Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan maut di dalam sebuah kenderaan di Tanah Putih, di sini, semalam. Kejadian tragis ini dipercayai berpunca daripada heat stroke selepas mangsa ditinggalkan di dalam kenderaan tanpa pengawasan.
Kanak-Kanak Maut Akibat Heat Stroke Dalam Kenderaan
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian pada 3.50 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan. Insiden ini menarik perhatian ramai mengenai bahaya suhu tinggi di dalam kenderaan yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak.
Ads
Gambar Hiasan
Pengesahan Punca Kematian Oleh Pihak Polis
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum disahkan meninggal dunia. Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik mengesahkan bahawa punca kematian adalah disebabkan heat stroke.
Ads
Siasatan Kes Di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media. Menurutnya, kes ini dilihat sebagai satu pengajaran penting kepada ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Nasihat Polis Kepada Orang Ramai
Pihak polis turut menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menimbulkan kekeliruan. Mereka turut mengingatkan agar masyarakat mengambil iktibar daripada tragedi kanak-kanak maut akibat heat stroke ini dengan memastikan anak-anak tidak ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan walaupun untuk tempoh yang singkat.
Ads
Kejadian ini sekali lagi membuka mata ramai tentang bahaya cuaca panas melampau yang boleh menyebabkan heat stroke terutama kepada golongan kanak-kanak yang lebih terdedah kepada risiko tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesi persekolahan 2025 yang bermula hari ini pastinya membuatkan tugas ibu dan ayah kembali sibuk dengan rutin harian anak ke sekolah.
Paling mendebarkan pastinya ibu dan ayah murid Tahun 1 yang baru melangkah masuk ke sekolah hari ini. Pastikan bermacam ragam anak-anak yang perlu ditangani sebaiknya.
Bagi melancarkan sesi persekolahan anak-anak pada minggu pertama ini, seorang pendidik dalam satu taklimat Guru Besar menitipkan pesanan pada ibu dan ayah terutama yang mempunyai anak di Tahun 1 agar melancarkan pergerakan.
First day primary 1 taklimat Guru Besar:
“Kepada ibu bapa yang pakai kereta mahal tahniah. Kereta besar, cantik. Semua orang dah tahu.
“Tapi jangan berhenti di depan sekolah dan block gate.
“Tahun depan boleh transfer sekolah swasta.
“Kalau nak sangat orang tahu, saya boleh bantu. Tukar name tag anak kepada Velfire, Honda, BMW, Tesla ka apa.
“Nanti bayar yuran boleh letak remaks. Kita boleh tolong kasi print logo kereta.”
Sinis namun inilah yang benar-benar berlaku pada minggu pertama persekolahan anak-anak.
Sebolehnya kita membantu bagi melancarkan lagi pergerakan anak-anak dan lalu lintas agar tidak menyusahkan pengguna lain.
“Awak keluar dulu”. Itulah ungkapan terakhir isteri yang maut dalam kereta terbakar dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, malam tadi.
Redzuan Jamil, 28, berkata, beliau ditarik keluar orang ramai daripada cermin kereta bahagian penumpang belakang, cuba menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, 28.
“Cubaan saya memecahkan cermin depan kereta dan memecahkan pintu penumpang depan tidak berjaya dan isteri tersepit di tempat duduk depan.
Redzuan cedera di muka akibat melecur namun dia sangat ralat tidak berjaya menyelamatkan isterinya itu. – Kredit: Metro
“Ketika itulah tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.
“Saya tidak merasa bahang panas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dulu,” katanya.
Sementara itu, bapa wanita maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi, hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat video tular kemalangan ngeri itu.
Tak sanggup tengok video kemalangan
Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang kelihatan sugul berkata, beliau tidak sanggup melihat video berkenaan sehingga habis apatah lagi mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.
“Hati saya luluh dan menggigil apabila dimaklumkan Azi (Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28) maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar.
“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.
“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri, Saliah Hood, 56, amat terjejas kerana rapat dengan anak.
“Bagaimanapun, perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya sebak ketika ditemui.
Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.
Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.
Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.
Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.
Hilang penghibur keluarga
Sementara itu, Kamalul Arifin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.
Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.
“Saya pernah nak membayar semula ubat yang sentiasa dibelikannya, namun Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain,” katanya.
Berdoa ketika berada di Mekah untuk dapat anak
Tambah Kamalul lagi, dia, isteri, Azi dan suaminya baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.
“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.
Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.
“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena dengan kandungan sulungnya, pada Jumaat.
Bertemakan serba ungu para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan tulang belakang jenama yang diusahakan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd sopan dengan penampilan Muslimah oleh tetamu wanitanya.
“Majlis kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu menerusi kapsyen pada instagram rasmi mereka.
Ia sekaligus memberi bayangan bahawa zuriat pertamanya itu apabila lahir akan diberi nama bermula dengan huruf ‘A’.
Menerusi platform sama, turut dikongsikan ialah sekitar sepanjang majlis berlangsung.
Begitu juga di Tik Tok, Madammu ada berkongsi perkara sama sambil memohon doa yang baik daripada semua.
“Semoga suatu hari nanti Madammu akan kekal berpakaian sedemikian. Amin, cantik sangat.
“Cantik Madammu pakai hijab..”
Terdahulu Madammu berkongsi berita gembira apabila dia disahkan hamil selepas lima bulan menjalani rawatan in vitri fertilization (IVF) bermula April lalu.
Sejak itu, dia secara terbuka berkongsi perjalanannya dalam ikhtiar memiliki cahaya mata sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Kredit: IG Eriyca Baiduri ; Tik Tok @eriyca.baiduri & MH
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.