Momen penuh makna akhirnya tiba buat pelakon jelita, Afifah Nasir, apabila beliau selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidupnya bersama suami tercinta.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri menerusi laman Instagram miliknya, apabila Afifah memuat naik beberapa keping foto indah yang merakam detik penuh emosi bersama bayi lelaki mereka. Dalam salah satu gambar, kelihatan Afifah erat memeluk si kecil sambil ditemani suami tercinta di sisi, melengkapkan lagi rasa syukur seorang wanita yang kini bergelar ibu.
Lebih manis, pasangan ini memilih nama indah buat putera sulung mereka – Syed Armand Mateen, yang menurut Afifah adalah satu anugerah terindah daripada Allah.
Ads
Afifah menulis penuh makna di kapsyennya:
“Made with love, blessed by Allah. Alhamdulillah, our little miracle, Syed Armand Mateen, has finally arrived in this world..”
Ungkapan ringkas itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa besar rasa syukur dan bahagia yang kini menyelubungi hati seorang ibu baru. Afifah menzahirkan penghargaan atas kurniaan ini, yang bukan sahaja menjadi pelengkap dalam rumah tangga, malah membuka lembaran baru dalam kehidupannya sebagai seorang ibu.
Ads
Momen Afifah memeluk erat si kecil nyata menyentuh hati ramai pengikut yang turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, doa, dan kata-kata semangat. Ramai yang turut berkongsi rasa terharu melihat kebahagiaan yang kini dirasai oleh pasangan ini.
Bagi Afifah, kehadiran Armand Mateen bukan sekadar “little miracle” tetapi juga simbol cinta dan rahmat Allah dalam rumah tangga mereka. Ia menjadi tanda bermulanya perjalanan baru yang pastinya dipenuhi cabaran, pengorbanan, tetapi juga kebahagiaan yang tidak ternilai.
Semoga Afifah dan suami terus diberi kekuatan serta kesihatan dalam menempuh fasa baru kehidupan ini, dan semoga si kecil membesar dengan penuh kasih sayang, keberkatan, serta menjadi anak soleh yang membanggakan keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memanjakan pasangan baik suami atau isteri memang perlu namun memanjakanlah dengan cara yang sewajarnya. Utamakan tolak ansur dan saling bantu membantu dalam rumahtangga, barulah lebih harmoni rumahtangga yang dibina.
Tugas menguruskan rumahtangga perlu dilakukan bersama dan mintalah suami untuk turut serta sekali. Dan inilah yang dikongsikan oleh seoranh ibu, Puteri Kassim agar harmoni rumahtangga. Barulah makin bahagia.
Jangan nak manjakan suami tu. Kak Put ingat lagi, awal perkahwinan mak selalu cakap “ nanti dah kahwin jangan manjakan suami tu, mula mula kak put tak faham. Takkan lah nak manjakan suami sendiri pun tak boleh.
Tapi kak put follow je apa mak cakap, lagi pun both of us kan bekerja. So, kak put sesiap dah buat jadual untuk buat kerja rumah. Nampak macam kelakar kan ? But its really help masa awal perkahwinan.
Dari hari pertama kahwin sampai sekarang, ( sekarang dah tak ada jadual, sebab kami da auto function ) kami akan bekerjasama dalam semua hal termasuk kerja rumah dan urus anak.
Ramai juga yang tanya, macam mana seketul hakim tu pandai jaga anak dan uruskan anak bila kak put pergi kelas.
Hmmm jangan tak tahu, Hakim lagi bijak uruskan anak. Dia ada sense yang anak dia tak sihat dan tak okay. Itu kelebihan dia. Masa kak put dalam pantang pun dia ambil cuti untuk urus kak put dan baby.
Kak put pula bab bab urus rumah, masak semua. Tapi kami tetap lakukan semua bersama.
Contoh situasi : 1. Kakput masak, dia akan kemas dapur dan cuci semua alat masak. 2. Kakput cuci kain dan jemur, dia akan lipat. 3. Kakput cuci toilet rumah, dia akan mop 1 rumah. 4. Kakput kemas bilik, dia akan cari kerja contohnya dia akan kemas rumah tamu. 5. Kakput malas masak, dia akan pergi beli makanan 🤪
So dalam rumah tangga ni, masing masing kena mainkan peranan. Tak ada istilah one man show. Tak ada istilah semua ni tanggungjawab isteri. kalau ikut islam, yang perlu sediakan makan dan minum tu suami. Isteri ni bidadari tauuu. Tapi masyarakt kita da terbiasa isteri tu kena buat semua.
Memang sweet kalau awal perkahwinan tu, kita tak bagi suami basuh sebiji mangkuk pun. Tapi bila anak da berderet. Suami dok main hp kat depan sambil berdekah tengok maharaja lawak sedangkan awak tengah berjuang dengan kerja rumah dan anak anak.
Isteri dah jadi selekeh sebab tak sempat nak bersiap sibuk dengan kejar anak anak. Suami pulak pandang sebelah mata je hal macam ni. Jangannnn… macam mana penampilan isteri itu mempengaruhi macam mana awak layan dia. Sebab tu ada isteri makin cantik lepas kahwin, ada yang tidak.
Naluri seorang isteri akan mula rasa semua ni tak adil. Akan mula marah marah dan memberontak. Yang suami pula dah terbiasa dimanjakan.
