Menurut doktor ada 8 jenis makanan yang boleh menyebabkan otak jadi bodoh jika diamalkan makan berterusan. Salah amalan pemakanan boleh memberi kesan terhadap tahap kepintaran otak kita. Bayangkan kalau kita kerap bagi anak-anak dari kecil makannya secara berterusan. Apa akan jadi pada otak anak kita?
Oleh itu sebagai ibu bapa, anda seharusnya mempunyai ilmu tentang pemakanan anak supaya tidak membiarkan si kecil terbiasa dengan makanan tak menyihatkan yang turut mengganggu tahap kepintaran mereka nanti.
Seperti kita sedia maklum, otak manusia bukan hanya berfungsi untuk berfikir sahaja tetapi ia berperanan penting bagi mengawal sistem tubuh badan manusia. Otak adalah tempat sel-sel saraf manusia berkumpul, semua saraf yang ada di dalam badan manusia akan berpusat di otak.
Jelas sekali kan betapa pentingnya peranan otak. Maka penjagaan otak anda turut merangkumi bab pemakanan kerana rupanya menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pensyarah UNIMAS dan Pengasas Otak Cerdik Otak Cerdas (OCOC) yang lebih dikenali sebagai Doktor Otak, ada beberapa jenis makanan jika kerap dimakan oleh seseorang ia boleh memberi kesan buruk terhadap otak termasuk aspek kepintaran/kebodohan!
KENAPA 8 MAKANAN INI PERLU DIELAK?
Ads
Kredit: DesignCanes.com
8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.
PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan.
PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum.
Ads
Bahasa kasarnya begini. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.
8 jenis makanan tersebut adalah:
Ads
Yogurt berperisa
Sosej
French fries
Ais krim
Mayonis
Jus buah-buahan bergula
Minuman berperisa
Salad dressing
Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.
Adakah ibu masih risau anak-anak terlalu aktif di luar rumah? Tak mahu mereka main basikal sebab takut jatuh, kotor atau penat? Sebenarnya, berbasikal bukan sekadar permainan — ia adalah salah satu aktiviti terbaik untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh anak-anak.
Kenangan zaman kanak-kanak sering terbentuk daripada aktiviti ringkas: memandang bintang bersama nenek, lompat-lompat dalam lopak selepas hujan, atau kayuh basikal ke taman bersama ayah. Aktiviti-aktiviti inilah yang memberi kesan positif, bukan sahaja kepada emosi tetapi juga kepada tubuh dan minda anak-anak.
Badan yang bergerak membantu otak bekerja lebih baik. Semasa berbasikal, aliran darah ke otak meningkat, membekalkan oksigen dan nutrien penting. Aktiviti ini juga merangsang penghasilan protein saraf (neurotrophin) yang menyokong pertumbuhan sel otak baru dan membina sambungan antara sel saraf. Dengan kata lain, anak bukan sahaja aktif secara fizikal, tetapi otak mereka juga berkembang lebih cerdas dan kreatif.
Anak zaman sekarang mudah terjebak dengan skrin — TV, telefon, tablet, permainan video. Kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan berat badan berlebihan dan masalah kesihatan lain. Berbasikal membantu mereka membakar kalori, meningkatkan metabolisme dan mengekalkan tubuh yang sihat.
Berbasikal menguatkan jantung dan sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa depan. Ia juga menolong menstabilkan gula dalam darah, mengurangkan risiko diabetes jenis 2. Semasa kayuh basikal, anak sedang melatih jantung, paru-paru, dan sistem peredaran darah mereka.
Anak yang aktif secara fizikal menghasilkan sel darah putih lebih kuat, melawan jangkitan dan mengurangkan risiko penyakit pernafasan. Aktiviti luar juga membekalkan cahaya matahari yang meningkatkan penghasilan vitamin D, baik untuk tulang dan mood mereka.
Berbasikal melibatkan hampir semua otot: kaki, punggung, perut, bahu dan belakang. Ia bantu anak mengelak sakit belakang dan masalah postur di masa hadapan. Pergerakan berulang semasa kayuh juga membantu menguatkan tulang dan sendi mereka dengan cara yang selamat dan menyeronokkan.
