Kehadiran anak dianggap sebagai pembawa rezeki. Ada pasangan yang diuji dengan bertahun-tahun kahwin masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun ada juga yang rezekinya sentiasa murah dengan kehadiran anak.
Seperti pengalaman seorang pegawai kesihatan ini, Dr Zakimi Abdullah, beliau berkongsi kisah seorang bayi pramatang yang disahkam meninggal dunia selepas mereka berusaha untuk menyelamatkannya.
Jelas doktor ini, bayi tersebut dilahirkan di rumah dan selepas 5 jam dilahirkan baru dibawakan ke hospital. Paling menyedihkan, tindakan dan jawapan keluarga ini telah seolah-olah seperti tak masuk akal dan tak bersyukur dengan rezeki anak tersebut.
Ikuti kisah ini agar dapat menjadi pengajaran kepada kita semua terutamanya buat mereka yang bergelar ibu dan ayah.
“Bos! Kami resus baby baru lahir, prem. 20 minit CPR!” Ujar Dr Faizal (bukan nama sebenar).
“So, how is the baby now?” Tanyaku ringkas sambil mendekati bayi tak cukup bulan itu.
“Tak dapat laa bos,” balas Dr Faizal sambil mengesat peluh di dahi.
“Innalillah”
Ads
Bayi tersebut dilahirkan di rumah. Ibu tersebut membawa ke hospital selepas 4-5 jam bersalin. Tali pusat belum dipotong.
Bila ditanya kenapa tak datang terus ke hospital. Ibu tersebut kata tiada kenderaan kerana tiada sesiapa di rumah.
“Kenapa puan tak call 999 mintak ambulans!” Tanya Dr Faizal.
“Terlupa” balas ibu sangat ringkas.
Aku hairan lagi. “Suami dah tahu puan dah bersalin?” “Tahu” balas ibu sudah anak dua.
Aku semakin hairan. Mesti ada yang tak kena. Setelah diberitahu keadaan bayinya yang dah tak dapat diselamatkan, namun ibu itu seolah takde perasaan apa-apa.
Ads
“Sebenarnya, saya dan suami takmau anak ini. Suami tak mau tanggung ramai”
Akhirnya ibu baru bersalin itu memberitahu keadaan sebenar. Katanya dia dan suami sebenarnya tak mahu anak itu. Anggaran jangka masa mengandung dalam 28-30 minggu dan belum ‘booking’ (tiada buku pink).
Sebenarnya aku sering juga dapat kes sebegini. Kehamilan yang tak diingini. Allahu. Sadis!
Jika pasangan masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata atas sebab-sebab tertentu lebih baik pergi berbincang dengan doktor untuk tujuan perancangan keluarga. Banyak kaedahnya.
Jangan buat begini setelah hamil. Kesian bayi dalam kandungan. Allahu. ”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemadam yang satu ini sememangnya jadi kesukaan kita di waktu kecil. Malah sehingga kini pun pemadam dengan pelbagai bentuk dan rupa ini menjadi kegemaran anak-anak kita. Rupa-rupanya ia membahaya untuk anak-anak.
Menurut OT, Pn Siti Aisyah Rozalli, pemadam kesukaan kita ini boleh mendatangkan gangguan neurologi pada anak-anak kita. Elakkan.
Saya suka guna pemadam ni tau. Sebab dia colourful dan sangat cute. Anak-anak memang suka.
Tapi, bila baca laporan Bernama ni, saya rasa kena stop dan buang semua stok pemadam berwarna ni. Bahaya.
“Menurut laporan Plastics, EDC, and Health mendapati EDCs dikaitkan dengan:
Kalau ada sahabat-sahabat yang pandai kimia, mungkin boleh ulas sikit tentang ni?
Bahaya Kanak-Kanak Letak Dalam Mulut
Dan ini pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Bernama. Jadi elakkan memberi pemadam jenis ini pada anak-anak.
Pemadam yang membawa padah. Pelbagai jenis pemadam yang mengandungi bahan kimia pengganggu endokrin (EDCs) yang dijual di negeri ini sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Pemadam-pemadam buatan China itu yang mempunyai ciri-ciri khayalan seperti bentuk lucu, watak kartun dan bau buahan yang boleh menarik kanak-kanak meletakkannya ke dalam mulut mereka.
Menurut laporan Plastics, EDCs and Health mendapati EDCs dikaitkan dengan gangguan neurologi dan tingkah laku, obesiti, disfungsi metabolik, gangguan reproduktif serta kanser sensatif hormon.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) ialah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika kelahiran. Ikuti penerangan Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau.
