Pasangan pelakon Korea yang cukup dikenali, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengumumkan bakal bergelar ibu dan ayah selepas Ye Jin dilaporkan hamil.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ye Jin sendiri menerusi satu hantaran terbarunya di akaun Instagram miliknya semalam.

Pasangan drama bersiri Korea popular, Crash Landing On You yang cukup dikenali ini mengumumkan bakal menyambut kedatangan orang baru dalam hidup mereka sekaligus mengesahkan kehamilannya.

“Apa khabar semua? Saya baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua.

“Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami. Namun secara jujurnya saya masih lagi bingung.

IKLAN

“Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari, dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja,” tulisnya berkongsi rasa gembira di Instagram.

Masih dalam tempoh berhati-hati, Ye Jin bagaimana pun menjelaskan dia enggan berkongsi lebih awal kerana mempunyai sebab tertentu.

Pun begitu, dia amat teruja untuk menantikan si comel kesayangan mereka yang dinantikan sekian lama.

IKLAN

“Saya sangat bersyukur tetapi saya perlu berjaga-jaga, jadi saya tidak memberitahu sesiapa pun berita gembira ini.

“Jadi saya ingin berkongsi berita gembira ini bersama peminat dan juga kenalan yang sudah lama menantikan kehamilan ini seperti kami.

“Kami akan berusaha melindungi dan menjaga sebaik mungkin kurniaan yang diberikan pada kami ini. Saya harap anda semua kekal sihat dan hargai orang yang tersayang. Saya doakan anda semua bahagia,” kongsinya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Hyun Bin dan Ye Jin melangsungkan perkahwinan penuh gilang gemilang sekitar Mac lalu.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!