Berbasikal ringan pada sendi kerana badan disokong basikal. Gerakan melingkar dan berulang menambah baik peredaran nutrien ke sendi, mengurangkan risiko kecederaan.
Badan yang aktif meningkatkan hormon bahagia seperti endorfin dan adrenalin. Bayangkan anak-anak kayuh basikal sambil menikmati angin sejuk, bau bunga, cahaya matahari — mood mereka akan lebih ceria, stres berkurang dan mereka rasa lebih tenang.
Berbasikal melatih keseimbangan, koordinasi, orientasi, reaksi dan kemahiran motor halus. Anak belajar perhatikan persekitaran, dengar bunyi, rasai bau dan warna alam semula jadi. Semua ini membantu perkembangan deria dan minda mereka.
Basikal memberi anak rasa kebebasan dan berdikari sejak kecil. Sama ada ke taman, hutan atau kolam renang, mereka belajar bergerak sendiri, buat pilihan dan merasa kemerdekaan yang menyenangkan.
Berbasikal bukan sekadar aktiviti fizikal, ia juga mengukuhkan hubungan sosial. Anak yang berbasikal bersama rakan cepat membina persahabatan. Bila ibu ayah join sekali, ia juga peluang bonding keluarga: ketawa bersama, berkomunikasi dan luangkan masa berkualiti.
Ibu, jangan takut anak jatuh atau kotor. Risiko kecil itu boleh diatasi dengan pemantauan dan perlindungan asas (topi keledar, lutut & siku pelindung). Apa yang lebih penting ialah mereka belajar aktif, sihat, berdikari, dan gembira. Anak-anak yang aktif berbasikal bukan sahaja berkembang fizikal, tetapi juga emosi dan mental — ia membentuk generasi yang lebih sihat dan bahagia.
Bayangkan 10 tahun akan datang, mereka mengingat kenangan manis berbasikal bersama keluarga atau rakan-rakan. Kenangan itu akan jadi asas keyakinan, kemandirian dan kasih sayang seumur hidup.
Kalau Datin mahu, saya boleh terus buat versi FB/IG siap kapsyen trigger + hashtag supaya boleh terus post. Ia akan tarik perhatian ibu yang selalu risau nak bagi anak main basikal.
Kanak-kanak belajar bercakap melalui interaksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Proses untuk belajar bercakap dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Menurut perkongsian di instagram Dr Izzar suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, setiap perkembangan anak untuk bercakap berbeza-beza mengikut umur dan faktor lain.
Dr. Izzar juga berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa lain yang boleh digunakan bagi merangsang minat anak-anak untuk berlatih bercakap. Ikuti perkongsian penuh ini
BILA ANAK NAK BERCAKAP??
Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain-lain baik anak-anak lain. So, jangan nak compare-compare anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain start compare memang sakit hati kan?
Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenalah selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap.
Kalau parents bercakap tu, cakapla perkataan betul-betul dan jelas. So anak ikutlah. Kalau parents cakap pelat atau bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali.
Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak-banyak. Buat dia happy n bersemangat nak bercakap lagi.
Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yang lagi banyak bercakap kalau tengok upin ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diamm je tengok. Tu tak bagusla.
Lagi bagus, kenala interaktif. Kenala nyanyi-nyanyi, tunjuk gambar-gambar etc. Parents kenalah kreatif.
Ayra sekarang dah boleh cakap dan gabung perkataan dah. Menari pun suka. Alhamdulillah. #drizzarshares
Ni saya tengah guna buku belajar interaktif dari @mybababaa. Boleh belajar perkataan dalam bahasa Melayu, English, dan juga Mandarin. Belajar perkataan sambil ada gambar sebagai contoh perkataan tu.
Kalau u guys perasan, Ayra dapat kaitkan perkataan ‘oval’ dengan bentuk oval kolam dalam gambar tu. First time tu. Memang membantu dalam perkembangan.
