Pandemik Covid-19 memang memberi impak yang sangat besar dalam pelbagai aspek dan tidak terkecuali untuk proses ibu-ibu yang bakal melahirkan permata hati mereka.
Prosedur bersalin di hospital kini amat ketat terutamanya di hospital kerajaan.

Dahulu suami boleh menemani isteri ketika proses bersalin tetapi kini tidak dibenarkan atas faktor keselamatan termasuk untuk mengelakkan risiko penularan jangkitan Covid19. Perkongsian ibu, Hasniza Hussain melalui pengalaman bersalinnya baru-baru ini boleh dijadikan panduan untuk ibu yang sedang menunggu masa melahirkan anak.

SUSAH TAK BERSALIN DI HOSPITAL MASA PANDEMIK COVID-19?

Sis sebagai seorang ibu juga mempunyai pengalaman mengandung dan melahirkan bayi ketika pandemik ini dan tidak menafikan sedikit terkejut dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Namun suka atau tidak, kita perlu patuh demi keselamatan diri, bayi dan semua.

Kawan Dalam Wad Ibarat ‘Adik Beradik’. Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Bersalin Musim Covid

Emosi mesti kuat

Jom sis kongsi pengalaman. Sis selamat melahirkan bayi lelaki pada 30 Mac lalu (tarikh due date) dan sehari sebelumnya sis ke hospital (hospital kerajaan) untuk rawatan rutin ibu mengandung.

Ketika itu sis masih okey, tak rasa sakit atau kontraksi. Selepas diperiksa doktor, doktor maklumkan bayi sis sangat besar iaitu 3.8 kilogram dan ini sedikit berisiko jika sis mahu bersalin normal. Imbasan kedua dilakukan pula oleh ketua doktor pakar dan kali ni lebih mengejutkan bila doktor cakap, “Berat bayi awak ni 4.2kg tapi ini hanya anggaran, ia tidak semestinya tepat”.

Doktor terus arahkan untuk admitt wad dan bagi opsyen untuk sis fikir sama ada mahu bersalin normal atau melalui pembedahan tetapi dimaklumkan kedua-duanya tetap mempunyai risiko kepada sis dan bayi.

Namun akhirnya sis memilih untuk bersalin normal sebab pengalaman sis ketika melahirkan anak ketiga dahulu, situasi sama berlaku. Doktor kata, “bayi awak BESAR GILE”ni tp at last bila keluar, 3.1 kg je. So base on that, ‘naluri seorang ibu’ kuat mengatakan kali ni pasti sama dan ia terbukti apabila bayi sis lahir dengan hanya seberat 3.5kg jer..Taktaulah apa yang berat nau-nau masa sebelum bersalin tu.

Masa tu suami memang tidak dibenarkan menemani sis di bilik bersalin dan sebenarnya kami sudah tidak dapat berjumpa selepas sis diminta untuk masuk ke wad untuk persediaan bersalin pada petang 29 Mac lagi (selepas check up rutin dan pengesahan keadaan bayi).

Kawan Dalam Wad Ibarat ‘Adik Beradik’. Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Bersalin Musim Covid

So masa tu, suami balik rumah ambil barang-barang sis+baby dan belikan makanan sebab sis tak sempat lunch lagi hari tu. Apabila suami datang semula ke hospital, kesemua barang itu hanya boleh diletakkan ke dalam kotak yang disediakan di kaunter lobi sahaja dan kemudian pengawal keselamatan di situ akan membawa barang-barang tersebut ke tingkat/wad sis ditempatkan.

IKLAN

Suami tidak dibenarkan berjumpa sis kerana SOP, malah makanan yang suami ‘tapaukan’ juga tidak dapat diserahkan kerana hanya makanan kering seperti biskut, roti, air kotak sahaja yang dibenarkan. Makanan yang dimasak dari luar kini tidak boleh diberikan kepada pesakit/yang menerima rawatan di hospital.

Seriously sis kelaparan gila masa tu sebab pagi tu hanya sempat makan biskut sebelum check up dan planned nak lunch lepas settle check up. Check up pula dragged sampai ke jam 2 lebih dan dimaklumkan kena admitt ward pula, kelam kabutlah. Nak pegi makan sekejap pun dah tak sempat sebab masa tulah kena buat swab test, CTG dan sbgnya. *SWAB TEST* wajib ye untuk ibu-ibu bersalin pada musim pandemik ni.

Bila dh naik wad, husband belum sampai lagi untuk bawa segala mak nenek barang. Masa sis sampai dekat wad pula waktu mkn hospital dah lepas, so tak ada makanan. Tunggu nasi suami tapaukan, last2 tak dpt makan juga sbb tak dibenarkan bawa makanan luar.

