Senaman patut dijadikan rutin dan waktu hamil tidak terkecuali. Mawar Rashid turut melakukan senaman kardio dan zumba semasa hamil 7 bulan.
Aktres dan peserta Dewi Remaja 2014/15 ini menyatakannya di dalam post Instagram dan memuat video bersenam dan menyatakan yang dia turut membuat senaman ringan.
Mawar turut mengingatkan ibu hamil lain supaya melakukan langkah memanaskan badan (warm up) dan regangan, minum air mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan memastikan diri cukup rehat.
Ads
mawarashid Hari ni Mekwa buat cardio, treadmill 27minutes. Pastu alang2 join class Zumba yang light2 je. Walaupun tengah preggy, tak de excuse untuk kita exercise KECUALI doktor tidak benarkan.
Tapi ingat, exercise, exercise jugak, warm up and stretching jangan tinggal, air kena minum cukup atleast 2 litre water and cukup rest especially to preggy mommy like me ❤️ Take care everyone! #7monthspregnant
Para peminat memberikan respons positif dan mengatakan tindakan Mawar bersenam akan membantu memudahkan proses kelahiran nanti. Baik untuk stamina dan ada yang mengatakan akan membantu pembukaan tulang punggung bagi melicinkan proses kelahiran.
Ramai ibu hamil yang tidak tahu bahawa memakai tali keledar keselamatan penting ketika menaiki kenderaan. Jika berlaku kemalangan, tali keledar keselamatan dapat menyelamatkan ibu hamil dari tercampak ke depan yang akan mengakibatkan kecederaan kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Ada juga yang malas untuk memakai tali keledar keselamatan, dengan alasan tidak selesa dan takut mencederakan anak dalam kandungan. Tapi jika ibu tidak memakai tali keledar, ia akan lebih memburukan keadaan jika berlaku sesuatu yang tak diduga. Doktor Izzat telah berkongsi cara pemakaian tali keledar keselamatan yang betul dan kesan jika ibu hamil mengabaikan aspek keselamatan ini;
Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?
Cara pemakain tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :
– Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu
hamil, lurus dan tidak terbelit.
Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
– SENTIASA pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg
duduk di belakang. Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali
pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
– Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah
cukup ketat.
– Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah
dada ibu.
– Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
– Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan
meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi
pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
TAK PAYAH beli pelbagai produk atau span untuk kaver perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai jugak. Jangan la terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak Polis atau JPJ
Menjadi seorang ibu adalah perjalanan yang sungguh indah. Tidak sekadar merasakan tendangannya di dalam kandungan, mengalami pelbagai kepayahan semasa hamil menyediakan diri anda menjadi seorang ibu yang sabar, cekal dan berani.
Perjalanan kehamilan menyediakan wanita mencapai fitrah sebagai ibu secara semula jadi. Setiap wanita boleh menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya. Seorang guru, Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani membuat catatan mengenai kehamilannya dan apa yang dilaluinya sepanjang tempoh itu.
Perasan atau tidak, perjalanan kehamilan adalah unik ciptaan Allah SWT Yang Maha Hebat sehingga ibu-ibu berupaya menjadi ibu yang terbaik untuk anak masing-masing.
“Dah lama teringin nak baby boy!” Begitu kata pelakon cantik manis, Dayana Roza yang amat bersyukur kerana bakal menyambut anak keduanya seorang bayi lelaki penghujung tahun ini.
Melalui majlis pengumuman jantina atau gender reavel yang cukup meriah pada Sabtu lalu, Dayana turut berkongsi jantina anak keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki.
Rupanya ibu kepada Astrid Raheeya ini sudah begitu lama mengidamkan anak lelaki.
“Alhamdulilah, it’s a boy!
“Enam bulan bersabar suruh doctor rahsiakan gender, sekarang rasa lega sangat. Dari dulu teringin nak baby boy, Alhamdulillah sekarang dah boleh beli baju dinasour,” katanya berseloroh.
Dalam pada itu Dayana yang tampak berseri dengan busana putih dilatari tema majlis merah jambu dan biru itu turut memohon doa semua agar mendoakan yang terbaik buat dirinya hingga melahirkan kelak.
“D nak mintak semua kawan-kawan, family & followers doakan semoga baby AA sihat sempurna, jadi anak yang soleh, hormat orang, berjaya dunia akhirat & dipermudahkan segalanya sehingga saat melahirkan. Thank you 💖💖,” katanya lagi.
Rata-rata pengikut setia pelakon berbakat ini turut sama mendoakan agar kelahiran bayi kedua nanti dipermudahkan.
Terdahulu, Dayana mendirikan rumah tangga bersama usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.