Berikutan staf istana disahkan positif Covid-19 sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari.

Dalam perkongsian Tunku Azizah di laman instagram, baginda menjelaskan selepas diarahkan untuk kuarantin diri setelah 16 orang staf istana disahkan positif covid, segala pergerakan perlu dihadkan dalam istana.

“Kami Boleh Keluar Bilik 9 April, Perlu Duduk Berasingan & Hanya Lambai Dari Jauh.”

Baginda bersama Tuanku Agong dan anak-anak kena kuarantin dalam bilik berasingan. Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah SWT.

Staf istana sudah 16 orang yang positif dan mereka sedang menerima rawatan. Alhamdulillah kami yang lain negatif.

View this post on Instagram

kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri …. mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh allah swt …. staff istana sudah 16 org yg positive dan mereka sedang menerima rawatan …. alhamdulillah kami yg lain negative … patuh arahan doctor , saya sekeluarga duduk berasingan dlm bilek masing2 ….. lambai dari jauh saje ….. kami tdk di benarkan visitors dan juga tdk ada sesiapa di benarkan naik keatas istana …. hanya kami saje di atas , tdk ada pelayan atau bodyguard …. tuanku agong , saya dan anak buat sendiri semua …. cuci dan kemas bilek sendiri ….. kerana kami semua high risk bcos we were with those yg positive …. alhamdulillah we r ok … dah buat banyak test , dan negative ! sy doakan pekerja2 istana dan bodyguard yg positive akan sembuh cepat … dan juga kpd semua rakyat malaysia ….. kami hanya boleh keluar bilek on April 9th … selepas buat swab test … dan selepas itu juga kena berjaga2 dan begitu juga dengan semua staff istana . jom kita semua berkerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak …. duduk di rumah … jangan keluar dan JANGAN DEGIL …. ini tanggungjawab kita semua …. wpun kita serah kpd allah swt, kita juga di tuntut berikhtiar …..alhamdulillah anak2 saya semua faham dan tdk ada yg complain … semua baik2 duduk dlm bilik dan makan apa saje yg saya order …

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Duduk bilik berasingan, lambai dari jauh

IKLAN

Patuh arahan doktor, saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh saja. Kami tidak di benarkan visitors dan juga tidak ada sesiapa di benarkan naik ke atas istana. Hanya kami saja di atas, tidak ada pelayan atau bodyguard.

Tuanku Agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yg positive. Alhamdulillah kami semua  ok. Dah buat banyak test dan negatif! Saya doakan pekerja-pekerja istana dan bodyguard yang positif akan sembuh cepat dan juga kepada semua rakyat Malaysia.

9 April baru boleh keluar bilik

Kami hanya boleh keluar bilik pada 9 April selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga dan begitu juga dengan semua staf istana.

IKLAN

Jom kita semua berkerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak. Duduk di rumah jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga di tuntut berikhtiar. Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain. Semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saja yang saya order.

Agong & Raja Permaisuri tangguhkan bayaran Emolumen Diraja

Sementara itu, menerusi kenyataan media, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan, supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja.

Penangguhan bayaran akan dijalankan selama enam bulan bermula Mac hingga Ogos. Usaha ini adalah untuk meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19).

IKLAN

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, menyifatkan Perkenan Seri Paduka baginda berdua mencerminkan keprihatinan terhadap krisis kewangan yang melanda rakyat ketika ini.

“Kami Boleh Keluar Bilik 9 April, Perlu Duduk Berasingan & Hanya Lambai Dari Jauh.”

Sumber: IG air tangan_tunkuazizah & Harian Metro

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI