Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, murid perempuan berkenaan dilihat sedang mengikuti solat subuh secara berjemaah di saf kedua seorang diri tiba-tiba disentuh lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang.
Lebih buruk lagi apabila lelaki berkopiah putih dan berjersi warna kuning itu cuba melondehkan seluar kanak-kanak berkenaan sebelum mengangkatkan keluar ke ruang lain di dalam masjid itu.
Ads
Perbuatan terkutuknya itu bagaimana pun terhenti selepas kanak-kanak kecil itu melawan.
Ads
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak masjid berkenaan malah turut memaklumkan suspek telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Ads
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes itu tempoh terdekat.
Pihak kerajaan Selangor pula berharap tindakan keras dilakukan terhadap pelaku yang cuba mencemarkan kesucian masjid sebagai tempat yang selamat.
Kredit: Berita Harian Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak luah rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur, dua hari lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zaquan di Insta-Storynya, dia berkongsi foto tilam dan bantal milik Rees selain akui kehidupannya menjadi sunyi sejak pemergian Allahyarham.
“Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana,” ujarnya.
Terdahulu Zakuan memuat naik di Insta Storynya mengenai anak ketujuhnya yang meninggal dunia menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees tidak mengalami sebarang sakit dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 petang pada Selasa di Seremban.
Jasad bayi yang berusia 6 bulan itu selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi pada Rabu.
Terdahulu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.
Untuk rekod, Ayu dan dikurniakan dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita kemalangan Kota Tinggi yang meragut nyawa sepasang suami isteri benar-benar meruntun hati masyarakat apabila bayi mereka yang baru berusia enam bulan terselamat tetapi menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Tragedi yang berlaku di Kilometer 54.5, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi itu mengingatkan kita bahawa hidup boleh berubah secara drastik tanpa diduga.
Peristiwa yang berlaku pada Ahad tersebut membuat ramai tersentak, terutama apabila memikirkan nasib si kecil yang masih belum mengenal dunia dan kini perlu membesar tanpa kasih sayang kedua-dua ibu bapanya.
Mangsa yang maut ialah Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isterinya Nur Fatihah Othman, 28. Mereka disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori Hino.
Bayi mereka, Nur Laylaa Batrysha, hanya berusia enam bulan. Ketika kejadian, si kecil berada dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat), yang dilaporkan menyelamatkan nyawanya walaupun mengalami kecederaan di kepala. Kini, dia sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) dan dilaporkan stabil.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.30 petang. Nahas yang menjadi tumpuan dalam kes kemalangan Kota Tinggi ini melibatkan tiga kenderaan Perodua Myvi, Lori Hino bermuatan kosong dan Toyota Vios.
Siasatan awal mendapati Myvi yang dipandu mangsa lelaki berusia 24 tahun itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori sawit. Impak kuat menyebabkan serpihan kenderaan turut mengenai Toyota Vios di laluan sama.
Pemandu lori berusia 47 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Toyota Vios berusia 46 tahun turut cedera. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kesedihan tragedi kemalangan Kota Tinggi ini, satu perkara penting yang wajar diberi perhatian ialah peranan car seat dalam menyelamatkan nyawa bayi. Penggunaannya bukan sekadar pilihan, tetapi keperluan wajib bagi keselamatan anak kecil ketika berada di jalan raya.
Car seat yang dipasang dengan betul:
Ini peringatan tegas buat semua ibu ayah — walaupun perjalanan dekat, pastikan anak sentiasa berada dalam car seat yang sesuai dan dipasang mengikut panduan keselamatan.
Kehilangan kedua-dua ibu bapa pada usia sebegini kecil bukan sesuatu yang mampu difahami oleh bayi. Namun, keluarga terdekat telah menyatakan kesediaan menjaga Nur Laylaa Batrysha dengan penuh kasih sayang. Ramai warga net juga menyatakan rasa simpati, doa dan sokongan agar si kecil membesar dalam persekitaran penuh kasih sayang.
Harapan kita semua, semoga anak kecil ini diberikan kekuatan sepanjang membesar tanpa ibu ayah di sisi dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT. Dalam masa yang sama, tragedi ini menjadi pengajaran besar tentang pentingnya keselamatan jalan raya dan peranan car seat dalam menyelamatkan nyawa, sebagaimana yang terbukti dalam insiden kemalangan Kota Tinggi ini.
Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga arwah pasangan ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga si kecil terus menerima perhatian dan kasih sayang daripada mereka yang menjaganya.
Botol susu anak penuh kerak dan keladak bukan sekadar isu kecil, tetapi realiti yang benar-benar berlaku di taska dan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak.
Semua ibu ayah dalam dunia ni, kalau boleh memang nak bagi yang terbaik untuk anak. Nak anak sihat, ceria, membesar tanpa masalah. Tapi kadang-kadang, benda kecil yang kita rasa remeh sebenarnya boleh jadi punca anak tak sihat.
