Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal serta mengakibatkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak-kanak mengalaminya. Ekzema biasanya berlaku sebelum anak berusia dua tahun.

Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak ekzema akan beransur baik apabila berumur belasan tahun bergantung pada tahap antibodinya. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Terdapat beberapa jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema , Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang paling biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

Pencetus Ekzema

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.

Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada anak ialah:

-Pendedahan kepada bulu binatang

-Penggunaan bahan kimia pada kulit

-Pemakaian fabrik sintetik-Panas dan berpeluh

-Cuaca kering dan sejuk

-Kulit terlalu kering

Kasihan Anak Merengek Gatal, Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

IKLAN

Menurut Pakar Pediatrik (Dermatologi), Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon bila anak ada ekzema ibu bapa jangan mudah terpedaya kerana tiada krim mujarab untuk menyembuhkan masalah ekzema seperti yang banyak dijual di laman sosial.

“Bagaimanapun langkah pencegahan boleh dilakukan dengan mendapat rawatan awal dari pakar kulit, menggunakan pelembap dan menjaga pemakanan supaya keadaan lebih terkawal.

“Biasanya anak yang mengalami masalah ini, kulit mereka adalah kering, bersisik dan gatal. Bukan sahaja gatal tapi amat gatal. Mereka akan mengosok dan menggaru. Apabila asyik menggaru masalah radang akan semakin serius lagi. Paling buatkan anak ekzema jadi tak selesa apabila kulit sudah luka, jangkitan bakteria berlaku dan menganggu kualiti hidup anak.

“Bila dalam keadaan ini, waktu tidur anak pasti terganggu dan akan menyebabkan seluruh ahli keluarga tak boleh nak tidur selesa. Selain itu, jika anak dah bersekolah dia mungkin tak boleh nak fokus belajar kerana ketidakselesaan yang dialami,” katanya.

Kasihan Anak Merengek Gatal, Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

BAGAIMANA MENGAWALNYA? PASTIKAN BUAT PERKARA INI!

Bila anak disahkan ekzema, ibu bapa perlu tahu ia bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, tetapi akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali.

IKLAN

Walaupun tidak mampu menyembuhkan sepenuhnya, namun sebagai langkah awal rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.

Bagi memastikan keadaan ekzema anak terkawal, ibu bapa kena pastikan beberapa faktor ini perlu dilakukan bagi memberi keselesaan pada anak.

  1. Jauhkan anak daripada faktor pencetus ekzema seperti fabrik, hama, debu, asap, produk wangi, dan haiwan peliharaan.

Faktor ini paling utama yang menyebabkan ekzema anak makin teruk. Ibu bapa kena pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dan bebas dari masalah tersebut.

Jika perlu elakkan memelihara haiwan peliharaan. Bagi penggunaan produk pewangi, disarankan menggunakan yang berasaskan sumber semulajadi.

Kasihan Anak Merengek Gatal, Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

  1. Peluh adalah musuh anak ekzema. Jangan biarkan anak sering berpeluh.

Anak ekzema yang berpeluh biasanya akan berasa gatal terutama ketika cuaca panas dan mereka sangat sensitif. Ibu bapa kena jadi lebih cerewet. Jika tak dijaga betul-betul anak akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.

Keadaan yang tak selesa ini akan buat anak lagi kerap menggaru dan sampai satu tahap boleh berdarah. Kalau boleh elakkan dari terdedah kepada persekitaran luar yang panas.

IKLAN
  1. Kalau anak merengek gatal, gosok bahagian tersebut dan elakkan anak daripada kerap menggaru.

Bagi mengelakkan keradangan kulit jadi semakin serius, bila anak merengek gatal dan asyik nak menggaru, ibu bapa boleh menggosok secara perlahan-lahan di kawasan ekzema anak.

Walaupun tak dapat nak hilangkan rasa gatal sepenuhnya, sekurang-kurangnya beri sedikit keselesaan pada anak.

  1. Tuam bahagian gatal menggunakan pek ais untuk beri kelegaan.

Pek ais juga salah satu alternatif untuk beri kelegaan pada anak jika keadaan terdesak. Ia boleh membantu legakan anak yang asyik nak menggaru sepanjang masa. Mungkin cara ini lebih mudah dilakukan di rumah.

Kasihan Anak Merengek Gatal, Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

  1. Gunakan produk mesra kulit seperti CetaphilPRO AD Derma Skin Restoring Wash.

Semasa anak mandi, gunakan Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Wash. Teksturnya yang bukan berasaskan sabun tidak akan merengsakan kulit. Malah ia menjadikan kulit lebih lembut.Elak lap badan anak dengan cara menggosok setiap kali lepas mandi.

Kasihan Anak Merengek Gatal, Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

  1. Sentiasa sapukan pelembap pada badan anak setiap kali selepas mandi.

Pakar dermatologi menyarankan individu yang ada masalah ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai. Ini bagi mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal.

Pelembap Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Moisturizer sangat membantu kulit anak! Contohnya selepas mandi, sapukan Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Moisturizer supaya kulit anak menjadi lebih lembap sepanjang hari. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan simptom-simptom ekzema seperti gatal-gatal, kulit merah dan kering.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini, mama boleh layari laman web Cetaphil di cetaphil.com.my ,Facebook: cetaphilmalaysia dan Youtube: cetaphilmalaysia

 


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI