Potensi seseorang itu kadang-kadang sudah terserlah sejak kecil lagi. Seperti di Malaysia, ramai anak genius yang kita ketahui kemampuan mereka dalam pelajaran. Untuk mengukur kebijaksanan seseorang dari segi akademik dan ilmiah, ia dilihat melelaui IQ mereka.
Baru-baru ini tular tentang seorang kanak-kanak lelaki dari Malaysia yang berusia tiga tahun diterima memasuki Mensa, yang menjadikan dirinya ahli termuda di dalam komuniti masyarakat IQ tinggi antarabangsa. Kini, usianya sudah pun 5 tahun.
Kanak-kanak ini yang menetap di United Kingdom bersama ibu dan ayahnya telah berjaya menyertai Mensa dua tahun lepas setelah mendapat skor 142 dalam ujian Stanford Binet iaitu sejenis penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ seseorang.
Menurut laporan dari Metro UK, dengan keputusan tersebut meletakkan Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmi Naim dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk. Berkongsi tentang rahsia kecerdikan anaknya, Nur Anira Asyikin Hashim mengatakan mereka telah mendedahkan buku kepada Haryz seawal usianya dua tahun.
Cerita Anira, anaknya menyebut perkataan pertama ketika berumur tujuh bulan dan semasa dua tahun, dia sudah mampu membaca buku cerita. Kedua-dua ibu ayah Haryz memiliki latarbelakang dalam bidang kejuruteraan dan tidak pernah menyangka anak mereka mempunyai kepintaran begitu.
Kata Anira lagi, mereka tidak menyedari tentang kebijaksanaan Haryz kerana tidak biasa memandangkannya anak pertama. Namun setelah menghantar Haryz ke pusat asuhan, dia dan suami dimaklumkan bahawa anak mereka mempunyai keupayaan yang melebihi kanak-kanak lain.
Apabila mereka sedar tentang kepintarannya, Anira dan suami kemudian membuat saluran Youtube yang dinamakan Little Haryz dengan tujuan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak lain.
“Biarpun dia mempunyai IQ yang tinggi, Haryz sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang sama umur dengan dia. Dia suka melompat, melukis, menyanyi dan buat semua benda yang budak-budak lain suka. Dia suka tonton Story Bots dan Numberbloks dan gemar bersembang dengan orang dewasa.”
Suka membaca dan Haryz juga suka bercakap mengenai nombor dan angkasa lepas. Tambah Anira lagi, mereka akan memberi galakan sepenuhnya kepada anak mereka di dalam bidang yang diminati dan sentiasa berbangga dengan apa jua pencapaian Haryz.
Berkongsi tentang amalan ketika hamil, Anira memberitahu yang dia mengamalkan membaca al-Quran dan bahan berkaitan keibubapaan. Selain itu, dia juga banyak membaca tentang bahan berkaitan pengajiannya. Kata Anira lagi, dia hanya membaca mana-mana surah dari al-Quran dan tidak mengamalkan sebarang surah secara spesifik.
Hari ini genap setahun pemergian allahyarhamah Siti Sarah, isteri tersayang usahawan dan pelawak, Shuib yang dijemput Ilahi selepas tewas dengan serangan Covid-19.
Mengenang memori indah bersama, Shuib turut memuat naik video terakhir ketika arwah isteri tersayangnya itu hamil lima bulan di Instagramnya.
Kongsi Shuib menerusi video itu, arwah Sarah ketika itu mengidam untuk makan di restoran kesukaannya dan ketika itulah Shuib menjemput Sarah untuk ke restoran berkenaan.
Menurut kata Shuib lagi, video inilah yang sering membuatkan dirinya bersedih bila begitu merindui isterinya.
“9.8.2022. Genap setahun sayang pemergian You. Inilah video yang selalu buat i sedih yang teramat.
“Masa ni pregnant 5 bulan, You nak sangat makan dekat tempat favourite You. Berkali kali call sebab nak ajak pergi makan,” kongsi Shuib.
Malah menurut Shuib lagi, paling dirindukan pastinya riak wajah comel dan manja arwah Sarah yang merajuk kerana Shuib tidak menunaikan permintaannya untuk makan di restoran kegemarannya.
Pun begitu kata Shuib, dia berasa lega kerana dapat menunaikan permintaan arwah isterinya itu.
Tak lupa, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut meninggalkan pesan buat para suami agar sedaya upaya menunaikan apa jua permintaan isteri selagi masih ada.