Baru-baru ni, tular perkongsian daripada guru taska yang minta ibu ayah lebih alert tentang keadaan botol susu anak. Isunya nampak simple botol susu berkeladak, berkerak dan berbau, tapi dibawa ke taska hampir setiap hari dalam keadaan yang sama.
Menurut guru tersebut, ada botol yang dibawa balik setiap hari, tapi masuk hari Isnin masih dalam keadaan kotor. Persoalannya, cuti Sabtu Ahad tu tak basuh ke? Tak sterilize langsung?
Bila anak cirit-birit atau muntah, soalan pertama yang keluar selalunya,
“Kat taska makan apa?” “Ada jangkit dengan kawan-kawan ke?”
Siap ada yang terus salahkan cikgu, kononnya tak basuh betul-betul atau malas.
Hakikatnya, di taska, guru memang basuh botol susu dua kali sehari sebab kebanyakan anak minum susu dua kali. Tapi berus yang digunakan biasanya jenis silikon, yang memang tak mampu capai kerak-kerak halus di celah dalam botol atau pada bahagian puting. Kalau botol susu anak penuh kerak dari rumah dan tidak dibersihkan sempurna, memang susah nak hilangkan keladak yang dah melekat keras.
Dalam tinjauan komen, ramai guru dan ibu lain turut berkongsi pengalaman sama.
Ada yang cakap, memang wujud parents yang terlalu ambil mudah. Cuba tengok sekali penutup botol air anak ada yang penuh kerak putih susu kering. Itu belum kira bahagian dalam puting.
Ada guru yang cerita, mereka siap rendam botol dalam air panas dulu sebelum basuh. Tapi parents hantar anak dalam keadaan tak mandi, baju bau lembap, malah pernah juga susu dalam botol dah basi sebab tak dibasuh.
Lebih menyedihkan, ada yang siap WhatsApp ibu ayah, ambil gambar botol dan tegur dengan baik:
“Puan, botol anak puan ni dah macam sarang bakteria. Elok tukar ya, takut anak sakit.”
Jawapan yang diterima?
“Oh saya tak perasan sebab ni botol untuk taska je. Kat rumah guna botol lain.”
Bayangkan maksudnya botol tu memang dibiarkan dalam beg tanpa dibersihkan sempurna.
Selain itu antara komen adalah:
“Memang wujud ya parents pemalas dan pengotor,cuba tengok penutup botol minum anak sekali,ada yang berkerak”
“Betul sangat , kita ni cikgu-cikgu punyalah rajin siap rendam dulu dalam air panas, parent hntar anak comot , tak mndi .. baju bau lembab .. pernah tu susu basi tak basuhh .. apa benda lahhh ..”
“Iyeee puting 3 bulan sekali kena tukar patutnya. Kesian anak.”
Ibu ayah, kita kena faham satu benda. Susu ialah medium yang sangat mudah jadi tempat pembiakan bakteria. Sisa susu yang tertinggal, walaupun nipis dan tak nampak jelas, boleh jadi biofilm lapisan bakteria yang melekat kuat pada permukaan botol dan puting.
Apabila botol susu anak penuh kerak digunakan setiap hari tanpa pembersihan dan proses steril yang betul, risiko jangkitan perut, cirit-birit dan muntah memang tinggi. Anak kecil belum ada sistem imun yang kuat, jadi mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan bakteria.
Puting susu pula bukan boleh guna sampai koyak baru nak tukar. Sepatutnya setiap 2–3 bulan dah kena ganti, atau lebih awal kalau nampak dah keruh, keras atau ada keladak putih. Jangan tunggu sampai botol susu anak penuh kerak baru nak ambil tindakan.
Ini bukan soal nak salahkan ibu ayah. Ini soal kesedaran.
Kadang-kadang kita terlalu fokus pada makanan organik, vitamin mahal, susu formula premium tapi kebersihan asas terlepas pandang. Anak kecil belum ada sistem imun yang kuat. Apa yang masuk ke badan mereka, itulah yang tentukan kesihatan mereka.
Kalau sayang anak, jangan beza botol “untuk rumah” dan botol “untuk taska”. Pastikan botol susu anak penuh kerak tidak lagi berlaku kerana ia boleh dielakkan dengan disiplin pembersihan yang konsisten.
Bersihkan betul-betul. Sterilize. Periksa celah penutup. Tukar puting bila perlu. Benda kecil, tapi impaknya besar. Anak tak pandai mengadu botol tu berbau atau berkerak. Dia cuma akan tunjuk melalui badan demam, cirit-birit, muntah. Dan waktu tu, jangan cepat tuding jari. Kadang-kadang jawapannya… ada dalam beg anak sendiri.