Ads

Kanak-Kanak 11 tahun Maut, Dua Adik Kritikal Dipercayai Terminum Methadone

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak tersayang hilang dari mana. Berita yang merobek jiwa setiap ibu ayah apabila seorang iby didakwa secara tidak sengaja memberi ubat bahaya kepada anaknya. Menurut laporan berita, anaknya berusia 11 tahun maut manakala dua  kritikal  dalam satu kejadian di Sungai Ramal Baru, Kajang.

Kejadian Di Sungai Ramal Baru, Kajang

Kanak-Kanak 11 tahun Maut, Dua Adik Kritikal Dipercayai Terminum Methadone

Dalam satu kejadian menyayat hati di Sungai Ramal Baru pada Rabu, seorang ibu didakwa tidak sengaja memberikan cecair jenis methadone kepada tiga anak lelakinya. Tindakan itu akhirnya membawa kepada tragedi yang tak mungkin dipadam daripada memori keluarga ini.

Kejadian terbongkar apabila ketiga-tiga kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) menerima mereka sekitar jam 7.50 pagi untuk rawatan kecemasan.

Ads

Namun takdir berkata lain. Seorang daripada mereka, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, disahkan meninggal dunia. Dua lagi adiknya yang berusia sembilan dan lima tahun kini sedang bertarung nyawa seorang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan.

Siasatan Kes Methadone

Kanak-Kanak 11 tahun Maut, Dua Adik Kritikal Dipercayai Terminum Methadone

Polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 9.01 pagi hasil laporan yang dibuat oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.

Ads

Siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berlaku selepas ibu mangsa yang berusia 35 tahun tidak sengaja memberi ubat jenis methadone kepada ketiga-tiga anaknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ads

Masyarakat kini menantikan hasil siasatan penuh pihak berkuasa bagi merungkai motif sebenar kejadian ini. Doa terus mengiringi dua lagi kanak-kanak yang sedang dirawat agar diberikan kesembuhan sepenuhnya.

Hati mana yang tak luluh membaca berita sebegini.

Sumber: Sinar Harian  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Sindrom ‘Parental Burnout’: Bila Keletihan Ibu Bapa Boleh Undang Tragedi Maut

Keletihan biasa? Semua ibu pernah rasa. Tapi apa jadinya bila keletihan itu sampai tahap hilang fokus, minda “auto‑pilot”, dan keputusan yang diambil boleh menyebabkan bahaya kepada anak sendiri?