Kulit kemerah-merahan terutamanya di bahagian pelipat seperti leher, lengan termasuk juga muka memang sering terjadi kepada bayi yang masih kecil. keadaan tersebut yang dikenali sebagai ruam peluh yang biasa berlaku kepada masyarakat yang tinggal di negara panas dan lembab seperti Malaysia.

Satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook miliknya, doktor umum ini menerangkan apa itu ruam peluh dan jenis-jenisnya. Dalam perkongsian tersebut juga, Doktor ini turut memberikan beberapa tip untuk merawat ruam peluh yang dihadapi oleh bayi anda.

Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan, Doktor Terangkan Ada 3 Jenis Ruam Peluh & Cara Merawat Dengan Berkesan!

RUAM PELUH

Keadaan penyakit ini dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”. Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca yang panas dan lembap.

Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca masalah ini ialah apabila kelenjar peluh tidak dibentuk dengan sempurna atau pengaruh makanan yang menyebabkan ia mudah tersumbat. Maksudnya terdapat sumbatan pada saluran dari kelenjar peluh ke permukaan kulit.

Bergantung kepada di mana punca sumbatannya, miliaria terbahagi kepada tiga iaitu Miliaria Crystalline, Miliaria Rubra dan Miliaria Profunda.

IKLAN

Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan, Doktor Terangkan Ada 3 Jenis Ruam Peluh & Cara Merawat Dengan Berkesan!

1. MILIARIA CRYSTALLINE

Sumbatan saluran peluh berada di permukaan kulit. Selalunya pesakit mengalami kulit yang mempunyai seperti kutil-kutil kecil di kulit. Biasanya tiada ruam dan gatal.

2. MILIARIA RUBRA

IKLAN

Bintik-bintik merah yang biasa berlaku di lipatan lengan, atau tangan dan lengan, di dada, leher dan bahu. Sumbatan pada permukaan kulit yang lebih dalam sehingga menyebabkan kebocoran peluh ke dalam lapisan epidermis, sehingga menyebabkan reaksi keradangan. Ia sering disertai dengan gejala tetapi dalam kawasan terjejas kurang berpeluh kerana kebanyakan peluh ‘bocor’ di dalam permukaan kulit. Selalunya berlaku pada lelaki yang berumur kurang 40an.

3. MILIARIA PROFUNDA

Ruam peluh yang paling teruk ialah miliaria profunda, kerana ia mudah merebak ke suatu kawasan tubuh dan pesakit akan mengalami rasa panas seperti terbakar. Ini kerana sumbatan berlaku pada lapisan yang lebih dalam. Ruam dan rasa gatal berlaku dengan cepat apabila saja peluh mula keluar.

Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan, Doktor Terangkan Ada 3 Jenis Ruam Peluh & Cara Merawat Dengan Berkesan!

Bagaimana Merawat Ruam Peluh?

IKLAN

Bergantung kepada peringkat sumbatan itu berlaku, semakin dalam sumbatan itu berlaku semakin sukar untuk mengelak masalah ini ketika seseorang itu berpeluh.

Berikut adalah beberapa tips yang membantu :

  1. Pastikan kulit sentiasa sejuk dan kering.
  2. Boleh gunakan beberapa kream yang membantu masalah ini jika berlaku. Saya cadangkan kream aloevera atau kream aquous. Kedua-dua ini boleh dibeli di farmasi.
  3. Minum air sebanyaknya dan segera mandi apabila selesai berpeluh.
  4. Jangan biarkan kulit yang ruam itu menjadi kering, dan bernanah. Ini adalah tanda jangkitan kuman bakteria.
  5. Elakkan menggunakan kream yang berasaskan minyak (oil based) tetapi dapatkan kream yang berasaskan air (water based).
  6. Pakai pakaian yang lebih longgar bagi pengudaraan.Bagi ubat-ubatan pula, tiada ubat yang boleh merawat masalah ini secara spesifik. Ini kerana semakin dalam sumbatan itu semakin sukar untuk dirawat. Doktor selalunya memberikan ubat antihistamine seperti Loratidine atau Piriton bagi mengurangkan kegatalan saja, bukan menghilangkan sumbatan yang berlaku. Jika ia tidak berkurangan selepas sebulan, saya mencadangkan agar bertemu dengan pakar kulit (dermatologist).

    #HealthDrZubaidi

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI