Meskipun bukan anak kandung sendiri, namun kasih sayang yang ditunjukkan oleh penyampai radio, Issey tidak pernah berbelah bagi buat tiga anak tirinya.
Malah keikhlasan yang ditunjukkan Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 34, buat ketiga-tiga anaknya seringkali mendapat pujian ramai.
Malah menurut kata Issey, dia tidak pernah membezakan-bezakan anak kandung dengan tiga anak tirinya kerana sudah merasakan mereka sebahagian darah daging sendiri.
Kasih dan sayangnya buat tiga cahaya matanya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah tetap sama seperti anak kandungnya sendiri, Faaeq Fathian.
“Saya tak pernah anggap mereka anak tiri, saya anggap macam darah daging sendiri. Mereka tiada bapa dan sayalah ayah mereka malah saya sentiasa ingatkan untuk doakan ayah kandung mereka.
Ads
“Kasih sayang pula saya bagi sama rata, memang tak ada beza langsung.
Terdahulu, Issey mendirikan rumah tangga bersama Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 yang juga seorang ibu tunggal dengan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan allahyarham suaminya.
Issey dan Aimi kemudiannya dianugerahkan dengan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 31 Ogos 2021.
“Selagi pasangan ada depan mata, hargailah! Bila salah seorang tiada, baru kita akan rasa betapa sunyi tanpa insan yang kita sayang.” Ini yang diluahkan oleh Encik Khairul Abdullah, bapa kepada tiga anak lelaki yang membesarkan anak bersendirian setelah pemergian isteri pada Ogos 2019.
Jangan malu tunjuk kasih sayang
Menerusi perkongsiannya dalam Webinar Simpan SSPN x Pa&Ma, Detik Indah Bersama Si Manja, Encik Khairul Abdullah menitipkan beberapa pesanan kepada pasangan suami isteri agar jangan malu untuk menunjukkan kasih sayang.
“Macam saya sendiri, rasa rugi sangat tak ada banyak memori seperti video atau gambar dengan isteri. Sebelum ini kita rasa benda tu tak penting sangat, tapi bila isteri pergi dulu, rindu itu benar-benar buatkan hati ini sedih.
“Saya akui, bila rasa sedih sangat dan teringat arwah isteri, memang saya akan menangis. Walaupun orang kata tak elok tunjuk kesedihan depan anak tapi bagi saya cara ini tak salah.
“Ini seperti saya nak meluahkan pada anak, dan anak pun tak malu-malu untuk luahkan perasaannya. Selain itu jika anak-anak rindu ibunya, saya akan cepat-cepat peluk mereka,” katanya.
Semangat arwah isteri
Menurut Encik Khairul atau mesra dipanggil Super Daddy, kekuatannya membesarkan tiga anak adalah melalui semangat arwah isteri. Walaupun anak sulung saya seorang autism, tapi setakat ini masih lagi boleh urus walaupun ada ketikanya rasa ‘burn out’.
“Saya sanggup berhenti kerja selepas isteri pergi dan bekerja sendiri semata-mata nak urus anak. Sebab jika saya masih berkerja makan gaji, memang tak mampu nak urus sendiri dan mungkin terpaksa hantar ke kampung.
“Apabila difikirkan semula, dan ingat pesan isteri supaya membesarkan anak dengan tangan sendiri, saya nekad berhenti dan alhamdulillah rezeki untuk mereka tak putus walaupun saya melepaskan kerjaya pada gaji yang dah selesa.
“Saya nak anak-anak rapat dengan saya. Jadi bila kita ikhlas, tak semena-mena rezeki kami anak beranak sentiasa Allah permudahkan. Syukur sangat!,” kongsinya.
Arwah isteri banyak persiapkan diri jadi ayah hebat
Tambah Super Daddy ini lagi, dirinya sangat beruntung kerana sepanjang arwah isteri ada, arwah seorang yang sangat teliti. Saya tak kekok nak uruskan anak lepas dia pergi. Sebab masa arwah ada, dia dah biasakan saya buat kerja rumah dan urus anak. Alhamdulillah juga, bab memasak pun saya tiada masalah.
“Lagi satu, dia juga telah siap-siap buat simpanan untuk anak kami. Cuma yang dia tak sempat buat adalah tabungan pendidikan saja. Tapi lepas pemergiannya saya ambil keputusan membuka tabung pendidikan anak-anak demi masa depan. Sebabnya saya tak nak, bila saya juga dijemput ilahi, anak-anak terbiar. Sekurangnya bila ada tabungan, waris yang akan uruskan boleh guna untuk keperluan mereka,” ujarnya.
Dalam nada sebak, Encik Khairul turut berpesan pada suami-suami, jika isteri minta bantu, bantulah. Jangan berkira sebab kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Mana tahu kalau isteri pergi dulu, disebabkan kita tak biasa urus anak dan rumah tangga, terus hilang arah.
Jadi tak salah jika isteri nak persiapkan suaminya untuk sama-sama uruskan rumah tangga. Ambillah ini sebagai yang positif.
Hampir nak cederakan diri sebab rasa stres
Sementara itu, ketika menjawab soalan mengenai pengalaman menjaga anak ketika musim PKP, Encik Khairul menjelaskan pengalaman itu sangat strugle buatnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Tahun 2020 ketika PKP kali pertama, saya sampai tahap anxiety kerana terlalu stres dan tak boleh nak keluar rumah buat aktiviti seperti biasa. Sampai rasa stres nak pitam, sakit dada, muntah-muntah dan bangun tidur rasa berpusing.
“Apabila jumpa doktor dan beritahu saya anxiety barulah saya mula belajar untuk kawal keadaan. Mana tak nya masa ni lah kita nak buat kerja, anak pulak buat hal macam-macam dalam rumah. Boleh bayangkan bagaimana suri rumah urus anak-anak.
“Apabila tahun kedua PKP, dah boleh urus dengan baik dan kurang rasa stres. Mujur juga saya cepat jumpa doktor. Kalau biar dan berterusan tak tahulah macam mana kesudahannya
“Saya nak nasihatkan kepada suri rumah jika ada perasaan ni, mintalah suami bantu. Tak ada istilah suri rumah goyang kaki. Kadang nak duduk 15 minit pun tak sempat,” kongsinya.
TIPS SUPER DADDY BUAT PASANGAN SUAMI ISTERI
1) Bantulah isteri. Isteri tak harap suami bagi duit banyak. Sebaiknya banyak kan bantu urus rumah tangga dan anak.
2) Jangan malu nak cakap “Saya Sayang Awak.. Abang Sayang Awak”. Suami isteri kena selalu beritahu, biarpun dah kahwin lama. (Ini saya rasa ralat sangat sebab kurang beritahu pada arwah isteri)
3) Banyak ambil video dan gambar sebagai kenangan. Simpanlah untuk kenangan sebab benda ni tak boleh ulang balik dah bila salah seorang dah tak ada.
4) Sediakan kewangan untuk pasangan kita. Contoh ambil takaful atau apa yang patut sebagai persediaan untuk pasangan kita besarkan anak-anak. Ni bukan untuk suami saja tapi isteri pun kena buat jika mampu.
5) Sediakan fail setiap anak, jangan rahsiakan nombor akaun, pasword. Kongsikan juga nombor pin bank atau apa saja yang patut kita kongsi dengan pasangan. Sebabnya bila kita dah pergi dulu, semua urusan akan jadi lebih mudah. Tak payah nak sembunyi apa-apa dengan pasangan.
Nak tahu lanjut mengenai perkongsian Encik Khairul Abdullah ini, boleh klik video dibawah ini:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bimbang mood anak lari dan memburukkan momen indah, ada diantara kita memilih untuk menuruti apa sahaja kehendak anak kecil itu sedangkan hal itu tidak sepatutnya berlaku.
Disebabkan hal yang seremeh inilah anak mula menunjukkan perangainya yang bermacam-macam malah lebih mencabar situasinya untuk mak ayah tangani.
Menurut perkongsian tip dari OT, Pn Aisyah Rozalli, jika anak kecil kita menunjukkan ciri-ciri lima perkara ini, sebaiknya mak ayah bertindaklah sebaiknya lebih awal. Bimbang anak kekal dengan sifatnya yang sebegini.
5️ TANDA PERANGAI ANAK PERLUKAN BANTUAN SEGERA!
1. Menjerit setiap kali tak dapat apa yang dimahukannya.
2. Membentak dan kelihatan sangat marah bila diminta buat sesuatu.
3. Kita takut untuk larang kerana takut anak mengamuk.
4. Boleh berubah dari good mood ke mengamuk dan mengamuk ke good mood dalam waktu yang sangat singkat.
5. Kita takut dan buntu untuk tegur perangai anak kerana takut anak jadi bad mood. Hmm…
Kalau ada satu daripada senarai di atas, biasanya saya akan ajak parents untuk lihat pada perkara-perkara ini:
▶️ Ada tak moment yang parents dah cakap “tak boleh”, tapi bila anak menangis atau marah, tiba-tiba “tak boleh” bertukar jadi boleh?
Contohnya, kita kata “tak boleh aiskrim tau…”. Anak kita pun nangis… Kita tak larat tengok dia nangis, kita pun bagi aiskrim yang kita kata tak boleh tadi tu.
▶️ Ada tak waktu yang anak cakap elok-elok, kita buat tak peduli… Tapi, bila anak dah jerit, baru kita menyahut dan layan anak?
Contohnya, anak panggil kita elok-elok, kita sibuk dengan handphone. Pastu anak pun jerit “AYAH!!!!” Baru kita, “Apa dia?!”
▶️ Ada tak kita semak perkembangan kemahiran anak kita tu sesuai tak dengan umur dia? Contohnya, patut umur anak kita tu dah boleh dah makan sendiri, tapi kita tak pernah bagi dan kalau anak kita macam susah sikit nak makan sendiri, kita terus tolong.
▶️ Ada tak kita ni terlalu permisif? Apa je anak nak, kita bagi sebab rasa tak boleh kalau nak kata “tak boleh”, “tunggu”, “bukan hari ni” pada anak.
▶️ Ada tak kita ni takut sangat nak anak rasa susah? Anak tak boleh buat sikit, kita “escape” kan anak kita. Anak rasa “homework” susah, kita marah cikgu 😅 Mama ayah…
Sikap terlalu permisif dan “takut anak marah”, “takut anak susah” ni sebenarnya akan menimbulkan satu rasa negatif pada anak.
Anak akan timbul satu sifat yang dipanggil ENTITLED. Bagi mereka, semua perkara yang berlaku ada kaitan dengan mereka. Bagi mereka, apa yang mereka mahu, mereka patut dapat. Bagi mereka, apa yang mereka rasa susah, mesti dimudahkan oleh orang lain. Kasihan tau anak-anak macam ni…
Mereka akan kurang sifat ketahanan terhadap cabaran dan akan membesar menjadi manusia yang sangat mudah stress dan putus asa.
So, jom take action, parents. Kenal pasti perkembangan anak kita secara holistik kenal pasti apakah yang sihat dan tak sihat dalam menguruskan tingkah laku anak. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Semoga Allah mudahkan kita semua menguruskan anak kesayangan kita. Anak ni saham ke syurga tau. Elok kita didik, inshaaAllah jadi penyumbang doa untuk kita nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai di antara kita yang memasang car seat di seat hadapan dengan harapan agar mudah untuk menguruskan bayi ketika memandu. Namun sedarkah kita bahawa perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya kepada bayi jika berlaku kemalangan?
ELAK PASANG CAR SEAT DI SEAT DEPAN.
Kalau dah pakaikan carseat untuk anak bagus dah. Kalau pakaikan secara rear facing untuk anak bawah 2 tahun, bagus dah.
Tapi, elak pasang car seat di seat hadapan, sebab:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.