Kisah rumah tangga pelawak sensai, Shuk Sahar, 39, dan isterinya, Fara Salleh, dilihat semakin meruncing apabila Fara memuat naik beberapa hantaran yang mencuri perhatian di Instagram Story (IGs) miliknya.

“Kau Nampak Apa Kau Buat Ni….?” Fara Salleh ‘Meletup’ Surat Beranak Elaine Tiada Maklumat Bapa

Dalam salah satu perkongsian, Fara turut memuat naik gambar sijil kelahiran anak perempuan mereka, Elaine Nada, yang baru sahaja dilahirkan. Apa yang mengejutkan, sijil tersebut tidak memaparkan sebarang maklumat mengenai bapa.

Difahamkan, situasi ini berpunca daripada kegagalan Shuk untuk mendaftarkan pernikahan mereka yang berlangsung di Thailand pada 23 November 2023, di Malaysia. Akibatnya, ruang maklumat bapa dalam sijil kelahiran Elaine diisi dengan catatan “tiada maklumat diperolehi”.

Ads

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama hantaran tersebut, Fara dilihat meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan tindakan Shuk yang menyebabkan anak mereka terpaksa berdepan implikasi daripada kegagalan pendaftaran tersebut.

“Kau nampak apa kau buat? Ini surat beranak Elaine. En Sahar kau nampak apa anak kau buat??” ujarnya menerusi perkongsian itu.

Ads

Terdahulu, Fara berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulungnya pada 26 Jun lalu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. Dalam perkongsian itu, Fara turut memaklumkan bahawa beliau menamakan bayi perempuannya dengan nama Elaine Nada.

Bayi seberat 2.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan caesarean pada jam 6.10 petang di sebuah pusat perubatan tempatan .

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fara Salleh (@f.zzatys)

Fara turut menyatakan bahawa beliau menghadapi cabaran sepanjang proses kehamilan dan kelahiran tanpa kehadiran suami di sisi. Beliau dimasukkan ke hospital dua hari lebih awal selepas pemeriksaan mendapati air ketuban berkurangan dan bayi mengalami penurunan berat badan akibat masalah uri .

Sebelum ini, pada April 2025, Fara mendakwa Shuk telah melafazkan cerai talak satu terhadapnya melalui panggilan telefon ketika berada di Thailand. Lafaz cerai tersebut dikatakan dibuat di pejabat agama Satun, Thailand, tempat mereka bernikah .

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads