Bermain memang lumrah bagi kanak-kanak. Dengan bermain mereka dapat meneroka perkara baru dan secara tak langsung beberapa ilmu baru akan mereka pelajari. Bermain juga merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak.
Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas. Fikiran mereka jadi lebih tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak yang menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial & kesihatan emosi mereka.
Kalau ada anak perempuan, memang impian ibu untuk anak mempunyai rambut panjang dan cantik. Senang untuk diikat dan digayakan dengan pelbagai gaya.
Tapi sebenarnya rambut panjang juga boleh mengundang bahaya kepada orang sekeliling. Kajian juga dibuat di luar negara dimana pernah terjadi beberapa kes leher bayi terjerut rambut panjang. Ikuti perkongsian detik-detik cemas Dr. Afida Sohana;
Beberapa minggu lalu, saya hampir kehilangan anak kecil saya. Ini perkongsiannya…
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dan dari apa sahaja. Mengetahui antara punca bahaya boleh membantu kita menjadi lebih berhati-hati …
Anak-anak saya masih tidur di bilik yang sama dengan kami. Kami bercadang untuk memisahkan mereka (tidur berlainan bilik) sebaik sahaja berpindah ke tempat baru nanti, insyaAllah. Cuma kali ini, kami tidak mempunyai kamar yang cukup untuk semua orang. Ada hikmahnya…
Anak-anak saya sangat rapat, meski punyai jurang usia 3 tahun. Ana akan menyambut hari lahir ke-4 tahun ini & Ara baru menyambut birthday nya yang pertama pada Ramadhan lalu. Mereka yang mengikuti saya di fb, insta atau twitter akan tahu betapa saya menyayangi kedua anak kecil ini, dan bagaimana kakak Ana menyayangi rambut panjang melepasi pinggangnya. Setiap hari, dia akan meminta saya mengikat rambutnya dengan gaya mengikut apa yang pernah dilihat di youtube.
Walaupun saya meletakkan mereka di atas katil yang berbeza, mereka akan mencari satu sama lain di tengah malam, dan tidur berpelukan. Kerapkali saya bangun dengan panik apabila Ara tiada di sebelah saya, hanya untuk mencari dia berpelukan dengan kakaknya.
Malam itu, beberapa minggu yang lalu, saya tersedar dari tidur tatkala mendengar keluhan Ara. Ara masih menyusu badan, kekadang dia akan menepuk saya untuk meminta susu, atau memanggil saya dengan suara dan bahasa bayinya.
Dalam kegelapan, saya lihat Ara sedang menarik rambut kakak Ana. Saya cuba tarik tangannya dan mengatakan jangan. Ketika itulah saya terlihat rambut Ana yang ketat menjerut leher Ara. Suara Ara tadi dengan cepat berubah menjadi tersekat-sekat.
Saya menjerit supaya suami menyalakan lampu. Rambut Ana saya lepaskan dari leher Ara. Kelihatan dengan jelas tanda jerut kemerahan di sekeliling leher Ara. Ara saya peluk, pernafasannya saya periksa, dan muka Ara mula lihat kemerahan semula… alhamdulillah.
Ara yang mula menangis saya redakan dengan suapan susu. Saya hanya mampu duduk dan menangis….
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana membangkitkan saya dari lena. Saya bersyukur kerana berada di dalam bilik yang sama. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika tidak …
Jadi, minggu lepas saya bawa kakak Ana untuk potong rambut. Syukur sepupu dan juga rakan sekelasnya baru sahaja potong rambut, jadi dia juga teruja untuk mendapat rambut baru.
Saya layari kes-kes serupa di internet, dan terkejut melihat ada beberapa kes yang didokumen. Kakak ipar saya juga bercerita tentang jirannya, ibu yang kehilangan bayi kerana terjerut rambut kakak.
Kes seperti ini mungkin tidak kerap, tapi tidak mustahil….
Kajian yang pernah dibuat diluar negara
PENGAJARAN:
1. Persekitaran tidur yang selamat – kongsi bilik JANGAN kongsi katil!
2. Berhati-hati dengan rambut panjang ahli keluarga atau sebarang tali di sekeliling bayi
anda. Mengikut kajian pada tahun 2017, 17000 kanak-kanak cedera, dan 300 meninggal
dunia dalam tempoh 25 tahun, kerana terjerut tali langsir ‘blinds’.
Moga anak2 kita terpelihara dari sebarang kemalangan.
Jarang sekali ibu ayah menekankan tanggungjawab anak lelaki bantu kerja di rumah apatah lagi di dapur.
Biasanya anak lelaki akan dibiarkan duduk sahaja di rumah tanpa perlu menolong buat kerja rumah. Tanpa sedar kita sebenarnya tersilap mendidik anak lelaki.
Sepatutnya anak lelaki perlu diajar cekap membuat kerja rumah kerana bila sudah bergelar suami barulah mereka jadi suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Cara yang dilakukan oleh Penulis buku yang juga seorang Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakariadalam mendidik anak lelakinya cekap di dapur dan membuat kerja-kerja rumah wajar dicontohi.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Yang sudah ada anak dara mungkin tugasan menjadi ringan dengan bantuan mereka, namun biasanya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu di dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur.
Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak. Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran.
Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Tahukah anda anak yang kerap dipeluk ibu akan membesar sebagai individu yang positif, mudah mendengar kata dan mempunyai perilaku yang baik.
“Kenapa susah sangat nak dengar cakap Ibu. Dah berapa kali ibu pesan jangan buang sampah dalam bilik. Kotor!!”
Puas dimarah, dileter dan didenda tapi anak tetap susah nak dengar cakap ibu bapa. Kenapa? Tentu ramai ibu-ibu mengalami situasi yang sama dengan anak-anak zaman sekarang tak kira yang besar ataupun masih kecil.
Luahan ini sering didengar oleh Ustaz Ebit Lew dan beliau telah berkongsi tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
1. Kerap peluk anak
Ada pasangan suami isteri jumpa saya katanya anak-anaknya selalu tak dengar kata dan buat perkara yang tak patut. Mereka tak hormat kami ibu bapa.
Jawab saya berilah masa selalu peluk mereka. Lagi kuat kita peluk mereka lebih mereka menjadi manusia yang penyayang.
Mereka jumpa saya semula dan kata lepas selalu peluk anak mereka berubah. Lembut dan mudah dengar kata. Sekali suruh terus jalan. Lembut dan rasa kasih sayang.
Anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sama juga mak kepada anak kita. Mereka lebih-lebih lagi dahagakan kasih sayang dan pelukan.
2. Jangan gaduh depan anak
Kita sebagai anak boleh terima kurang sempurna rumah. Tidur ramai-ramai tanpa bilik. Kenderaan atau pakaian mak ayah tak sempurna. Kurang duit. Tak dapat gadget atau permainan.
Tapi tiada anak yang boleh tahan lihat mak ayah mereka bergaduh dan mak ayah yang hidup tanpa cinta dan saling memusuhi mengkhianati.
Walau kita dah dewasa kita tak sanggup lihat mak ayah kita bergaduh. Inikan pula anak masih kecil. Berikanlah hak anak-anak. Iaitu didikan iman. Dan anugerahkan mereka contoh kasih sayang dan keikhlasan dalam hidup.
Biarlah mereka bina yakin dan percaya dengan Islam. Berikanlah hak mereka. Jangan bergaduh depan anak-anak. Buatlah semuanya kerana Allah. Hidupkan Ta’lim dalam rumah. Hidupkan sunnah dalam rumah.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.