Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 2 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam di Sungai Chemor pada petang semalam.
Kanak-kanak yang tidak diketahui identitinya ketika ditemui dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hospital Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.
Ads
Menurut beberapa sumber, mangsa merupakan anak kepada pasangan warga Myanmar yang bekerja di Chemor.
Mangsa berusia dua tahun itu dikatakan keluar dari rumah tanpa disedari oleh ibu bapanya sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Ads
Ads
Nasihat kepada ibu bapa yang lain, awasi anak kecil anda kerana mereka di fasa ingin meneroka. Pastikan semua pintu dikunci dan sentiasa pastikan anak anda ada bersama terutama musim hujan dan banjir yang melanda.
Memandangkan terlalu ramai yang DM Eina minta bantuan untuk keperluan harian, jadi Eina telah buat keputusan untuk tolong 100 keluarga yang betul-betul susah dan memerlukan bantuan ni. (Yang betul-betul susah ya).
Tolong DM Eina dan bagi alamat. Nanti Eina akan hantar terus barang keperluan dapur.
Bukan itu saja, Eina juga turut menjelaskan keluarga yang mendapat bantuan ini segala maklumatnya akan dirahsiakan dan tidak siapa penerima berkenaan. #janganrisausayatakkantunjukigyangdapatbantuan. Thanks
Sebelum ini, ibu kepada pasangan kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey telah membantu beberapa kanak-kanak yang mengalami masalah ekzema yang teruk untuk mendapatkan rawatan pakar. Semua kos telah ditanggung olehnya dan suami.
Daripada apa yang dikongsikan Eina dia bersyukur kanak-kanak yang telah mendapat rawatan itu kini dah semakin baik dan mula menjalani kehidupan normal tanpa rasa sakit seperti sebelum ini.
Kredit: IG Eina Azman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi saluran baharu RTM, TV Okey, bermula minggu depan.
Khusus Bagi Mereka Yang Tiada Akses Internet
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet.
“Pendekatan ini diambil bagi memberi ruang kepada pelajar yang tiada akses kepada internet tetapi dapat akses kepada televisyen. Kita sedar bahawa bukan semua pelajar mendapat akses internet.
“Pendekatan ini diambil kementerian untuk memberikan seluas mungkin ruang dan peluang kepada bukan sahaja pelajar tetapi juga guru dan ibu bapa dalam mendapat akses kepada pendidikan sepanjang tempoh ini,” katanya ketika menjadi tetamu Program Bicara Naratif RTM.
Satu Kaji Selidik Dijalankan
Mohd Radzi, yang juga menteri kanan, berkata walaupun kementerian telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini, kelonggaran turut diberikan kepada guru untuk menentukan apakah kaedah terbaik yang boleh diguna pakai bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.
Katanya, oleh kerana ini merupakan kali pertama PKP dikuatkuasakan, kementerian turut melakukan satu kaji selidik untuk melihat apakah peranti atau gajet yang digunakan oleh pelajar sekolah di rumah bermula 28 Mac lalu.
Seramai 500,000 responden yang terdiri daripada ibu bapa melibatkan 700,000 pelajar telah mengisi kaji selidik berkenaan terutama mereka yang mempunyai akses internet.
Banyak Kekangan
“Hasil dapatan daripada kaji selidik itu, hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar hanya lima hingga 14 peratus.
“Memang betul ada akses kepada internet tetapi kebanyakannya hanya melalui telefon pintar dan ini adalah satu kekangan terutama apabila pembelajaran itu terlampau rumit sekali gus menyebabkan kesukaran untuk menyiapkan tugasan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun telah ditahan polis selepas disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Flat Ungku Tun Aminah. Kejadian itu yang dirakam dan tular di media sosial menunjukkan keganasan melibatkan suspek dan beberapa kanak-kanak di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya telah diserang oleh seorang lelaki pada hari Sabtu kira-kira jam 5.19 petang.
“Mangsa yang berusia 12 tahun mengalami pendarahan di kepala dan segera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” kata beliau dalam kenyataan media.
Menurutnya, mangsa kini dalam keadaan stabil meskipun mengalami kecederaan koyakan di kepala serta bengkak di tangan kanan.
Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Tun Aminah berjaya menahan suspek di kediamannya di sekitar kawasan Johor Bahru pada hari yang sama jam 7.25 petang.
“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga tempatan dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” ujar Balveer Singh lagi.
Suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga 2 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara yang merbahaya.
Insiden ini mendapat perhatian ramai selepas video berdurasi 2 minit 19 saat tersebar luas di media sosial. Rakaman tersebut menunjukkan suspek mundar-mandir di kawasan lif di flat berkenaan sambil dikelilingi beberapa kanak-kanak perempuan.
Dalam video itu, kedengaran jeritan seorang kanak-kanak sebelum lelaki tersebut dilihat melarikan diri dari kawasan kejadian. Beberapa saat kemudian, seorang kanak-kanak perempuan memasuki lif sambil memegang kepalanya yang berlumuran darah detik yang mengejutkan dan meruntun hati ramai netizen yang menonton video berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.