Kanak-Kanak 3 Tahun Melecur Disambar Api Ketika Pegang Botol Berisi Hand Sanitizer

Share

Di Indonesia, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan badannya selepas disambar api ketika membawa botol berisi bekas hand sanitizer di kawasan pembakaran sampah berhampiran rumahnya.

Memegang botol hand sanitizer

Kisah sedih ini dikongsikan oleh Kiki Henky Gunawan di laman Facebooknya. Menurut Kiki, ketika kejadian ahli keluarga kanak-kanak ini dikatakan sedang membakar sampah di satu kawasan berdekatan dengan halaman rumah mereka.

Mangsa yang dikenali dengan nama Ganjar telah menghampiri kawasan pembakaran tersebut sambil di tangannya memegang botol hand sanitizer.

Namun nasib tidak menyebelahi anak kecil ini, api tiba-tiba marak dan menyambar pada bahagian wajah dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Menurut sumber, ahli keluarga yang menyedari tentang insiden ngeri itu terus membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya pihak hospital terpaksa menolak disebabkan keadaan hospital yang dipenuhi dengan pesakit Covid-19.

LAGI ARTIKEL MENARIK [“Mak Cik Tak Minta Banyak. Dapat Susu Pekat Manis Cukuplah Untuk Bancuh Pada Cucu”]

Bapa terkandas di Tangerang
Mangsa kemudian dibawa ke hospital lain dan dia kini sedang dirawat sebagai pesakit umum. Walau bagaimanapun, ahli keluarganya dikatakan tidak mampu untuk membayar bil perubatan yang berjumlah 21 juta rupiah iaitu bersamaan RM5,740.

ARTIKEL LAIN [Bercerai Susu Tanpa Si Kecil ‘Cari’ Tengah Malam. Standby Cara Ni, Confirm Jadi!]

 

Lebih meruntun hati apabila bapa mangsa masih terkandas di Tangerang dan tidak dapat pulang ke rumahnya untuk menjaga serta melawat anak perempuannya itu. Difahamkan, mangsa kini masih mendapatkan rawatan dan lukanya kini beransur pulih.

Sumber: OB via Kiki Henky Gunawan, Tribunnews, World of Buzz

IKLAN