Umi Nazeera kini sedang hamil dan kandungan sedang menghampiri 31 minggu. Dia dikhabarkan mengalami plasenta previa atau uri di bawah.
Plasenta previa jenis 2 ialah keadaan di mana uri berada di bahagian bawah menghampiri pintu serviks tetapi bayi masih boleh dilahirkan secara normal. Perkara ini dikhabarkan oleh Umi dalam posting Instagram nya;
Goood morning ! Ada majlis doa kecil kecilan harini . Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar … Alhamdulillah dah kahwin ni mama dan mak mertua semua masih sihat walafiat.
Sudi tolong uruskan banyak benda untuk kita .. tambah tambah lagi I yg sikit sikit mengah ni dan placenta previa tak membenarkan I untuk buat kerja berat so apa plan u all weekend ni ?
Para peminat turut berkongsi tip dan berharap artis kesayangan mereka dapat melahirkan bayi dengan selamat. Tidak kurang juga yang memuji seri wajah ibu hamil ini.
Bayi baru lahir dengan kekurangan vitamin D mempunyai risiko menghidap skizofrenia yang lebih tinggi di kemudian hari, pasukan penyelidik Australia dan Denmark melaporkan.
Penemuan ini boleh membantu mencegah beberapa kes penyakit dengan merawat kekurangan vitamin D semasa peringkat awal kehidupan.
Kajian yang diketuai oleh Profesor John McGrath dari University of Queensland (UQ) di Australia dan Aarhus University di Denmark, mendapati bayi baru lahir dengan kekurangan vitamin D mempunyai 44 peratus peningkatan risiko didiagnosis dengan skizofrenia sewaktu dewasa berbanding mereka yang mempunyai tahap vitamin yang normal.
Skizofrenia ialah penyakit mental kronik yang dikategorikan di bawah jenis gangguan psikotik. Ia mengganggu pemikiran, perasaan dan tingkah laku dengan simptom seperti halusinasi, khayalan dan gangguan kognitif. Penghidap keadaan mental ini seolah-olah telah terpisah daripada dunia realiti.
Beberapa faktor risiko dikaitkan dengan skizofrenia termasuklah sejarah keluarga, usia bapa yang tua, penyakit autoimun dan jangkitan virus, keracunan, dan pemakanan tidak seimbang semasa dalam kandungan, terutamanya dalam 6 bulan pertama. Penggunaan ubat perangsang atau perencat saraf juga didapati boleh meningkatkan risiko skizofrenia.
Vitamin D memainkan peranan penting dalam homeostasis dan kesihatan tulang. Terhasil daripada kulit yang didedahkan dengan UVB daripada sinaran matahari, vitamin ini juga dianggap sebagai hormon neurosteroid yang penting. Ini bermakna ia memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak.
Kekurangan vitamin ini dikaitkan dengan obesiti, rintangan insulin, diabetes, hiperlipidaemia dan penyakit jantung, yang turut biasa ditemui dalam pesakit skizofrenia.
Disebabkan janin yang sedang berkembang bergantung sepenuhnya kepada simpanan vitamin D ibu mengandung, penemuan tersebut menunjukkan bahawa memastikan wanita mengandung mempunyai tahap vitamin penting ini dengan mencukupi dapat mencegah beberapa kes skizofrenia, sepertimana suplemen folat memainkan peranan dalam pencegahan spina bifida.
Profesor McGrath, dari Institut Brain Queensland UQ, berkata kajian yang berdasarkan 2602 individu itu mengesahkan kajian terdahulu yang turut diketuai beliau yang mendapati kaitan antara kekurangan vitamin D neonatal dan peningkatan risiko skizofrenia.
Pasukan tersebut membuat penemuan ini dengan menganalisis tahap vitamin D dalam sampel darah yang diambil dari bayi baru lahir di Denmark antara 1981 dan 2000 yang kemudiannya menghidap skizofrenia sewaktu dewasa.
