Di Indonesia, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan badannya selepas disambar api ketika membawa botol berisi bekas hand sanitizer di kawasan pembakaran sampah berhampiran rumahnya.
Memegang botol hand sanitizer
Kisah sedih ini dikongsikan oleh Kiki Henky Gunawan di laman Facebooknya. Menurut Kiki, ketika kejadian ahli keluarga kanak-kanak ini dikatakan sedang membakar sampah di satu kawasan berdekatan dengan halaman rumah mereka.
Mangsa yang dikenali dengan nama Ganjar telah menghampiri kawasan pembakaran tersebut sambil di tangannya memegang botol hand sanitizer.
Namun nasib tidak menyebelahi anak kecil ini, api tiba-tiba marak dan menyambar pada bahagian wajah dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Menurut sumber, ahli keluarga yang menyedari tentang insiden ngeri itu terus membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya pihak hospital terpaksa menolak disebabkan keadaan hospital yang dipenuhi dengan pesakit Covid-19.
Bapa terkandas di Tangerang
Mangsa kemudian dibawa ke hospital lain dan dia kini sedang dirawat sebagai pesakit umum. Walau bagaimanapun, ahli keluarganya dikatakan tidak mampu untuk membayar bil perubatan yang berjumlah 21 juta rupiah iaitu bersamaan RM5,740.
Lebih meruntun hati apabila bapa mangsa masih terkandas di Tangerang dan tidak dapat pulang ke rumahnya untuk menjaga serta melawat anak perempuannya itu. Difahamkan, mangsa kini masih mendapatkan rawatan dan lukanya kini beransur pulih.
Terasa masih baru lagi lahir tapi janji Allah itu pasti. Itu yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila bayi lelakinya berusia tiga bulan telah dijemput oleh Allah selepas tidak sedarkan diri ketika di rumah pengasuh.
Perkongsian dari seorang bapa dalam facebook Hafizi Bullet, dia berkongsi detik terakhir bersama anak keduanya itu. Sebelum mendapat berita sedih, pagi terakhir sebelum berpisah dengan bayinya sempatlah menghantar anak ke rumah pengasuh seperti biasa tetapi kali ini dengan menaiki motosikal buat pertama kalinya.
Namun siapa sangka itu yang terakhir buatnya apabila secara tiba-tiba mendapat panggilan mengatakan anaknya tidak sedarkan diri di rumah pengasuh. Allahuakbar sebaknya!
Hantar adik ke pengasuh naik motor
Dua hari sebelum adik ”pergi” abah anta adik kat rumah pengasuh naik motor. Abah tak pernah terfikir pun nak buat macam tu sebab bawak beg adik lagi dengan mama lagi. Tiga beranak kita naik motor pagi tu. Mungkin adik nak merasa naik motor dengan abah agaknya.
Itulah kali pertama dan kali terakhir adik naik motor dengan abah padahal selama ni abah anta adik gi rumah pengasuh mesti naik kereta. Sehari sebelum adik pergi pun adik baik sangat. Biasa lepas maghrib abah amek adik dengan kakak Aira kat rumah pengasuh sementara tunggu mama balik keje pukul 10 malam.
Tidur malam tak meragam
Sepanjang pukul 8 malam sampai pukul 10 malam tu adik baik je tido kat rumah. Biasa adik ni payah nak tido sendiri mesti nak kena riba nak kena dodoi baru senang nak tido. Tapi malam tu adik baik je tido sampai kita sama2 keluar rumah g amek mama balik keje pukul 10 malam. Sepanjang malam tu pun adik baik sangat tak da meragam pun macam sebelum ni.
Biasa kalau malam 2 jam sekali adik mesti bangun menangis nak mama buatkan susu or tukarkan pampers. Sampailah pagi besok adik bangun mama mandikan sebelum mama nak gi keje nak hantar adik kat rumah pengasuh. Adik dah siap mandi mama letak adik kat sebelah abah. Adik menangis kacau abah tengah sedap tido..Macam biasalah adik nak abah riba nak manja-manja kena dodoi.
Ciuman terakhir untuk adik
Kebetulan malam tu abah dengan mama tido dengan adik kat ruang tamu. Biasa abah dengan kakak Aira tido dalam bilik mama dengan adik tido kat ruang tamu..Tak sangka malam tu adalah malam ”terakhir” abah tido dekat dengan adik. Mama dah siap mandi semua nak gi keje nak anta adik kat rumah pengasuh abah sempat cium adik banyak kali sebab geram tengok adik dah hensem wangi-wangi pakai baju dengan seluar. Allahu Akbar!!! Itulah ciuman ”terakhir” abah pada adik masa adik ada lagi.
Petang tu abah kat tempat keje mama call cakap adik tak sedarkan diri kat rumah pengasuh. Mama bawak adik gi Hospital Sultan Aminah. Abah datang hospital doktor cakap adik dah nazak. Allahu Akbar!!! Padahal pagi tadi adik elok je tak da sakit apa2. Doktor bagi cpr kat adik 30 minit tak da respon. Abah mintak doktor buat cpr lagi sampai 45 minit tapi adik dah tak nak bangun.
Lahir Hari Khamis, Pergi Pun Hari Khamis
Pada masa tulah abah dah tau yang adik dah tak da. Pukul 6 petang hari khamis adik lahir pukul 6 petang hari khamis jugaklah adik pergi dan lebih kurang pukul 6 petang jugaklah adik selamat dikebumikan semalam. Innalillah,dari Allah adik datang kepada Allah jugak adik kembali. Indah betul Allah dah susun perjalanan hidup adik.
Abah,mama dengan kakak Aira redha dengan pemergian adik. Terima kasih Fil Danial kerana sudi hadir dalam hidup abah, mama dengan kakak Aira. Abah takkan lupakan semua kenangan yang telah kita lalui bersama sepanjang 3 bulan 6 hari ni. Susah, senang, suka, duka kita harungi sekeluarga biar kita je yang tahu. Abah minta maaf sebab tak dapat nak bagi adik macam-macam seperti anak orang lain.
Rumah terasa sunyi, tak ada lagi suara tangisan adik
Abah minta maaf sebab abah tak banyak luangkan masa untuk jaga adik. Andai dapat putarkan waktu abah nak sama dengan adik macam mana abah jaga kakak Aira masa kecik. Tapi semua dah terlambat sebab adik pergi dulu tinggalkan abah. Allahu Akbar!!! Abah minta maaf banyak2 kat adik. Sunyi rumah lepas ni tak da lagi dengar suara adik menangis.
Tangisan adik tiap pagi,petang dan malam tu pasti abah akan rindu. Mak tok cakap abah kena kuat demi adik. Abah tak boleh sedih2 nanti adik sakit kat sana. Abah tau adik cuma pinjaman dari Allah. Adik bukan hak milik abah selamanya. Abah relakan adik pergi walaupun hati ni berat sangat nak terima yang adik dah tak da lagi. Abah doakan supaya adik tenang kat sana.
Tunggu abah, mama dan kakak di pintu syurga
Abah doakan supaya roh adik ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Abah doakan supaya adik ditempatkan bersama ahli2 syurga firdausi..Amin,amin,amin mudah mudahan. Damailah kau di sana wahai anak syurgaku Fil Danial Bin Mohd Izham Hafizi. Inshaa Allah, nanti adik tunggu abah,mama dengan kakak Aira kat pintu syurga tau.
P.S:Nak ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga,saudara mara,sahabat handai, warga Ipd Tampoi, warga Ipd Skudai dan warga Hospital Sultan Aminah serta semua yang telah membantu dan memudahkan segala urusan kami sekeluarga dari kelmarin. Terima kasih jugak pada semua yang tak putus2 mendoakan dan memberi kata2 semangat kepada kami sekeluarga. Semoga Allah membalas jasa budi baik kalian semua.
#FilDanial
#HeroAbah
#AnakSyurga
#DalamKenangan
#130619To190919
Kanak-kanak perempuan Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, malam tadi.
Kanak-kanak berkenaan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, disahkan meninggal dunia pada 10.48 malam.
Bapanya Memaklumkan Tentang Pemergian Anaknya
Kematian kanak-kanak itu dimaklumkan secara ringkas kepada media oleh bapanya Muhammad Noor Ain, menerusi aplikasi WhatsApp, malam tadi.
Sebelum Ini Disyaki Mengalami Jangkitan Influenza
Sebelum ini, Nur Dinie Damia dirawat di HSA sejak empat hari lepas, selepas disyaki mengalami jangkitan influenza, namun dia disahkan negatif penyakit itu, petang Isnin.
Disahkan Negatif Influenza Semalam
Mengesahkan perkara itu petang Isnin, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata ujian pengesahan PCR (Polymerase Chain Reaction) terkini pada pukul 4.45 petang Isnin, terhadap murid itu menunjukkannya negatif Influenza.
“Waktu Damia (Nur Dinie Damia) masuk ke sini (HSA), ujian Influenza dilakukan dan didapati negatif… jadi sekarang ini Damia didapati alami kegagalan buah pinggang dan hati.
“Bagaimanapun, pihak hospital sentiasa berusaha untuk menstabilkan semula keadaan adik Damia,” kata Dr Sahruddin kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu petang Isnin.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor di Hospital Kanak-Kanak Sarojini Naidu di Uttar Pradesh berjaya mengeluarkan janin seberat dua kilogram (kg) daripada perut bayi tujuh bulan, Jumaat lalu.
Pembedahan itu berlangsung selama empat jam dengan bayi lelaki terbabit mungkin yang pertama di negeri berkenaan menderita keganjilan dikenali ‘fetus in fetu (FIF)’.
Dr D Kumar yang mengetuai pasukan perubatan bagi prosedur terbabit memaklumkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan baik.
Bapa bayi itu yang juga petani dari kawasan Kunda di daerah Pratapgarh membawa anaknya ke jabatan kecemasan di Hospital Swaroop Rani Nehru pada 24 Julai lalu.
“Ibu bayi sudah meninggal dunia ketika melahirkannya. Perut bayi itu pula kembung dan dia mengalami kesakitan.
“Imbasan CT scan yang dijalankan selepas pemeriksaan biasa menunjukkan bayi itu mengandungkan janin,” kata doktor yang mengesahkan janin dikeluarkan menerusi pembedahan terbabit.
Dr Kumar berkata, FIF adalah anomali kongenital yang jarang berlaku, yang mana janin cacat membesar dalam badan kembar.
“Ia berlaku apabila seorang daripada kembar membesar dalam perut ibu, manakala seorang lagi hidup dalam perut bayi,” jelasnya.
Pada hujung 90-an, seorang lelaki dari Nagpur di Maharashtra dikenali Bhagat digelar ‘lelaki hamil’ apabila mempunyai perut yang menonjol dan disahkan ‘mengandungkan’ kembarnya selama lebih 36 tahun