Menurut perkongsian daripada Portal My Health pula, Menurut Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, keupayaan seseorang kanak-kanak bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.
-Faktor Persekitaran
-Faktor Kesihatan
-Faktor Genetik
Faktor Persekitaran
Rangsangan dari persekitaran kanak-kanak adalah penting dalam perkembangan pertuturan dan bahasa mereka. Orang dewasa, rakan sebaya serta persekitaran tempat tinggal penting bagi meransang pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak atau kurang menerima rangsangan pertuturan berisiko mengalami kelambatan pertuturan dan bahasa. Pengaruh rakan sebaya juga akan mempengaruhi pertuturan dan bahasa kanak-kanak.
Faktor Kesihatan
Kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah kesihatan selalunya mempunyai kemahiran bercakap yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan. Kanak-kanak kelainan upaya juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai masalah kelambatan dalam perkembangan pertuturan mereka. Ada kanak-kanak yang kerap dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan, hal ini akan mengganggu perkembangan interaksi mereka dengan ahli keluarga dan rakan sebaya. Keadaan ini boleh merencat serta melambatkan perkembangan pertuturan dan bahasa mereka.
Faktor Genetik
Kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik, ayah atau ibu yang mempunyai sejarah kelambatan pertuturan dan bahasa juga boleh mendapat masalah ini.
Perkembangan bahasa kanak-kanak yang normal
0-3 bulan
Kanak-kanak mula belajar bercakap seawal usia 0-3 bulan. Pada waktu ini kanak-kanak telah menunujukkan minat untuk berinteraksi dengan orang dewasa dengan memberikan senyuman mahupun ketawa.
4-6 bulan
Kanak-kanak berusia 4-6 bulan biasanya akan mula mengeluarkan bunyi vokal. Pada waktu ini permainan vokal merupakan cara kanak-kanak belajar untuk bercakap.
6-8 bulan
Pada usia 6-8 bulan kanak-kanak telah mula menghasilkan suku kata yang berulang seperti “mama”, “dada” atau “papa”. Walaupun suku kata tersebut belum bermakna tetapi kanak-kanak telah mula berinteraksi dengan orang dewasa dengan menghasilkan suku kata.
8-12 bulan
Pada usia 8-12 bulan perkataan pertama biasanya akan muncul, contohnya: mama, nenen(susu). Selalunya kanak-kanak pada usia ini telah mempunyai pemahaman bahasa yang baik seperti boleh mengikut arahan-arahan yang mudah.
18-24 bulan
Selalunya kanak-kanak yang berusia 18-24 bulan telah mula menggunakan 2 patah perkataan dalam pertuturan mereka, contohnya; nak air, dah habis.
3 tahun
Apabila kanak-kanak mencapai usia 3 tahun mereka selalunya telah mula membuat ayat lengkap sekurang-kurangnya 3 patah perkataan dalam satu ayat. Kanak-kanak juga telah memahami dan menggunakan kata kerja dalam ayat yang dituturkan. Contoh; adik nak tidur, abah pergi kerja.
4 tahun
Apabila usia kanak-kanak tersebut mencapai 4 tahun mereka telah mula menggabungkan ayat-ayat ringkas menjadi ayat-ayat yang lebih kompleks. Di sini, faktor persekitaran seperti pergaulan dengan rakan sebaya banyak membantu dari segi pertambahan perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran naratif atau kemahiran bercerita.
Tips Membantu Kanak-kanak Belajar Bercakap
Stimulasi bahasa dan pertuturan adalah sangat penting dalam membantu kanak-kanak belajar bercakap. Ibu bapa yang selalu berinteraksi dengan anak-anak semasa mereka bermain, menonton televisyen atau melakukan aktiviti seperti membaca akan dapat membantu kanak-kanak untuk belajar bercakap serta menambah kemahiran-kemahiran baru yang dapat menggalakkan perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak.