Para penyelidik membandingkan sampel mereka dengan individu dengan jantina dan tarikh kelahiran sama tetapi tidak mengalami skizofrenia.
Profesor McGrath juga mengetuai kajian Belanda 2016 yang mendapati hubungan antara kekurangan vitamin D prenatal dan peningkatan risiko autisme zaman kanak-kanak.
Oleh itu, pencegahan boleh dilakukan para ibu dengan pendedahan kepada cahaya matahari yang mencukupi dan pengambilan dalam diet seperti salmon, udang, kuning telur dan minyak ikan kod.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang bakal menimang cahaya mata keempatnya tidak lama lagi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi akan kehamilan isterinya, Fazeera Nazri.
“Dapat adik baru. Alhamdulillah.
“Kakak dan adik kena get ready untuk menjadi kakak-kakak yang baik. Terujanya nak sambut adik baru,” tulisnya.
Dalam pada itu Fizo juga meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu dalam keluarganya.
“Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” ujarnya lagi.
Dalam entri itu juga, Fizo turut berkongsi beberapa kepingan gambar terkini isterinya dengan baby bump yang jelas kelihatan.
Ruangan komen usahawan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar kehamilan ini dipermudahkan.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Wan Maryam menerusi perkahwinan terdahulunya.
Kebanyakan wanita hamil pasti akan melalui keadaan di mana ada anggota badan yang membengkak terutamanya jika kandungan mulai membesar. Ia adalah situasi yang normal jika seseorang wanita hamil mengalami rasa kebas dan bengkak pada bahagian-bahagian tertentu pada tuuh mereka. Ia disebabkan water retention dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan.
Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan serba sedikit tentang keadaan ini.
“Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor”.
Wa alaikum mus salam. Wanita yang hamil, biasa akan mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki dan jari kaki, mulut dan lidah.
Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas dan akan hilang sebaik saja anak yang dikandung dilahirkan. Jadi dalam kebanyakan kes, tiada rawatan yang diperlukan.
Punca-punca kebas semasa hamil berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian badan yang terlibat. Jika ia melibatkan bahagian tangan, selalunya disebabkan oleh Carpal Tunnel Syndrome, terutamanya bagi wanita yang banyak menggunakan tangan atau jari. Air dalam tisu di tangan, menyebabkan bengkakan dan memberikan tekanan pada saraf meridian (meridian nerve) sehingga rasa kebas.
Selain daripada tangan, Carpal Tunnel Syndrome juga boleh menyebabkan kebas di jari dan juga bahu. Keadaan ini selalunya bermula pada usia kehamilan berlaku pada trimester pertama dan boleh menjadi lebih buruk pada trimester kedua.
Ada juga wanita yang hamil yang mengalami rasa bengkak dan kebas pada lidah atau mulut mereka. Ini berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu. Wanita hamil lebih mudah mengalami alahan pada makanan berbanding dengan wanita lain.
Kaki bengkak dan kebas pada kaki juga disebabkan hal yang sama, seperti tangan. Rasa kebas ini boleh menjadi lebih buruk, selepas berjalan atau selepas duduk diam atau berbaring untuk waktu yang lama.
Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku dan perlu diperiksa oleh doctor. Ia boleh disebabkan oleh masalah saraf yang lebih serius seperti ‘sciatica’. Saya tidak menggalakkan puan menggunakan sebarang ubat semasa hamil, lagipun kebanyakan kes ia akan hilang sendiri selepas melahirkan anak nanti.
Walau bagaimanapun, jika keadaan ini bertambah teruk atau berterusan selepas melahirkan anak, saya mencadangkan puan berunding dengan doctor yang merawat puan.
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada para ibu yang sedang hamil dan mengalami masalah bengkak dan kebas pada anggota badan. Sekiranya didapati keadaan menjadi ‘luar biasa’, jangan bertangguh untuk merujuk masalah anda kepada doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!