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu. Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.
Kebanyakan masa bahu bayi boleh dilepaskan tanpa sebarang masalah tetapi dalam beberapa kes bahu tersangkut ini kadangkala boleh menyebabkan masalah kepada bayi seperti patah tulang bahu, kecederaan pada saraf dan kekurangan oksigen (birth asphyxia)
Masalah ini boleh berlaku dalam 1 dalam 150 kelahiran (0.7%) dan lebih kerap berlaku pada ibu-ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung. Hakikatnya ia sangat sukar diramal.
Golongan berisiko tinggi
Oleh sebab ia sukar diramal ketika hamil, ibu-ibu yang perlu memahami siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami bahu bayi tersendat ketika kelahiran. Dengan ini perlu mengambil langkah awal serta persediaan mental dan fizikal.
Sejarah bahu bayi tersendat ketika kelahiran sebelumnya
Ibu yang menghidap kencing manis
Bayi yang besar dan ibu menghidap kencing manis
Indeks jisim tubuh ibu lebih dari 30
Kelahiran secara paksa (induksi)
Proses bersalin yang sangat lama
Kelahiran menggunakan ventouse atau forseps
Kes kecemasan
Bagi kes kecemasan di mana ia terjadi tanpa jangkaan atau dikenali sebagai obstetric emergency, pakar sakit puan dan bidan yang bertugas akan memberikan rawatan segera. Sekiranya berlaku bahu bayi tersendat semasa proses kelahiran, red alert akan dimulakan untuk mendapat bantuan dari pasukan perubatan. Ibu akan diminta berhenti meneran untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk pada bayi.
Doktor pakar perbidanan dan bidan akan meminta ibu membengkokkan paha dan lutut ke arah perut ibu bagi menambah ruang vagina supaya bahu bayi boleh dilepaskan dari tulang pubis ibu. Ini dipanggil Mc Roberts manouvre.
Sekiranya manouvre pertama gagal, langkah seterusnya ialah doktor pakar akan menekan pada bahagian abdomen ibu iaitu pada atas tulang pubis bertujuan untuk menolak dan melepaskan bahu bayi yang tersangkut.
Andai manouvre kedua gagal, doktor akan masukkan tangan dala vagina dan cuba menolak bahu bayi dan cuba melepaskan bahu bayi yang tersangkut. Guntingan episiotomi akan dilakukan sekiranya belum dibuat untuk memudahkan manouvre tersebut di atas.
Akhir sekali sekiranya semua gagal ibu mungkin akan disuruh menelangkupkan badan (on all four hands and legs) kerana ini juga boleh membantu melepaskan bahu bayi.
Ibu menghidap kencing manis
Masalah bahu bayi tersangkut ini sukar dielakkan kerana sukar diramal. Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya ialah dengan adalah ambil langkah berjaga-jaga jika ibu mempunyai risiko terutamanya ibu yang menghidap kencing manis. Bersalin secara induksi boleh mengelakkan masalah ini. Elakkan sama sekali kehamilan yang terlebih tempoh bagi ibu yang mempunyai kencing manis. Doktor selalunya akan mencadangkan bersalin melalui pembedahan Caesarean jika berat bayi melebihi berat normal iaitu 4kg. Walau bagaimanapun risiko bahu tersangkut masih boleh berlaku pada bayi yang mempunyai berat kurang dari 4kg lebih-lebih lagi jika ibu menghidap diabetes
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak kecil berpuasa sememangnya perlu namun berikanlah anak kita masa untuk mereka benar-benar bersedia. Ada kalanya, dek kerana rasa takut, anak mula bersetuju untuk berpuasa walhal anak masih belum bersedia.
Jangan biarkan anak kecil kita dilanda perasaan semacam ini. Jangan paksa anak puasa jika anak belum benar-benar bersedia. Percayalah sampai waktunya mereka akan berpuasa dengan bimbingan kita tetapi bukan paksaan.
Perkongsian Doktor Khairul Faizie ini banyak benarnya. Anak lemah dan mengadu sakit perut sehingga terpaksa di bawa ke klinik sepatutnya tidak patut berlaku. Kasihankanlah mereka. Kita yang dewasa pun dibolehkan berbuka jika sakit, inikan pula anak-anak kecil kita.
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2, 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5 (aku lupa ). Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah ( itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik, dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Beginilah.. Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini:
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure. Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat.
Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul ( DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat. “
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH. Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?
Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat.
Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
” Kalau anak kita dah biasa dengan solat ( jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.