Kanak-kanak Lelaki 2 Tahun Lemas, Terjatuh Dalam Tasik

Share

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Difahamkan, kejadian berlaku semasa keluarga mangsa menunggu waktu solat Zuhur.

Kanak-kanak Lelaki 2 Tahun Lemas

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 tengah hari, Sabtu, 20 April.

Artikel lain: Bahaya Lemas, Boleh Rosak Otak Anak! Elak Biar Anak Mandi Sendiri Tanpa Pengawasan

“Maklumat yang diperolehi daripada keluarga dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) cuma menunjukkan kanak-kanak itu berada bersebelahan dengan tasik.

Terjatuh Dalam Tasik

“Pasukan penyelamat di air (PPDA) yang diarahkan untuk menyelam telah menjumpai mangsa pada jarak tiga meter daripada tebing tasik pada jam 4.25 petang.

Dalam satu perkongsian menerusi Facebook milik Siti Nur’ Rahmah, jenazah Hadi Zulqarnain Muhammad Huzaifah telah selamat dikebumikan.

Alhamdulillah selesai urusan pengebumian anak syurga Hadi selepas subuh tadi di tanah perkuburan di Lumut.

Lagi artikel: Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka. Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

Dalam satu perkongsian menerusi Facebook milik Siti Nur’ Rahmah, jenazah Hadi Zulqarnain Muhammad Huzaifah telah selamat dikebumikan.

Alhamdulillah selesai urusan pengebumian anak syurga Hadi selepas subuh tadi di tanah perkuburan di Lumut.

Ibu dan bapa Hadi sangatlah tenang dan reda, ibu bapa terpilih dipinjamkan anak syurga.

“Anak ni tiada dosa, bila dah ke sana, dia tiada pun kesal dan tak mahu pulang pun ke dunia. Tak macam yang kita yang dewasa ni” ayah Hadi sempat titip nasihat.

Hadi pun nampak seperti tidur. Bersih, comel sahaja dia menghadap Ilahi.

Kejadian terjadi sangat sekejap, tiada apa yang dikesalkan. Kedua ibu bapa seperti kebanyakan ibu bapa yang ada anak-anak kecil. Bergilir untuk solat. Dalam rakaman cctv memang nampak kejadian sangat laju, Hadi sangat happy meluru keluar seperti tahu syurga menantinya.

Banyak sangat hikmah, kami semua terkesan dan terbayang-bayang anak kecil yang kami semua kenal dan kasih. Mari doakan Zahra sekeluarga tabah menerima ujian Allah.

Sumber: Berita Harian & Sinarplus

Kredit foto: Siti Nur’ Rahmah

Baca lagi: Kanak-Kanak Paling Mudah Lemas. Cegah Dengan Cara Ini!

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

IKLAN