“Bila sel-sel otak mula berhubung, maka terhasil ini. Hebatlah anak puan!”
Perkongsian seorang ibu di Threads mencuri perhatian ramai apabila anaknya secara tidak sengaja telah menghantar mesej peribadi (DM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), sehingga mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, @fatyn_zamry, ibu kepada kanak-kanak berkenaan tampil memohon maaf kepada PMX selepas menyedari anaknya telah menghantar mesej tersebut.
Namun siapa sangka, mesej daripada seorang kanak-kanak yang masih berada di tadika itu mendapat respon daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Jawapan PMX yang mencuit hati itu sekali gus membuatkan ramai tersenyum, malah memuji kreativiti dan keberanian anak kecil berkenaan yang berani berkomunikasi dengan pemimpin negara.
PMX REPLY DM
Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia sendiri tidak menyangka anaknya sempat menghantar mesej secara peribadi kepada PMX ketika bermain telefon bimbit.
“Assalamualaikum, minta maaf sangat-sangat PMX, anak saya main telefon. Dah reti menulis membaca, amboi terus memandai-mandai. Dia baru tabika.”
Rupa-rupanya, si kecil itu telah menghantar mesej yang berbunyi:
Ads
“Aslam, bagi cuti sekolah selamanya.” 🤭
Lebih mengejutkan, mesej itu bukan sahaja dibaca, malah dibalas sendiri oleh PMX dengan nada berseloroh.
“Wassalam. Amboiii… selamanya dia minta. Semoga jadi anak yang rajin baca buku dan pergi sekolah. Sampai hari cuti nanti pun dia nak pergi sekolah.”
Balasan tersebut membuatkan si ibu terharu dan segera memohon maaf sekali lagi.
Ads
“Ya Allah… PM saya minta maaf sekali lagi jika anak saya nakal. Saya pun tak tahu macam mana dia terfikir nak PM Perdana Menteri. Apa pun, terima kasih sudi reply dalam kesibukan. Terima kasih banyak atas doanya. Aamiin Ya Mujib.”
Menurutnya lagi, kanak-kanak yang mencuit hati ramai itu merupakan anak nombor dua dalam keluarganya.
Sementara itu, perkongsian tersebut terus meraih perhatian warga Threads. Antara komen yang paling mencuit hati ialah apabila seorang netizen bertanya:
Ibu kanak-kanak itu kemudian menjelaskan sambil berseloroh:
“Bukan suami siapa-siapa… tu shortform kepada Assalamualaikum.”
Ruangan komen terus dibanjiri gelak tawa apabila ramai mengakui kreativiti kanak-kanak hari ini memang sukar dijangka. Ada yang menganggap mereka sangat bijak menggunakan singkatan, manakala ada juga yang berkata hanya dunia kanak-kanak mampu menghasilkan idea spontan seperti itu.
Hakikatnya, telatah anak-anak yang sedang belajar membaca dan menulis sememangnya sering mencuit hati. Walaupun ada kalanya mereka melakukan sesuatu di luar jangkaan, ia sebenarnya menjadi antara momen manis yang akan dikenang apabila mereka dewasa kelak.
Sumber: Threads @fatyn_zamry
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, TikTok dikejutkan dengan kemunculan dua karakter animasi yang pelik dan menggelikan hati: ‘Tung Tung Sahur’ dan ‘Tralalero Tralala’.Kedua-dua watak ini menjadi tular dengan cepat, menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa.
‘Tung Tung Sahur’ digambarkan sebagai makhluk kayu antropomorfik yang membawa pemukul, berdiri di hadapan pos ronda pada waktu malam.Sementara itu, ‘Tralalero Tralala’ adalah hiu berkaki tiga yang memakai kasut sukan biru.Kedua-dua karakter ini dihasilkan menggunakan teknologi AI, menjadikannya lebih menyeramkan dan aneh.
Fenomena ini bermula apabila video ini ini dikongsikan di laman TikTok pada awal tahun yang lalu.Video tersebut mendapat lebih 49.2 juta tontonan dan 3.5 juta suka.Kreativiti pengguna lain turut menyumbang kepada populariti watak-watak ini, dengan pelbagai versi dan parodi yang dihasilkan.
Walaupun kelihatan lucu, kandungan seperti ini boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak.Visual yang aneh dan suara yang menyeramkan boleh menyebabkan ketakutan dan gangguan tidur.
Pakar psikologi menasihatkan ibu bapa untuk memantau kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka dan memastikan ia sesuai dengan usia mereka.
Pakar keibubapaan, Nurul Utami, turut berkongsi pandangannya mengenai kesan kandungan seperti ini terhadap kanak-kanak.Beliau menekankan bahawa pendedahan berlebihan kepada kandungan anomali boleh menyebabkan ‘brain rot’.
Ia keadaan di mana fungsi kognitif kanak-kanak terjejas akibat terlalu banyak menonton kandungan yang tidak mendidik dan berulang-ulang.Menurutnya, ini boleh mengganggu perkembangan bahasa, tumpuan, dan emosi kanak-kanak.
Pantau Aktiviti Online Anak: Pastikan anda tahu apa yang anak-anak tonton di media sosial.
Gunakan Kawalan Ibu Bapa: Aktifkan ciri kawalan ibu bapa pada peranti dan aplikasi yang digunakan.
Berbincang dengan Anak: Terangkan kepada mereka tentang kandungan yang tidak sesuai dan kenapa ia perlu dielakkan.
Galakkan Aktiviti Luar: Libatkan anak-anak dalam aktiviti fizikal atau hobi yang tidak melibatkan skrin.
Sediakan Alternatif Tontonan: Cadangkan kandungan yang lebih mendidik dan sesuai untuk usia mereka.
Fenomena ‘Tung Tung Sahur’ dan ‘Tralalero Tralala’ menunjukkan betapa cepatnya kandungan boleh menjadi tular di era digital ini.Sebagai ibu bapa, penting untuk kita sentiasa peka dan proaktif dalam memastikan anak-anak kita terdedah kepada kandungan yang positif dan sesuai dengan perkembangan mereka.
Pendedahan berlebihan kepada kandungan anomali boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan kognitif dan emosi kanak-kanak.Oleh itu, pemantauan dan bimbingan daripada ibu bapa amat penting dalam era digital ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanser otak kanak-kanak merupakan antara penyakit kanser yang paling membimbangkan ibu bapa kerana ia boleh menjejaskan perkembangan fizikal, emosi dan mental anak dalam jangka panjang. Ramai tidak menyedari bahawa simptom awal kanser otak sering kelihatan seperti masalah biasa seperti sakit kepala, muntah atau perubahan tingkah laku.
Pakar Perunding Pediatrik dan Pediatrik Hematologi dan Onkologi Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Yap Tsiao Yi dalam kenyataan berkata tumor otak boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan ia kanser kedua tertinggi serta tumor pepejal yang paling lazim ditemukan pada kanak-kanak.
Kanser otak kanak-kanak boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini berlaku apabila sel dalam otak membesar secara tidak normal lalu membentuk ketumbuhan yang memberi tekanan kepada otak.
Ada kanser otak yang berkembang perlahan, namun ada juga yang sangat agresif dan memerlukan rawatan segera. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu mengetahui tanda awal kanser otak supaya rawatan dapat dimulakan lebih cepat.
Kanser otak berlaku apabila terdapat pertumbuhan sel abnormal di dalam otak yang membentuk tumor malignan. Tumor ini boleh mengganggu fungsi penting otak seperti pergerakan, keseimbangan, penglihatan, pertuturan dan perkembangan mental anak.
Kanser otak kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa kerana jenis tumor, lokasi dan tindak balas terhadap rawatan juga tidak sama.
Kebanyakan kanser otak kanak-kanak merupakan kanser primer, bermaksud ia bermula daripada sel otak itu sendiri dan bukan merebak daripada bahagian badan lain.
Medulloblastoma merupakan antara kanser otak paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ia biasanya bermula di bahagian belakang bawah otak yang dikenali sebagai serebelum.
Bahagian ini berfungsi mengawal keseimbangan dan koordinasi badan. Sebab itu kanak-kanak yang menghidap kanser ini sering mengalami kesukaran berjalan atau mudah jatuh.
DIPG ialah sejenis kanser batang otak yang sangat agresif dan jarang berlaku.
Ia menyerang kawasan penting yang mengawal fungsi asas tubuh seperti pernafasan dan degupan jantung. Kedudukan tumor yang sensitif menyebabkan rawatan menjadi sangat mencabar.
Kanser ini berlaku pada batang otak dan sering menyebabkan masalah saraf serta penglihatan.
Kanak-kanak mungkin mengalami mata juling, penglihatan berganda atau kesukaran mengawal pergerakan mata.
Salah satu cabaran terbesar dalam mengesan kanser otak ialah simptomnya sering disalah anggap sebagai penyakit biasa.
Gejala biasanya berlaku apabila tumor mula menekan otak atau menghalang pengaliran bendalir serebrospina di dalam kepala sehingga menyebabkan tekanan meningkat.
Antara tanda awal kanser otak yang perlu diberi perhatian ialah:
Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, simptom mungkin lebih sukar dikenal pasti. Antaranya termasuk kepala membesar secara tidak normal, kerap menangis, kurang menyusu dan tidak aktif seperti biasa.
Jika anak menunjukkan simptom berulang terutama sakit kepala dan muntah pada awal pagi, ibu bapa disarankan segera mendapatkan pemeriksaan doktor.
Diagnosis awal sangat penting bagi meningkatkan peluang rawatan berjaya.
Doktor biasanya akan melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengenal pasti lokasi dan jenis kanser otak.
Doktor akan memeriksa fungsi saraf, keseimbangan, refleks dan penglihatan anak.
Pemeriksaan mata juga dilakukan bagi melihat tanda peningkatan tekanan dalam otak.
Imbasan CT scan dan MRI digunakan untuk mendapatkan gambaran jelas keadaan di dalam otak.
MRI lebih kerap digunakan kerana ia memberikan imej lebih terperinci mengenai saiz dan kedudukan tumor.
Sesetengah jenis kanser otak boleh dikenal pasti melalui petanda tumor dalam darah.
Diagnosis tepat dilakukan melalui pemeriksaan tisu tumor di bawah mikroskop.
Sampel tisu biasanya diambil melalui biopsi atau ketika pembedahan.
Rawatan kanser otak bergantung kepada jenis tumor, umur anak, saiz dan lokasi kanser di dalam otak.
Biasanya rawatan melibatkan gabungan beberapa kaedah berikut:
Pembedahan ialah rawatan utama untuk membuang tumor sebanyak mungkin.
Jika tumor tidak dapat dibuang sepenuhnya, doktor akan mengambil sampel untuk menentukan jenis kanser sebelum rawatan lain diteruskan.
Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin memasukkan tiub khas dikenali sebagai Ventriculo-Peritoneal (VP) Shunt bagi mengalirkan bendalir dari otak ke abdomen untuk mengurangkan tekanan dalam kepala.
Radioterapi menggunakan sinaran tenaga tinggi untuk membunuh sel kanser.
Ia diberikan jika masih terdapat sel kanser selepas pembedahan atau tumor tidak dapat dibuang sepenuhnya.
Kemoterapi menggunakan ubat anti-kanser untuk memusnahkan atau mengawal pertumbuhan sel kanser.
Rawatan ini biasa digunakan untuk beberapa jenis kanser otak termasuk medulloblastoma.
Steroid membantu mengurangkan pembengkakan otak akibat tekanan tumor.
Walaupun ia tidak menyembuhkan kanser, ubat ini membantu mengurangkan simptom dan membuatkan anak lebih selesa.
Ubat ini digunakan bagi mengawal dan mencegah sawan yang boleh berlaku akibat tekanan pada otak.
Kanser otak bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal anak, malah boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan pembelajaran mereka.
Sesetengah pesakit mungkin mengalami masalah memori, kesukaran belajar, perubahan tingkah laku dan gangguan emosi selepas rawatan.
Mereka memerlukan pemantauan jangka panjang bagi memastikan perkembangan otak berjalan dengan baik.
Selain itu, keluarga juga berdepan tekanan emosi dan kewangan sepanjang proses rawatan.
Ramai ibu bapa tidak menyangka simptom seperti sakit kepala dan muntah boleh menjadi petanda kanser otak.
Disebabkan itu, pengesanan awal sangat penting supaya rawatan dapat dimulakan sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Jika anak mengalami simptom yang berulang atau menunjukkan perubahan tingkah laku secara mendadak, jangan bertangguh mendapatkan pemeriksaan doktor.
Kanser otak kanak-kanak merupakan penyakit serius yang boleh memberi kesan besar terhadap kehidupan anak dan keluarga. Walaupun ia antara kanser paling tinggi menyerang kanak-kanak di Malaysia, peluang rawatan menjadi lebih baik jika penyakit ini dikesan lebih awal.
Ibu bapa perlu lebih peka terhadap tanda awal kanser otak seperti sakit kepala berpanjangan, muntah tanpa sebab, masalah keseimbangan dan perubahan tingkah laku anak.
Kesedaran tentang kanser otak kanak-kanak amat penting supaya lebih ramai kanak-kanak mendapat diagnosis awal, rawatan segera dan peluang hidup yang lebih baik.
Kena rajin-rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita. Peluk juga anak-anak. Dengan melakukannya, banyak manfaat yang akan kita perolehi. Berpeluk ni memberi kesan terbaik untuk kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Nak tahu apa kebaikan berpeluk?
Apabila kita berpelukan dengan pasangan, ia dapat merangsang perasaan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya, beliau berkongsi tentang manfaat apabila kita berpeluk dengan orang yang disayangi.
Kebaikan Berpelukan Suami Dan Isteri..
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.
Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.
Oxytocin Elak Stres
Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
#sedangkanlidahlagitergigitdrzubaidi
Bukanlah susah mana pun untuk berpeluk dengan suami atau isteri kita kan? Selain baik untuk kesihatan jantung, ia juga dapat mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila berpeluk dengan anak-anak pula, ia dapat mengeratkan rasa kasih sayang antara kita.
Keluarga pun harmoni tanpa sengketa. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada kita akan kebaikan berpeluk.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bersalin atas motosikal menjadi pengalaman luar biasa buat seorang wanita hamil 32 minggu di Vietnam apabila dia melahirkan bayi sebelum sempat tiba di hospital. Ibu dan bayi dilaporkan selamat.