Yang suami pun kena faham, lagi lagi isteri yang sama sama cari nafkah. Kami perlukan rehat juga. Perlukan me time untuk longgarkan tulang tulang kami. Alah me time tu cukuplah sekadar dapat rest sejam dua dalam bilik sambil scroll apa nak beli tanpa gangguan anak anak.
Dan banyak penceraian berlaku sebab hal sebegini. Mula mula rasa sweet memanjakan, lama lama naik muak sebab suami dah mula naik kepala taknak tolong apa apa. Masih belum terlambat untuk ajar suami bab bab ni.
Mulakan dengan yang kecil. Minta tolong mandikan anak dulu. Minta tolong vacum rumah dulu. Pelan pelan kayuh. Supaya nanti tak jadi kebiasaan. Bertoleransi dalam rumah tangga. Itu kan tanggungjawab bersama.
Arwah abah lelaki yang sangat hebat, tu yang meninggal pun dalam keadaan husnul khotimah. Senyumm je. Abah suami dan abah yang sangat bertoleransi. Rajin tolong mak, dan baik dengan anak anak. I miss him ~.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan sebentar tadi pastinya memberi banyak kelebihan kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Bukan hanya beberapa faedah dan ganjaran yang diumumkan bahkan turut memberi pulangan berbaloi kepada rakyat terutama melalui skim perubatan dan rawatan buat diri sendiri dan keluarga.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini turut mengumumkan beberapa kelebihan yang bakal diperolehi terutama mengenai vaksin untuk keluarga. Pastinya ia memberi kelegaan buat ibu bapa yang terpaksa menanggung kos yang banyak untuk tujuan ini.
Dengan kos yang agak banyak, memilih untuk memberikan vaksin bukanlah dilihat sebagai keutamaan sedangkan ianya cukup penting bagi kita, lebih-lebih lagi kala terpaksa berdepan dengan penularan wabak pandemik yang mengancam dunia.
Katanya menerusi pengumuman yang berdurasi selama dua jam itu, kerajaan pastinya mengutamakan vaksin Covid-19 yang melibatkan sejumlah kos yang agak tinggi demi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
“Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin Covid-19 antaranya melalui penyertaan ke dalam program Covid-19 Vaccine Global Access atau COVAX. Dijangkakan bekalan vaksin Covid-19 ini melibatkan kos melebihi 3 billion ringgit untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia,” katanya.
Paling menarik dan cukup berbaloi pastikan kelebihan pelepasan cukai untuk ibu bapa yang memilih untuk memberikan vaksin kepada anak-anak mereka.
“Selain itu, bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, Kerajaan juga bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza serta Covid-19.
Paling menarik, pelepasan cukai ini juga diberikan ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak terhad kepada 1,000 ringgit,” katanya berkongsi.
Pastinya ia satu pelepasan yang cukup berbaloi malah memberi manfaat untuk keluarga agar terus terhindar dari pelbagai penyakit.
Bukan itu sahaja, paling berbaloi, Kerajaan juga akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada 6,000 kepada 8,000 ringgit dan had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada 500 kepada 1,000 ringgit.
Sebagai tambahan juga, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga dinaikkan dari 5,000 kepada 8,000 ringgit.
Bantuan untuk rakyat
Dalam pada itu, rakyat juga turut menerima pelbagai faedah dan manfaat lain diantaranya termasuklah beberapa bantuan khas seperti Bantuan Prihatin Rakyat kepada isi rumah dengan pendapatan bawah RM2, 500 mengikut bilangan anak dari RM1,200 hingga RM1,800, Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan awam sebanyak RM600 untuk Gred 56 dan ke bawah.
Dalam pada itu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas dengan Covid-19 juga dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.
Majlis pengebumian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya di Tanah Perkuburan Islam Tambun dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan itu bermula pada jam 7.45 pagi tadi.
Mohd Zahir, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada jam 9.28 pagi semalam selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Sebagai penghormatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan istiadat mengiring dan mengusung jenazah oleh pegawai dan anggota.
Jenazah turut diberikan tabik hormat sebelum diturunkan ke dalam liang lahad.
Isteri, anak-anak tak dapat tahan sebakah
Suasana hiba jelas terasa dalam kalangan ahli keluarga terutama bapanya, pelakon dan pelawak terkenal AR Badul serta isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun, 31 dan anak-anak arwah ketika majlis pengebumian tersebut.
Lebih 2,000 orang terdiri ahli keluarga, rakan setugas dan penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Hujan renyai iringi ketibaan jenazah
Hujan yang turun sejurus ketibaan jenazah dikediaman keluarga isterinya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta pagi tadi langsung tidak mengganggu kelancaran istiadat pengebumiaan hari ini.
Tahlil dan bacaan talkin dipimpin oleh Pegawai Agama Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Titan Abdul Wahab.
Istiadat pengebumian selesai pada jam 8.45 pagi dengan serahan Jalur Gemilang kepada Nour Shafinar oleh Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus.
Sementara itu, menerusi laporan media semalam ketika ditemubual, Nour Shafinar reda tapi masih terkejut lagi dengan pemergian arwah suami memandangkan anak belum puas bermanja dengannya.
Dengan keadaan anak yang baru berusia enam bulan, dia merasakan ini dugaan berat buat mereka.
“Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal kerana dia begitu sempurna buat kami sekeluarga,” katanya.
Datin Intan Najuwa hamil hampir 36 minggu dan berkongsi cabaran trimester ketiga termasuk Braxton Hicks yang semakin kuat serta kesukaran tidur menjelang kelahiran anak kedua.