Meskipun nyawa sendiri menjadi taruhan, barisan pengamal perubatan di negara ini, terus mengerah kudrat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit COVID-19.

Bakti dicurahkan golongan profesional itu langsung tidak mengharapkan sekelumit balasan, namun hanya satu permintaan yang amat didambakan mereka daripada rakyat Malaysia.

Menerusi kumpulan perbualan dinamakan ‘Rayuan Pengamal Perubatan’ yang diwujudkan di laman Facebook, rata-rata pejuang barisan hadapan ini tampil menzahirkan harapan supaya masyarakat memberikan kerjasama sebaiknya kepada mereka dalam usaha memerangi penularan COVID-19.

“Kami Pertaruhkan Nyawa Untuk Anda.” Rayuan Pejuang Perubatan Buat Rakyat Malaysia
Antara petugas perubatan yang terus mengerah kudrat dan rawatan terbaik kepada pesakit COVID-19.

Antara luahan menyayat hati ialah Pegawai Perubatan dari Hospital Kemaman, Dr Lee Hoong, yang ketika ini terpaksa menjalani kuarantin selepas terdedah kepada jangkitan daripada pesakit COVID-19.

“Hari ini ialah hari ketiga saya menjalani proses kuarantin, masih berdebar menunggu keputusan ujian sampel tekak. Rakan dan keluarga amat risaukan saya.

“Saya sangat rasa bersalah dengan rakan sepasukan yang terpaksa bekerja saban hari untuk membantu operasi kerana segelintir daripada kami terpaksa menjalani tempoh kuarantin.

IKLAN

“Diharapkan, keputusan sampel jangkitan saya adalah negatif supaya dapat kembali berkhidmat dengan rakan sepasukan untuk menangani penularan COVID-19 secara bersama,” katanya.

“Kami Pertaruhkan Nyawa Untuk Anda.” Rayuan Pejuang Perubatan Buat Rakyat Malaysia
Kepulangan Dr Nik Shaheeda sentiasa dinantikan anaknya.

Menerima nasib sama, Pegawai Perubatan Epidemiologi dari Hospital Teluk Intan, Dr Nik Shaheeda Yusoff, berkata kepulangannya di rumah sentiasa dinantikan dua anaknya, sejak sibuk bertugas merawat pesakit COVID-19.

Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya 11 hari lagi, memandangkan beliau masih menjalani tempoh kuarantin selepas terdedah dengan jangkitan daripada pesakit COVID-19.

“Tolong doakan kerana ketika ini kami berdepan kekurangan tenaga pekerja. Saya tidak sabar untuk kembali berjuang dengan rakan sekerja di barisan hadapan, supaya kami saling menyokong.

IKLAN

“Kepada rakyat Malaysia, kekal berada di rumah, pastikan anda selamat dan jangan menipu. Bersama kita tempuh cabaran ini,” katanya.

“Kami Pertaruhkan Nyawa Untuk Anda.” Rayuan Pejuang Perubatan Buat Rakyat Malaysia
Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, Dr Ain Ariffin.

Meskipun sedang ‘berbadan dua’ juga ternyata bukan alasan buat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ain Ariffin, yang masih berada di barisan hadapan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit, termasuk individu dijangkiti COVID-19.

Mengakui risau dengan kesihatan dan keselamatan kandungannya, beliau bagaimanapun masih ingin menabur bakti berbekalkan kepakarannya, tatkala negara di ambang krisis penularan wabak berkenaan.

IKLAN

“Saya berusaha sebaiknya untuk mengurangkan risiko terdedah kepada COVID-19 kerana memikirkan anak dalam kandungan.

“Saya masih risau setiap kali berjumpa dengan pesakit, tetapi diharapkan semuanya kembali lebih baik nanti,” katanya.

“Kami Pertaruhkan Nyawa Untuk Anda.” Rayuan Pejuang Perubatan Buat Rakyat Malaysia

Sumber: FB Rayuan Pengamal Perubatan & BH

Kredit Gambar: FB Rayuan Pengamal Perubatan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI