Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.
Ads
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rata-rata yang melihat perkongsian video tersebut memberitahu bahawa penjaga mangsa berada berdekatan dengan mangsa dan kelihatan kenderaan tersebut memandu secara laju.
“Saya Kuat Sebab Anak, Kalau Saya Sakit Bahu Anak Sakit Kanser” Pesilat Negara Terus Berlawan Walau Bahu Cedera
Anak-anak sentiasa menjadi pembakar semangat ibu ayah untuk terus berjuang mengharungi susah senang dalam kehidupan.
Video pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari yang mengalami kecederaan bahu sewaktu menentang pesilat dari Indonesia dalam temasya SUKAN SEA 2022 di Hanoi tular sejak semalam.
Beliau yang kelihatan menahan kesakitan tetap meneruskan perjuangannya menentang pihak lawan dengan penuh bersemangat.
Mohd Al-Jufferi kelihatan menahan kesakitan di bahagian bahu kanan ketika pusingan kedua di Gimnasium Bac Tu Liem, Hanoi.
Meskipun misi memburu pingat emas di Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian tetapi semangat juang yang dipamerkan jaguh silat negara sangat membanggakan rakyat Malaysia.
Selain kagum melihat semangat juangnya meneruskan perlawanan walau mengalami kecederaan, apa yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia apabila pemenang pingat emas empat kali pada temasya Sukan SEA ini berkongsi kisah sedih derita anaknya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Menurut Al-Jufferi, anaknya Furqan Al Haq yang menghidap kanser menjadi pembakar semangat untuk dia berjuang sehingga ke titik akhir.
Baginya kecederaan bahu yang dialami tidak seberapa jika dibandingkan dengan penderitaan yang ditanggung oleh anak lelakinya itu.
“Saya kuat sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser… dia lagi kuat, dia budak kan.
“Sebab dia sakit umur 2 atau 3 tahun dah kena kanser. Kena (jalani) kimoterapi, tiap-tiap hari saya pergi hospital… saya tengok dia lemah, letih… saya menangis, dia usap. Dia kata, ‘ayah jangan nangis, Haq okay’. Itu je dia cakap.
“Tetapi bila saya kena (sakit) bahu macam ini, tak akan saya tak kuat. Allahuakbar, itu sajalah yang saya fikir. Sebab itu saya nak lawan, tak ada yang lain, anak saya,” katanya dalam rakaman video yang dikongsi wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly di laman Twitter.
“Kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser. sebab dia sakit umur 2, 3 tahun dah kena kanser” -Al Jufferi Jamari @ASTROARENApic.twitter.com/nWGBuq9aCk
Dalam video tersebut, jelas kedengaran nada sebak ayah dua anak ini yang bercampur baur mengenangkan semangat kuat si anak berjuang melawan penyakitnya.
Mohd Al-Jufferi yang juga juara dunia tiga kali pada saingan 70-75 kilogram (kg) bagaimanapun mengutip pingat gangsa selepas tewas kepada wakil Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid dalam saingan separuh akhir di Gimnasium Bac Tu Liem, Hanoi.
Walau bagaimana pun diuji, namun kasih dan sayang pada anak-anak takkan pernah berubah. Siapa menyangka dengan tindakan yang tidak wajar terhadap bekas isterinya, kehidupan pelakon Hafidz Roshdi kini berubah secara total.
Hafidz yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini kerana mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada sebak ketika menyebut nama dua anaknya.
Pada sidang media itu, Hafidz tiba-tiba sebak sebaik menyebut mengenai dua anaknya dan meluahkan rasa kasih serta rindu terhadap mereka selepas dua minggu tidak berjumpa.
“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun Abah lupakan kalian.
“Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang Hafidz selama ini, dan sentiasa bersama Hafidz apa jua keadaan dan situasi. Terima kasih banyak-banyak.
“Saya mengambil ujian kehidupan pada hari ini dengan tabah, dan akan terus melangkah ke hadapan, setapak, demi setapak, sehingga saya lebih berjaya berbanding sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, dalam sidang media bersama peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader, Hafidz berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya akan dituduh di mahkamah kerana mencederakan orang yang disayanginya.
“Saya adalah seorang manusia, sama seperti anda, yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya.
“Namun, hari ini, adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya. Apapun, saya reda dengan apa yang sudah ditakdirkan,” katanya.
Tambah Hafidz, dia menyerahkan nasibnya kepada pihak mahkamah untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
“Saya yakin bahawa mahkamah akan membersihkan nama saya bagi pertuduhan di sini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buat saya dan keluarga sehingga kini, dalam menghadapi tempoh sukar dan sulit ini.
“Kepada pihak di luar sana, hentikan membuat spekulasi, dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial untuk isu-isu yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya,” katanya.
Terdahulu, Hafidz Roshdi dihadapkan ke mahkamah selepas tuduhan mengasari isterinya, Nurul Syuhada.
Polis telah merakam keterangan ibu bapa dua kanak-kanak yang tular di media sosial bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Taman Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat.
“Pasangan tersebut telah dibenarkan pulang malam tadi (Selasa), pegawai penyiasat akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashari berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
“Hasil siasatan mendapati ibu bapa mangsa berada di dalam rumah namun tidak menyedari kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Pada Selasa, satu video tular berdurasi 11 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun berada di balkoni tingkap kediaman terbabit.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.