Nasiblah nurse tolong carikan makanan hospital, mujur ada lebih. Bila tgk makanan hospital memang nak menangis, korang tahukan rupa dan rasa makanan hospital macam mana? Tapi what to do, makanlah juga walaupun tak sedap sebab fikir baby lapar dah seharian tak makan.

Bila barang yang suami hantar dah sampai, terus buka beg baby sebab dah letak siap-siap dlm tu sebelum ni bawang putih goreng untuk makan berpantang. So selera sikit makan, walaupun x berapa kenyang.

Kawan-kawan dalam wad ibarat ‘adik beradik’

Dekat wad pula, sis duduk bilik yang ada tiga lagi ibu mengandung lain. Ada seorang tu memang dah selamat bersalin tetapi dah lebih seminggu masih warded sebab dia masuk hospital sebelum bersalin lagi, kemudian perlu stay untuk habiskan antibiotik dan sambung lagi kerana anaknya disahkan kuning (jaundice).

Imaginelah betapa struggle dan stress-nya dia, tambah lagi itu bayi pertama. Dalam tempoh tu pula dia tak boleh jumpa suami atau ahli keluarga, dengan pengalaman tak ada lagi, susu tak keluar (ini masalah juga).

IKLAN

Dia asyik menangis and kami keep pujuk dia, bagi semangat sebab kami risau nanti kalau dia stress takut pula meroyan. So inilah perkara yang ibu-ibu kena get ready and be prepared, tak kisahlah korang ibu pertama atau yg sudah berpengalaman..
sebab when this happen, sapa-sapa pun boleh kecundang kalau tak kuat fizikal dan mental.

Dalam keadaan mcm tu, bila tak ada sokongan orang tersayang di sisi memang kita akan cepat lemah dan rasa berseorangan.

Berbalik kepada cerita bersalin tadi, sis bersalin jam 4.20 pagi dan dapat naik ke wad semula jam 8 lbh..Lama ‘bertapa’ dkt labour room sambil pegang baby atas dada. Dah naik ke wad tu barulah boleh call husband beritahu dah selamat bersalin and minta dtg hospital.
Ha korang jgn berangan dpt jumpa husband ye, lambattttt lagiiiii.

Bila husband sampai, nurse dan pengawal keselamatan akan bawa baby keluar wad untuk diazankan. Lepas dh selesai, bye2. Baby akan dibawa masuk semula dan husband masih tak boleh jumpa isteri.

In my case, sebab baby and ibu tak ada masalah selepas bersalin, so kami boleh keluar wad hari yang sama. So, masa nak keluar tulah br suami dibenarkan masuk. Kalau idok sapa nak angkat segala mak nenek barang tu.

Kawan Dalam Wad Ibarat ‘Adik Beradik’. Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Bersalin Musim Covid

My roommates yang first mom tu sedih gila tgk sis yg br je smlm msk hospital, tp hr ni dah keluar. Kesian pula dkt dia. Sis pegi salam, peluk dia and pesan jangan nangis-nangis, kena kuat. Semuanya akan baik-baik nanti. Harap-harap she’ll be fine.

Yang dua lagi, i knew dorang okay and wish them luck too dengan kandungan mereka. Semoga kedua-dua mrk mendapat zuriat yang dah lama mereka usahakan.

IKLAN

Perlu sentiasa bersedia

So, kesimpulannya susah ke tak bersalin masa pandemik ni terpulang kepada perspektif individu itu sendiri. Bagaimana mereka melihat, menghadapi dan menangani. SOP setiap hospital juga bukan sama, mungkin ada kelonggaran di hospital kerajaan yang lain dan tak sama seperti yang sis lalui. Begitu juga kalau bersalin di hospital swasta pasti SOP-nya berbeza. Kalau tak silap di hospital swasta suami masih boleh menemani isteri bersalin tetapi perlu jalani swab test.

Buat ibu-ibu yang bakal bersalin, jaga diri dan be prepared dengan semua keadaan ye sebab kita takkan dapat jangka apa yang akan berlaku sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Bagi yang dah selesai macam sis, mungkin boleh share pengalaman masing-masing. Mana tahu boleh jadi panduan/semangat kepada yang lain.

Love&Stay safe everyone!

Kredit: Hasniza Hussain (Bebimora_LilyRose Shop)

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Kawan Dalam Wad Ibarat ‘Adik Beradik’. Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Bersalin Musim Covid

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI