Banyak cara untuk menarik perhatian anak-anak kecil untuk makan. Salah satunya adalah menyediakan nasi dalam bentuk bebola yang dikepal kemas dengan salutan telur. Menariknya bukan hanya kepalan nasi biasa bahkan disalut dengan telur dan oat yang tinggi khasiat ditambah pula dengan campuran lobak merah yang menyihatkan.

Resipi ringkas tetapi berkhasiat yang dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman ini boleh dijadikan menu sarapan buat anak-anak. Jom cuba!

Petang semalam sempat goreng bagi anak-anak makan. Yang paling selera si Humaira lah. Dia ni bab makan agak cerewet juga, tak mau pedas. Yang jenis nuget chicken ball ni dia layan. Tu yang meqza buat ni.

Meqza check peti ais ada ayam, ada carrot. So, apa lagi teruih buat lahhh. Serbuk roti takda, meqza salut saja dengan rolled oat. Dari tak makan berbulan-bulan bagus juga bagi depa ni merasa. Kan jimat! Ok, moh kita tengok resipi mudah ni.

Bahan-bahan:

½ pot beras (ini meqza guna tin sardin)
3 ketul ayam (bahagian dada)
2 biji carrot

IKLAN

Main Kepal-Kepal, Menu Simple Tapi Berkhasiat, Ibu Ni Kongsikan Resipi Chicken Rice Ball!Meqza masak ½ pot beras. Kiranya masak bagi nasi tu lembik. Senang nak kepai buat bulat-bulat. Ayam dalam 3 ketoi isi. Ambik bahagian dada lah part ni. Meqza potong kecik-kecik.

Takde tumis-tumis atau goreng-goreng bagai okeh. Ayam mentah bodo gitu ja. Sebab, satgi nak goreng juga. Carrot meqza parut halus dalam 2 biji.

Main Kepal-Kepal, Menu Simple Tapi Berkhasiat, Ibu Ni Kongsikan Resipi Chicken Rice Ball!Bila dah sedia semuanya, kita gaul saja dalam satu bekas. Jangan lupa letak garam sikit, bagi ada rasa orang kata (tapi anak dua tahun ke bawah jangan letak garam). Then, buat kepal bulat-bulat macam fish@chicken ball tu. Kemain pakai plastik, tak mau tangan belemoih satgi cepat basi nasi tu. Depa kata lah.

Main Kepal-Kepal, Menu Simple Tapi Berkhasiat, Ibu Ni Kongsikan Resipi Chicken Rice Ball!Telor ni saiz C, dalam 3 biji gitu. Doh yang dah siap kepal, celup letak dalam ni. Salut bagi elok na. Satgi bila goreng dia tak pecah.

IKLAN

Main Kepal-Kepal, Menu Simple Tapi Berkhasiat, Ibu Ni Kongsikan Resipi Chicken Rice Ball!Lepas tu, masuk dalam serbuk oat pulak. Kalau tak mau blend oat tu kena cari serbuk roti. Golek golek doh tu sampai tertutup habis. Then letak dalam bekas lain.

Main Kepal-Kepal, Menu Simple Tapi Berkhasiat, Ibu Ni Kongsikan Resipi Chicken Rice Ball!Dah siap. Tadaaaa! Banyak juga bila kira. Ni Meqza buat banyak sebab nak frozen. Bila bila boleh goreng. Sat saja habis sekali makan.

Main Kepal-Kepal, Menu Simple Tapi Berkhasiat, Ibu Ni Kongsikan Resipi Chicken Rice Ball!Haaaa, tengok Humaira makan. Walaupun rasa plain, dia tetap makan sampai tinggal separuh. Sedap katanya. Kanak-kanak tak pandai menipu kan?

IKLAN

Kongsi Tip Masak
Kalau orang dewasa nak makan, boleh tambah spices dan daun bawang bagi wangi dan beraroma. Nak lagi umphhh letak la cheese. Perghhh! Bila makan tu cheese meleleh-leleh keluaq.

Kalau nak kata sedap macam juai di supermarket nu, idok lah. Tapi sangat sihat untuk anak-anak. Sebab takda tambahan gula atau perisa lain.

Memasak gaya meqza yang ada 2 anak kecik menyusu ni perlukan ketangkasan, kerajinan dan timing yang tepat. Kalau anak ni teriak ka apa, kena layan depa dulu. Habih layan depa sambung pulak. Ohhh terasa macam #supermommy. Power kan! 🤣

Sesambil masak tu Ustaz Abdullah Khairi pesan baca ayat 4 surah Yusuf, hembus lah kat makanan hat kita sediakan ni. Doalah moga anak-anak sayang kita lebey dan suami pulak puji inilah masakan paling sedap di abad ini.

Chill.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI