dalam pemantauan (PUS) yang dibenarkan pulang hari ini selepas disahkan negatif Covid-19.

“Kami Bertiga Berdoa & Baca Al-Quran Supaya Rindu Hilang” Lepas PKP Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Hussain Yang Menjaga Dua Adik Sepanjang Berada Di PKCM

IKLAN

Hussain juga bertanggungjawab menjaga dan menguruskan dua adiknya itu sepanjang berada di PKCM. “Jika adik menangis kerana rindukan ibu, Norhidayah Abdul Ghani, 35, dan ayah, Che Mamad Che Mud, 50, saya akan memujuk mereka dengan bermain karom dan dam. Sebelum ini saya dan adik-adik sudah biasa berjauhan dengan ibu dan ayah kerana belajar serta tinggal di PPSDAF.’

Baca: Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim. Resipi Mudah & Sedap!

Kali Ini Berbeza, Biasa Ibu Ayah Datang Jenguk Seminggu Sekali

“Cuma kali ini berbeza kerana kami tidak boleh berjumpa langsung dengan keluarga sedangkan jika di PPSDAF, ibu dan ayah datang menjenguk seminggu sekali,” katanya.

IKLAN

Isi Masa Terluang Dengan Mengaji Untuk Hilangkan Rasa Rindu Pada Keluarga

Menurutnya, dia dan dua adiknya memenuhi masa terluang dengan mengaji al-Quran dan bermain untuk menghilangkan rasa rindu kepada keluarga.

“Kami Bertiga Berdoa & Baca Al-Quran Supaya Rindu Hilang” Lepas PKP Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

IKLAN

Sedih, Walaupun Negatif Covid-19 Tapi Tak Dapat Jumpa Ibu Ayah

“Saya dan adik-adik sangat gembira kerana disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang. Bagaimanapun kami difahamkan tidak boleh menemui ibu dan ayah sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu terus kekal di PPSDAF.”

“Sedih juga tidak dapat jumpa ibu dan ayah biarpun sudah disahkan negatif Covid-19 kerana hampir sebulan tidak jumpa mereka,” katanya.

Kita semua doakan agar urusan adik ini dipermudahkan dan semoga adik beradik ini dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Baca: Kek Marble Moist Gebu, 5 Bahan Je Dah Boleh Sediakan Untuk Anak, Padu!

Sumber: Hmetro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI