Pasangan pelakon Korea yang cukup dikenali, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengumumkan bakal bergelar ibu dan ayah selepas Ye Jin dilaporkan hamil.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ye Jin sendiri menerusi satu hantaran terbarunya di akaun Instagram miliknya semalam.
Pasangan drama bersiri Korea popular, Crash Landing On You yang cukup dikenali ini mengumumkan bakal menyambut kedatangan orang baru dalam hidup mereka sekaligus mengesahkan kehamilannya.
“Apa khabar semua? Saya baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua.
“Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami. Namun secara jujurnya saya masih lagi bingung.
Ads
“Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari, dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja,” tulisnya berkongsi rasa gembira di Instagram.
Masih dalam tempoh berhati-hati, Ye Jin bagaimana pun menjelaskan dia enggan berkongsi lebih awal kerana mempunyai sebab tertentu.
Pun begitu, dia amat teruja untuk menantikan si comel kesayangan mereka yang dinantikan sekian lama.
Ads
“Saya sangat bersyukur tetapi saya perlu berjaga-jaga, jadi saya tidak memberitahu sesiapa pun berita gembira ini.
“Jadi saya ingin berkongsi berita gembira ini bersama peminat dan juga kenalan yang sudah lama menantikan kehamilan ini seperti kami.
“Kami akan berusaha melindungi dan menjaga sebaik mungkin kurniaan yang diberikan pada kami ini. Saya harap anda semua kekal sihat dan hargai orang yang tersayang. Saya doakan anda semua bahagia,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Hyun Bin dan Ye Jin melangsungkan perkahwinan penuh gilang gemilang sekitar Mac lalu.
Saya berumur 29 tahun. Anak pertama berusia 10 bulan dan kini saya hamil tanpa dirancang. Panik kerana ia berlaku kurang daripada dua tahun seperti mana saranan doktor kerana saya melahirkan melalui pembedahan caesarean. Saya risaukan keadaan saya dan anak dalam kandungan. Terbaca mengenai risiko rahim terkoyak dan ia menakutkan saya. Mohon pandangan doktor mengenai hal ini.
Mummy J – Ipoh, Perak.
Puan tidak perlu panik kerana terdapat kajian menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan. Jika puan hamil setelah anak pertama berusia 10 bulan, ini bererti risiko dinding rahim koyak adalah amat rendah.
Masalah dinding rahim koyak (uterine rupture) selalunya berlaku sewaktu puan mengalami sakit kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya. Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai trial of scar (TOS). Bersalin melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai vaginal birth after caesarean section (VBAC).
Jika seseorang wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai elective repeat cesaerean section (ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kelahiran anak kedua, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS. Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya uterine rupture dan bersalin melalui VBAC, tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi pesakit untuk memahami bahawa uterine rupture berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS, sekali pun seseorang wanita dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah. Kes-kes uterine rupture boleh menyebabkan masalah-masalah besar seperti di bawah:
Saya menasihatkan agar puan merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan yang merawat puan sendiri supaya rekod pembedahan yang pertama boleh disemak sebelum boleh melalui TOS. Hal ini kerana risiko uterine rupture amat tinggi (jika ia berlaku).
SOALAN INI DI JAWAB OLEH DR NORINTAN ZAINAL SHAH, PAKAR PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kini, ramai wanita yang hamil lewat usia. Salah satu sebabnya adalah trend berkahwin lambat. Malah, ada juga yang disebabkan faktor-faktor yang lainnya.
Orang selalu berkata, ada bahayanya kalau cuba hamil lewat usia. Berdasarkan kajian, berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita di dalam kes ini.
Masalah kesuburan
Usia yang semakin meningkat dikaitkan dengan tahap kesuburan yang kian menurun.
74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh hamil dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31 – 34 tahun. Apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.
Kesihatan bayi terjejas
Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh anda dan suami boleh menyumbang kepada penyebab masalah kesihatan bayi.
Antara masalah lain yang boleh timbul ialah keguguran, bayi kurang berat badan, kelahiran pramatang atau meninggal dunia dalam kandungan.
Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep atau pembedahan caesarean.
Ada kajian mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin. Secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat mengalami kontraksi dengan baik.
Perubahan hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.
Komplikasi kesihatan diri
Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain.
Apabila ada penyakit, ia boleh
menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
Risiko sindrom Down
Sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah
1 dalam 240 pada usia 35 tahun; 1 dalam 53 pada usia 40 tahun dan 1 dalam 19 pada usia 45 tahun
Walau bagaimanapun, ada kajian menjelaskan hamil lewat usia ada kelebihan tersendiri. Salah satunya didapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang kepada otak wanita.
Estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.
Secara tidak langsung, ia membantu peekembangan otak bayi di dalam kandungan juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa berlaku pendarahan walaupun berdasarkan ujian kehamilan, keputusannya positif? Ini punca pendarahan awal kehamilan yang patut bakal ibu ketahui.
Pendarahan di awal kehamilan keadaan normal?
Pendarahan ketika hamil yang dikategorikan sebagai ringan, tidak perlu dibimbangkan. Ini terutamanya jika ia berlangsung selama 1 atau 2 hari sahaja. Pendarahan awal kehamilan adalah dianggap sebagai perkara biasa dan sering kali tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun sebaliknya, jika ia pendarahan berat dan disertai dengan gejala-gejala lain, ini mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius.
Punca pendarahan awal kehamilan
Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pendarahan ketika hamil agak teruk, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab keadaan itu terjadi. Kenapa berlaku pendarahan walaupun berdasarkan ujian kehamilan, keputusannya positif? Ini punca pendarahan awal kehamilan yang patut bakal ibu ketahui.
Pendarahan di awal kehamilan keadaan normal?
Pendarahan ketika hamil yang dikategorikan sebagai ringan, tidak perlu dibimbangkan. Ini terutamanya jika ia berlangsung selama 1 atau 2 hari sahaja. Pendarahan awal kehamilan adalah dianggap sebagai perkara biasa dan sering kali tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun sebaliknya, jika ia pendarahan berat dan disertai dengan gejala-gejala lain, ini mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius.
Punca pendarahan awal kehamilan
Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pendarahan ketika hamil agak teruk, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab keadaan itu terjadi.
Berikut antara 7 risiko yang boleh dialami ibu mengandung:
1. Pendarahan implantasi
Pendarahan di awal kehamilan yang ringan adalah tidak berbahaya, ia disebut sebagai spotting. Keadaan itu berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim dan sedang berkembang. Selalunya ia terjadi dalam tempoh anda sepatutnya mengalami kedatangan haid.
Berbeza dengan darah haid, pendarahan awal kehamilan atau pendarahan implantasi biasanya berwarna lebih ringan – merah muda hingga coklat pudar. Biasanya ia berlangsung untuk tempoh beberapa jam hingga hari dan tidak melibatkan pendarahan berat.
2. Polip serviks
Dianggarkan 2 hingga 5% wanita menghidap polip – ketumbuhan kecil sebesar jari – pada serviks, pintu masuk daripada saluran faraj ke rahim. Polip serviks biasanya jinak – bererti ia bukan punca barah.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan itu boleh menyebabkan keradangan atau iritasi sehingga mengakibatkan berlakunya pendarahan berwarna merah terang. Anda juga mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom lain. Tetapi polip ini boleh dikesan dengan mudah semasa melakukan pemeriksaan pelvis.
3. Hubungan seks atau pemeriksaan fizikal
Bercakap mengenai pemeriksaan pelvis, seperkara perlu difahami, terdapat kemungkinan ada alatan yang mungkin mencucuk atau berada dekat dengan pelvis semasa ujian dilakukan.
Keadaan itu boleh menyebabkan iritasi sekali gus pendarahan faraj. Ini bermakna, aktiviti seksual juga boleh menjadi faktor pendarahan di awal kehamilan. Umumnya, keadaan ini terjadi kerana hormon kehamilan menjadikan serviks – dan banyak perkara lain – lebih sensitif.
Anda mungkin melihat darah merah terang pada seluar dalam sejurus selepas hubungan intim atau pemeriksaan fizikal. Usah bimbang, ia keadaan biasa yang berlaku sekali sahaja dan akan hilang dengan sendiri.
4. Keguguran
Sebarang pendarahan berat pada trimester pertama, terutamanya jika diikuti dengan kesakitan, ia mungkin berkaitan dengan keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan.
Jika anda mengalami keguguran, terdapat beberapa simptom lain yang akan terjadi seperti:
5. Kehamilan ektopik
Turut dikenali sebagai kehamilan luar rahim, ia terjadi apabila telur disenyawakan melekat pada kawasan luar rahim. Kebanyakan kehamilan jenis ini berlaku pada bahagian tiub fallopio – penghubung antara ovari dan rahim.
Peratusan untuk berlakunya kehamilan ektopik adalah lebih rendah berbanding risiko keguguran. Bayi tidak boleh membesar selain daripada di dalam rahim. Maka kehamilan ini perlu mendapatkan rawatan perubatan segera.
Simptom lain yang mungkin dialami adalah:
6. Kehamilan molar
Punca lain pendarahan awal kehamilan adalah kehamilan molar atau kehamilan anggur. Komplikasi ini jarang terjadi tetapi ia merupakan keadaan serius. Dianggarkan 1 daripada setiap 1,000 kehamilan mengalaminya.
Ia terjadi apabila tisu plasenta tumbuh secara tidak normal, yang berpunca daripada kesilapan genetik semasa persenyawaan. Ia sekali gus mengakibatkan janin tidak membesar dan boleh menyebabkan keguguran pada trimester pertama.
Selain pendarahan ketika hamil yang berwarna merah terang hingga coklat gelap, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:
7. Subchorionic hematoma
Merupakan pendarahan di awal kehamilan yang berlaku apabila plasenta terlepas sedikit lekatan daripada dinding rahim. Keadaan itu menyebabkan terbentuk jurang antara keduanya.
Hematoma boleh terjadi dalam pelbagai saiz yang berbeza. Untuk saiz yang kecil, ia adalah keadaan paling biasa. Sebaliknya, saiz yang lebih besar boleh mengakibatkan pendarahan berat.
Kebanyakan wanita yang mengalami hematoma dapat menjalani kehamilan yang sihat. Namun bagi subchorionic hematoma besar, wujud risiko keguguran untuk 20 minggu pertama kehamilan.
Simptom lain yang boleh dialami adalah:
8. Jangkitan
Adakalanya pendarahan ketika hamil mungkin tidak berkaitan dengan kandungan anda sama sekali, seperti jangkitan pada kawasan pelvis, pundi kencing atau saluran kencing.
Ia mungkin berpunca daripada bakteria, virus atau fungus. Jangkitan yis atau keradangan (vaginitis) serius turut boleh mengakibatkan pendarahan.
Selain pendarahan ringan berwarna merah jambu hingga merah, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:
Pendarahan di awal kehamilan pastinya mendatangkan kerisauan, bukan?
Namun, dalam kebanyakan kes, ia adalah keadaan biasa dan sebahagian daripada proses awal mengandung. Tetapi jika pendarahan berat, ia mungkin petanda masalah lebih serius. Jika ada sebarang keraguan, segera berjumpa dengan doktor.