Baru-baru ini Jep Sepahtu mengesahkan isterinya, Sari Yanti telah keguguran ketika usia kehamilan masuk 3 bulan.
Hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian kerana ketika pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan denyutan bayi tiada. Disebabkan itu, Sari Yanti terpaksa melakukan pembedahan.
Di instagramnya, Sari Yanti ada menjawab beberapa soalan yang ditanya peminatnya mengenai kesihatan selepas keguguran.
Ads
Dia menyatakan kandungan ketiganya kali ini diluar rahim sehingga terpaksa melakukan pembedahan.
Ads
Walaupun berasa sedih, Sari Yanti dan Jep reda dan mungkin ada yang terbaik lagi untuk mereka selepas ini.
Ini juga adalah kehamilan kali ke-5 buat Sari Yanti dan dah ada dua anak syurga menunggu.
Dalam tempoh berpantang selepas keguguran itu juga, dia berterima kasih atas doa dari orang ramai dan kata-kata semangat yang diberikan padanya dan keluarga.
Semoga yang baik-baik juga untuk mereka yang mendoakan kesihatan saya,” ujarnya baru-baru ini.
Sumber: Sari Yanti
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki baby, belum lahir lagi dah dapat hadiah! Itu yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang terharu menerima hadiah istimewa daripada anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Iman Afzan.
Selebriti berusia 32 tahun itu memuat naik beberapa InstaStory memaparkan hadiah barangan bayi berjenama mewah sebelum dikongsi semula di akaun Instagram peminatnya @lofa.page baru-baru ini.
Menerusi kad ucapan, Puteri Iman menitipkan kata-kata positif kepada bekas pengacara MeleTOP itu yang akan bergelar ibu tidak lama lagi.
“Moga semua yang terbaik untuk fasa seterusnya dalam kehidupan awak. Ia adalah fasa paling menyeronokkan! Awak akan menjadi ibu yang hebat.
“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan ‘baby’. Harap awak suka dengan pemberian kecil ini,” tulis puteri sulung Agong itu.
Malah, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor juga menutup satu perkataan tertulis dalam kad tersebut sekali gus mengundang peminatnya untuk berteka-teki mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Peminat masih berteka-teki
Terdahulu, status kehamilan Neelofa terjawab apabila peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dipercayai tidak sengaja memberitahu media ketika mewakili selebriti berkenaan bagi satu kes mahkamah.
Sehingga kini, Neelofa dan suaminya, Haris belum berkongsi lagi usia bayi dalam kandungan walaupun perut dah semakin besar dan mengharapkan doa yang baik-baik untuk mereka sekeluarga.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri. Untuk yang mempunyai rezeki awal, sejurus selepas nikah tidak lama kemudian terus ‘melekat’. Tetapi ada juga pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dapat memeluk bayi sendiri. Ada pula yang terpaksa berhabis duit dan tenaga serta perlu kuat emosi serta fizikal untuk melalui pelbagai ujian kesuburan.
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil” “Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar” “Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk” “Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa..
Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH..
Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan.
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.
Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Aktor berbakat besar, Remy Ishak, telah diketahui ramai bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi. Katanya, dia sudah pun menyediakan senarai nama buat bayi yang bakal dilahirkan nanti.
Remy turut berkongsi bahawa pemilihan nama untuk anaknya sudah dibuat sebelum berkahwin dengan isteri tercinta, Ezza Yusof.
“Nama anak sebelum kahwin lagi saya dah pilih, kalau dapat bayi perempuan nama apa. Kalau lelaki pun dah ada senarai.”
Menurut portal mStar, dia ada berbincang dengan isteri tentang nama-nama yang disukainya. Memandangkan isterinya itu jenis ‘sempoi’, maka tiada sebarang masalah dalam pemilihan nama anak.
Kata pelakon yang pernah menjayakan filem Sangkar bersama teman aktor, Zul Ariffin ini lagi, dia sememangnya sukakan gabungan nama.
“Sejak dulu lagi saya memang suka cipta gabungan nama tapi bukan merujuk kepada individu tertentu.”
Turut memberitahu yang dia tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan dan amat bersyukur diberi rezeki untuk menimang cahaya mata pada usianya 40 tahun.
Turut berkongsi keadaan isterinya yang sedang hamil sangat baik dan tidak mengalami alahan seperti orang lain tetapi lebih sensitif dari biasa.
Teruja bakal menjadi seorang ayah, Remy seakan-akan tidak percaya dan perasaannya juga bercampur-baur. Turut melahirkan rasa bimbang dengan didikan yang akan diberikan kepada anaknya dengan cabaran dunia sekarang.
“Zaman dah berbeza, itulah yang buatkan saya risau nak mendidik anak. Takut tersalah didik pula tapi doakan yang baik-baik buat saya dan isteri.”
Sekadar recap, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pad 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Membesarkan anak memerlukan komitmen yang besar, bukan sahaja dari segi masa dan perhatian, malah melibatkan perbelanjaan untuk makanan, pendidikan, rawatan serta keperluan harian mereka.