Malah Shuib turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa terus mendoakan arwah isterinya itu biarpun pun kini genap setahun pemergiannya.
“Bila i pegi amik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang You nak.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cuba lah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan di rahmati dunia dan akhirat. Amin, Al Fatihah buat SITI SARAH BT RAISSUDDIN,” tulisnya lagi.
Kenaikan kes jangkitan virus Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) yang membimbangkan di seluruh dunia membuatkan mak ayah bertambah risau jika anak-anak dijangkiti.
Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan, jangkitan HFMD ini juga sudah mencapai tahap ‘ alert threshold’ (melebihi paras bahaya) yang sudah semestinya membuatkan kita bimbang bila anak-anak ke sekolah.
Menurut Dr Erna Nadia, mak ayah perlu ada kesedaran untuk menjaga kebersihan anak malah memantau anak sentiasa dan paling utama lupakan niat untuk membawa anak keluar berjalan. Elakkan!
HFMD. Semalam terdapat satu kes di mana seorang kanak kanak di Sarawak meninggal akibat penyakit kaki, tangan dan mulut aka HFMD ini.
Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan telah mengumumkan bahawa HFMD sudah mencapai tahap ‘ alert threshold’ (melebihi paras bahaya) kerana kes semakin hari semakin meningkat. Saya difahamkan terdapat sebuah sekolah di Pulau Pinang dan di Pahang telah ditutup akibat penularan penyakit ini.
Ok, rasanya sudah ramai yang berkongsi tentang HFMD dan saya telah ringkaskan di dalam gambar di bawah.
Penyakit ini bukanlah seperti yang terjadi kepada haiwan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus.
Virus ini disebarkan melalui cecair cecair yang tersebar di udara dan di mana mana sahaja cecair ini ‘mendapat’.
Contoh paling mudah difahami adalah begini: Polan menghidap jangkitan (batuk, selsema)yang dijangkiti virus Coxsackie A16. Polan batuk batuk tanpa menutup mulut. Cecair dari hasil batuk Polan telah tersebar kepada Amat semasa mereka sedang bermain bersama dan cecair tersebut juga melekat kepada mainan yang mereka main serta lantai yang mereka pijak.
Akibatnya, Amat tersentuh mainan dan terpijak lantai tersebut menyebabkan Amat juga turut mendapat virus ini secara tidak langsung.
Amat dan Polan mula ditumbuhi ruam dengan lepuh (rashes with blisters) dan Siti datang bermain sekali. Cecair di tangan Amat terkena kepada Siti menyebabkan Siti juga terjangkit sama.
Satu pesakit HFMD boleh menjangkiti sekurang kurangnya 5 orang pesakit lain. HFMD biasa berlaku kepada kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.
Orang dewasa juga boleh mendapat penyakit ini namun jarang berlaku. Jika berlaku kepada wanita mengandung, insha Allah ianya tidak menjangkiti janin di dalam kandungan. Namun, dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Penyakit ini akan pulih sendiri. Badan kita akan membentuk antibodi untuk melawan virus ini. Biasanya penyakiti ini mengambil masa 7-10 hari untuk pulih sepenuhnya. Macam mana nak tahu bila dah sembuh?
Bila sudah tiada ruam baru yang tumbuh dan ruam yang sedia ada sudah kering kesemuanya. Namun, ini bukanlah bermakna anda boleh membawa anak untuk keluar berjalan jalan. Pastikan ruam sudah hilang, demam sudah tiada, batuk selsema juga sudah pulih, barulah bawa anak keluar ke tempat awam.
Penularan penyakit ini disebabkan sesetengah ibubapa yang masih membawa anakanak yang tidak sihat ke tempat awam dan tahap kebersihan di beberapa tempat awam serta sekolah/taska/rumah pengasuh/rumah sendiri yang tidak terjaga.
Virus ini tidak akan mati hanya dengan sanitizer menggunakan ethanol atau sabun biasa (tak kiralah jenama apa). Seeloknya basmi kuman tersebut dengan campuran air suam panas dengan kloroks
1. Untuk lantai/tandas/permukaan alatan, boleh larutkan 200ml klorok dengan 20liter air. Kekuatan campuran adalah 0.05%.
2. Untuk baju/mainan/pinggan mangkuk, larutkan 20 liter air suam panas dengan 40ml klorok. Kekuatan campuran adalah 0.01%.
