Anak saya berumur 6 tahun. Saya perhatikan dia sering penat dan mengantuk setiap pagi. Gurunya pun ada memberitahu dia selalu mengantuk di dalam kelas dan lambat untuk memahami apa yang diajar. Apa yang boleh saya lakukan untuk anak saya?

Nur Nabillah, Kampung Bahagia

Jawapan

Mendapatkan tempoh tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Dengan kata lain, tidur yang cukup diperlukan untuk kanak-kanak membesar dan berkembang. Tidur yang baik akan memberikan kesegaran dan bersiap sedia untuk hari esok.

IKLAN

Cadangan tempoh tidur untuk kanak-kanak antara 9-10 jam setiap malam. Walaupun kemungkinan kanak-kanak boleh tidur dalam tempoh yang singkat sebelum-sebelum ini, tapi jangan dibiasakan. Perubahan fizikal dan hormone akan memberikan kesan kepada pencapaian akademik dan tekanan social Bersama rakan sebaya di kelas. Di mana, ketidak cukupan tidur akan memberikan kesan rantaian kepada pencapaian perkembangan anak-anak.

Kadang-kadang ibu bapa dah cuba buat terbaik untuk pastikan anak tidur dalam waktu yang ditetapkan. Kita sedaya upaya untuk membuat aktiviti yang menenangkan sebelum masuk ke bilik tidur, pastikan keadaan rumah yang senyap dan sebagainya. Kajian mendapati, kita perlu mengelakkan penggunaan skrin  1 jam sebelum waktu tidur. Memastikan bilik tidur yang gelap dan suhu yang selesa juga boleh membantu. Jika anak ada gajet dan komputer, letakkan peraturan yang tegas untuk tidak menggunakannya sebelum waktu tidur.

IKLAN

Selain itu, banyak faktor lain yang boleh dipertimbangkan. Contohnya,

Adakah anak mendapat aktiviti fizikal setiap hari? Menggalakkan mereka untuk bersukan atau kekal aktif mampu memberi kesan yang positif kepada tubuh badan dan dapat tidur dengan tenang.

IKLAN

Bagaimana pula dengan pemakanan? Adakah si kecil memperoleh makanan yang sihat? Tidak memberikan makanan yang banyak dan air kafein juga antara salah satu punca si anak aktif dan tidak dapat tidur dalam waktu yang ditetapkan.

Emosi mereka pula, adakah emosi mereka dalam keadaan yang baik? Ada tak perkara-perkara yang merisaukan mereka? Ia boleh terjadi jika sebelum tidur mereka bergaduh dengan adik beradik lain, atau selepas menonton kartun/tv yang memberi kesan langsung kepada emosi mereka?

Rutin perlu diubah, tapi bukan secara drastik. Ia perlu diubah secara perlahan. Jika sebelum ini waktu tidur anak adalah pukul 10.30 malam, cepatkan 10 minit awal untuk minggu seterusnya. Bagi mereka biasakan diri sehinggalah mereka mendapat waktu tidur yang cukup. Ibu bapa perlu juga konsisten. Jangan pula hari ini waktu tidur lain, esok kembali kepada yang asal, lewat tidur. Maka, rutin baru yang kita hendak perkenalkan tidak kesampaian.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI