Bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak luah rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur, dua hari lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zaquan di Insta-Storynya, dia berkongsi foto tilam dan bantal milik Rees selain akui kehidupannya menjadi sunyi sejak pemergian Allahyarham.
“Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana,” ujarnya.
Ads
Terdahulu Zakuan memuat naik di Insta Storynya mengenai anak ketujuhnya yang meninggal dunia menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees tidak mengalami sebarang sakit dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 petang pada Selasa di Seremban.
Ads
Jasad bayi yang berusia 6 bulan itu selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi pada Rabu.
Terdahulu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.
Untuk rekod, Ayu dan dikurniakan dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu pelaksanaan semula sistem peperiksaan negara melibatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kembali menjadi perhatian ramai ibu bapa. Terbaharu, Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa kajian UPSR dan PT3 akan dilaksanakan tahun ini sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Perkara itu sekali gus memberi gambaran bahawa kerajaan mengambil serius pandangan masyarakat, khususnya ibu bapa, yang mahukan kejelasan hala tuju sistem pentaksiran pendidikan negara.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian memerlukan sedikit masa bagi menjalankan kajian secara menyeluruh dan teliti sebelum sebarang dapatan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut.
Menurut beliau, kajian UPSR dan PT3 ini tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan dasar pendidikan jangka panjang dan masa depan murid di seluruh negara.
“Bagi kita, beri masa sedikit. Sebab itu saya katakan kita sedang membuat kajian dan mandat itu telah diberikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan,” katanya.
Fadhlina menjelaskan bahawa mandat rasmi telah diberikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan untuk menjalankan kajian UPSR dan PT3 secara menyeluruh, selain mengambil kira pandangan daripada pelbagai peringkat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah pun dikumpulkan sebelum ini.
“Kita akan laksanakan kajian pada tahun ini dan membentangkannya kepada Jemaah Menteri secepat mungkin untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya ketika sidang akhbar pada majlis pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina.
Beliau turut menegaskan bahawa sebarang keputusan kelak akan dibuat berdasarkan data, kajian dan keperluan sebenar sistem pendidikan negara.
Mengulas sama ada sistem pentaksiran semasa tidak mencukupi, Fadhlina menjelaskan bahawa pendekatan yang digunakan ketika ini memberi penekanan kepada penilaian secara holistik.
Penilaian tersebut bukan hanya tertumpu kepada akademik semata-mata, tetapi turut merangkumi sahsiah, kemahiran insaniah serta perkembangan keseluruhan murid.
Namun begitu, beliau mengakui permintaan ibu bapa yang mahukan UPSR dan PT3 dikembalikan turut menjadi antara faktor penting dalam kajian UPSR dan PT3 yang sedang dijalankan.
“Apa yang kita hendak kaji ialah mendengar permintaan ibu bapa dan melihat apa yang telah kita laksanakan ketika ini,” jelasnya.
Bagi ibu bapa, perkembangan berkaitan kajian UPSR dan PT3 ini wajar dilihat secara positif dan terbuka. Kajian yang dijalankan bukan semata-mata untuk mengembalikan peperiksaan, tetapi bagi memastikan sistem pendidikan benar-benar memberi manfaat terbaik kepada anak-anak.
Perubahan dalam pendidikan memerlukan penelitian rapi kerana ia melibatkan emosi, tekanan pembelajaran dan perkembangan jangka panjang murid. Oleh itu, peranan ibu bapa di rumah kekal penting tanpa mengira bentuk pentaksiran yang digunakan.
Sokongan emosi, komunikasi yang baik dengan guru serta fokus kepada perkembangan menyeluruh anak harus menjadi keutamaan utama.
Untuk rekod, UPSR telah dimansuhkan pada tahun 2021, manakala PT3 pula dimansuhkan pada tahun 2022. Kedua-dua peperiksaan ini digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menilai murid secara berterusan sepanjang sesi pembelajaran.
Apa jua keputusan hasil kajian UPSR dan PT3 kelak, ibu bapa diharap dapat menerima perubahan dengan hati terbuka demi memastikan anak-anak terus belajar dalam suasana yang sihat, seimbang dan menyeronokkan.
Wanita sangat sensitif dengan fizikal mereka. Baik kurus mahupun gempal, sebaik-baiknya soal ini jangan dijadikan satu bahan ejekan. Biarpun mereka nampak tenang, tapi sebenarnya ia memberi impak kepada perasaan mereka. Dek kerana usikan yang kononnya hanya gurauan itu sebenarnya telah banyak menjadikan orang lain menjadi murung.
Ada wanita sanggup makan ubat kurus, telan pil pelangsingan atau minum jamu yang tidak diketahui keberkesanan dan keselamatannya semata-mata kerana mahu tampil kurus. Risau suami cari yang lain, takut suami ‘hilang selera’. Sebuah artikel di portal Tech Explorist mengatakan, suami yang mempunyai tubuh gempal sangat bahagia kerana faktor-faktor tertentu.
Tahukah anda, sebuah kajian yang dijalankan oleh UNAM’S Department of Pychology mendapati lelaki yang terlibat dalam perhubungan dengan wanita berisi dikatakan 10 kali lebih bahagia?
Dalam kajian tersebut, ketika ditanyakan kepada para responden, mereka memberitahu biasanya wanita yang berbadan gempal ini lebih mudah mencari penyelasaian kepada sesuatu masalah kerana kemahiran kendiri yang lebih baik.
Mereka juga dikatakan mudah untuk menerima sebarang perubahan dalam kehidupan. Rupa-rupanya inilah yang menjadi punca mengapa pasangan mereka dapat hidup lebih lama! (sudah tentu dengan ketentuan Tuhan juga kan?)
Tambah menarik, para responden dalam kajian itu turut memberitahu kebanyakan pasangan mereka jika mempunyai tubuh yang lebih besar mudah melahirkan anak. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan selalu tersenyum. Keputusan hasil kajian tersebut sememangnya memeranjatkan, tetapi penting untuk kita ingat, cinta sejati sebenarnya tidak mengenal bentuk fizikal seseorang. Ya kan?
Sebenarnya, normallah jika seorang isteri itu risau tubuhnya besar. Katanya hilang seri dan selalu sakit-sakit kakilah, badanlah. Sebagai suami yang penyayang dan sentiasa menyokong keadaan isteri anda, salurkan aura positif kepada mereka.
Insiden mencemaskan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersepit kakinya di eskalator. Kejadian ini bukan sahaja menggemparkan orang ramai, malah meninggalkan trauma kepada si kecil serta menjadi peringatan buat ibu bapa agar lebih berhati-hati setiap kali membawa anak menaiki eskalator.
Menurut saksi kejadian, Lukman Moidin yang juga seorang kaunselor, kasut getah yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut pada celahan hujung eskalator sehingga menarik sekali kaki si kecil. Situasi panik tercetus apabila mangsa menjerit kesakitan dengan darah kelihatan di lokasi. Mujurlah tindakan pantas orang awam yang berada di situ berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum kecederaan menjadi lebih parah.
Lukman yang menyaksikan sendiri kejadian itu berkata, ia merupakan pengalaman yang mengerikan. “Saya lihat sendiri kasutnya termasuk dalam celahan eskalator dan menarik sekali kakinya. Sampai sekarang saya masih terbayang keadaan darah di tempat kejadian dan jeritan kanak-kanak itu,” jelasnya.
Beliau menambah, kasut jenis getah dan bertali sangat berbahaya kerana mudah tersangkut pada bahagian penghubung eskalator. Risiko kecederaan lebih tinggi jika ibu bapa terleka di hujung eskalator kerana ia kawasan paling berisiko.
Sebagai peringatan, ibu bapa disaran agar lebih peka dengan langkah-langkah keselamatan berikut:
Pegang tangan anak – Jangan biarkan mereka berdiri sendiri tanpa pengawasan.
Dukung anak kecil – Untuk anak bawah lima tahun, lebih selamat dukung daripada biar berdiri.
Elakkan kasut getah & tali longgar – Kasut jenis ini paling mudah tersepit.
Arahkan anak berdiri di tengah – Jauhkan kaki dari tepi dan celahan eskalator.
Angkat anak di hujung eskalator – Pastikan kaki tidak mencecah bahagian akhir eskalator.
Jangan biar anak bermain – Ajar anak bahawa eskalator bukan tempat permainan.
Fokus sepenuhnya – Jangan leka dengan telefon atau barang lain ketika bersama anak.
Hakikatnya, lif adalah pilihan paling selamat buat anak kecil, terutama jika menggunakan stroller atau ketika membawa lebih daripada seorang anak. Walaupun insiden ini berakhir dengan kecederaan ringan, ia cukup menjadi pengajaran bahawa keselamatan anak tidak boleh dipandang ringan walau sesaat.
Ibu bapa, jadikanlah insiden budak 2 tahun tersepit kaki di eskalator ini sebagai peringatan. Ingat, keselamatan si kecil adalah amanah terbesar yang perlu kita jaga di mana sahaja mereka berada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!