Ada yang bagi petua suruh makan itu ini begiu begini dan ada yang suruh sapu macam macam supaya ruam cepat sembuh. Tolonglah jangan mudah terikut.
Beri apa sahaja yang anak anda mahu/boleh makan. Jika anak anda ada alahan pada telur/seafoods atau apa sahaja, janganlah beri.
Elok berikan makanan yang lembut kerana mereka masih dalam keadaan sukar untuk mengunyah akibat ulser di dalam mulut. Pastikan mereka mendapat cukup air.
Jika terdapat tanda tanda dehidrasi/kurang air ( bibir kering/kulit kering/air kencing berkurangan/ pucat/lemah / tidak aktif), bawalah berjumpa doktor untuk diperiksa. Jangan dibiarkan di rumah.
HFMD boleh membawa komplikasi seperti jangkitan kuman kepada paru paru, jantung, mata dan otak. Jadi berhati hatilah.
Ada juga yang mendapat jangkitan bakteria bersama sama HFMD. Hal ini akan diperiksa oleh doktor dan jika sah bakteria terlibat sama, barulah antibiotik akan diberi. Ingat penyakit ini disebabkam oleh virus yang biasa.
Jadi, tidak perlu antibiotik atau antivirus dan tidak ada vaksin lagi untuk penyakit ini. Tidak perlu membazir membeli spray atau apa apa krim sapu untuk ruam atau lepuh. Ruam dan lepuh ini akan baik dengan sendirinya. Ruam ini tidak menyebabkan kegatalan.
Pastikan kebersihan dijaga dengan betul. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan, selepas menukar lampin/cuci najis.
HFMD boleh dikurangkan penularannya. Hanya perlukan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk tidak membawa anak anak yang tidak sihat ke sekolah/taska/rumah pengasuh atau ke tempat awam (kedai makan, shopping mall, taman permainan, pasar malam yada yada yada).
Ingat,penyakit ini boleh pulih sendiri cuma perlu memastikan anak anak tidak dehidrasi dan aktif.
Penyakit ini boleh berulang kembali kepada mereka yang pernah dijangkiti. Jaga kesihatan. Jaga kebersihan.
Dan jadilah manusia yang bertanggungjawab.
Nota kaki : Tolonglah jangan bertanya atau meminta petua petua yang tidak betul di media sosial.
Dr. Erna Nadia Semakin risau melihat bilangan pesakit yang makin meningkat.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah si kecil kalau makan pasti akan meninggalkan sisa ataupun sisa akan bersepah di bawah lantai. Situasi ini memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi di tempat awam.
Namun lebih baik jika ibu bapa dapat membersihkan sebahagian sisa ataupun berbahasa kepada pekerja pembersihan supaya dapat membantu untuk membersihkan tempat yang kotor. Ikuti perkongsian Puan RuQayyah Muhd
“Dik… Maaf ya. Tumpah penuh ayaq ni atas lantai. Makan dengan budak-budak lagu tu lah.” Kata saya pada pekerja kedai makan yang sedang berusaha mengemop lantai yang penuh dengan minuman dan makanan anak-anak tumpahkan.
“Dak… Sekurangnya kak habaq. Ada orang main tinggai saja. Sepatah pun tak cakap. Memang kerja saya. Tapi kalau cakap sepatah elok lagi. Boleh saya buat terus. Terima kasih kak tolong habaq kat saya.” Katanya lagi.
Saya terpempan mendengar balasannya. Sungguh… Saya tak pernah terfikir nak maklumkan kepada pekerja apabila tumpah makanan atau minuman. Tambahan pula nak minta dia bersihkan sisa kita pula. Malu beb…malu.
Tapi… Betul kata adik itu. Memang itu kerjanya. Lebih manis dan beradab apabila kita maklumkan kepada pekerja untuk bantu membersihkan makanan yang tumpah.
Jika sebaris ayat, mampu membuatkan hati orang senang. Apa salahnya kita amalkan.
“Maaf kak. Saya tumpang lalu ya.” Ringkas tapi menyejukkan hati yang mendengar.
Kakak cleaner tak akan halang kita lalu di laluan yang baru sahaja dimop bersih, tak akan bising kena mop berulang kali apabila kasut kita meninggalkan jejak kotor di lantai. Tapi, jika kita letakkan diri kita di tempatnya, apa kita rasa?
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.