Biarkan anak anda memilih jenis mainan atau topik perbualannya sendiri
Langkah-langkah untuk memberi anak peluang memilih:
-Perhatikan minat anak anda supaya anda dapat menarik minat mereka semasa berinteraksi
-Tunggu, beri masa untuk anak anda memberi respons. Ini membenarkan anak anda memproses apa yang anda cakap
-Dengar bunyi, perkataan atau ayat yang anak anda hasilkan supaya anda faham apa yang ingin anak anda sampaikan
Ikut minat anak anda apabila anak anda telah memulakan interaksi sama ada dengan perkataan, bunyi atau isyarat badan. Anda perlu mengikut minat anak anda. Anda boleh mengikut minat mereka dengan:
-Ikut serta bermain bersama-sama anak anda
-Tiru bunyi atau perkataan yang dihasilkan oleh anak anda
-Terjemah bunyi atau isyarat badan anak anda
-Beri komen pada perbuatan yang sedang anak anda lakukan
-Mengambil giliran untuk memastikan interaksi berterusan
-Perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan interaksi berterusan
-Sesuaikan giliran anda dengan anak anda. Komunikasi yang seimbang memerlukan anda mengambil kira kesesuaian panjang giliran anak anda, rentak anak anda serta minat mereka
-Beri bantuan kiu untuk anak anda mengambil giliran
-Ekpresi muka seperti tersenyum atau mengangkat kening
-Sentuhan atau tunjuk seperti sentuh tangan atau tunjuk pada mereka apa yang diinginkan
-Tanya soalan seperti “giliran siapa sekarang?”
-Tanya soalan yang sesuai sewaktu berinteraksi dengan anak anda. Pastikan anak anda faham dengan soalan anda.
-Gunakan rutin harian untuk mengambil giliran dalam berinteraksi seperti sewaktu makan bersama.
-Tambahkan perbendaharaan kata sewaktu berinteraksi
-Anda boleh membantu menambahkan perkataan baru semasa anda berinteraksi dengan anak anda. Tambahkan bahasa dengan:
-Beri anak anda perkataan. Jangan terlalu mengharap atau menekan mereka untuk meniru anda
-Guna pelbagai perkataan seperti kata kerja, kata nama atau perkataan yang menerangkan perasaan
-Tambahkan apa yang mereka sebut, tiru apa yang mereka sebut atau tambah beberapa perkataan lain untuk membuatkan masej anak anda lengkap
-Berkomunikasi dalam aktiviti seharian anda. Berkomunikasi sewaktu bermain dengan anak anda. Anda juga boleh berkomunikasi sewaktu membaca buku dengan anak anda atau sewaktu mendengar muzik.
Oleh itu, luangkan masa anda untuk membantu anak-anak anda belajar bercakap. Berikan persekitaran yang kondusif supaya anak anda boleh belajar bercakap. Sekiranya anak anda tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan lanjut di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran. Tindakan awal dapat mencegah anak anda dari mengalami kelambatan pertuturan dan bahasa.
Rujukan
Cooke, J & Willian, D. 1985. Working with Children’s Language. Bicester. Winslow Press
Pepper, J & Weitzman, E. 2004. It Takes Two to Talk. Canada. A Hanen Centre Publication
7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang bukan sekadar teori keibubapaan, tetapi panduan praktikal yang boleh membantu ibu bapa membentuk anak yang berjaya bukan sahaja di sekolah, malah dalam kehidupan. Hakikatnya, membesarkan anak bukan seperti mengikuti manual satu buku untuk semua.
Ada ibu ayah yang tegas, ada yang lembut, dan ada juga yang menggabungkan kedua-duanya mengikut situasi. Setiap anak pula hadir dengan personaliti berbeza perangai lain, cara belajar lain, dan cara menerima kasih sayang juga berbeza. Sebab itu pendekatan untuk anak sulung tidak semestinya sesuai untuk anak bongsu.
Dalam dunia sebenar, ilmu keibubapaan bukan ilmu yang ada silibus tetap. Ia kemahiran hidup yang perlu dipelajari dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Melalui perkongsian Dr. Fadzilah Kamsah, terdapat beberapa asas penting yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa.
Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
Bersoal jawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari.
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah…
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.