Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengambilan asid folik sememangnya cukup penting untuk ibu hamil. Ia sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelakkan kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD).
Pun begitu, selain diambil dalam bentuk pil, pemakanan dari sumber makanan yang mengandungi folik asid yang tinggi boleh anda ambil setiap hari sepanjang hamil dan sebagai persediaan untuk hamil. Apa jenis makanannya?
Berikut merupakan panduan pemakanan untuk anda.
1. Salmon
Salmon adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia ini. Ikan berlemak popular ini sarat dengan nutrien dan boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit. Selain rasanya yang sedap, ikan ini juga serba boleh dan banyak didapati, malah salmon juga merupakan ikan yang mengandungi asid folik.
Menurut sumber kesihatan, jumlah asid folik tertinggi terdapat dalam ikan salmon dan salmon chinook yang mengandungi 35 ug asid folik setiap 100g.
2. Pisang
Jadikan pisang buah wajib ada di rumah anda kerana pisang mengandungi asid folik yang tinggi dan mudah membantu memenuhi keperluan harian ibu. Pisang sederhana boleh membekalkan 23.6 mcg folat, atau 6% daripada DV. Pisang juga kaya dengan nutrien lain, termasuk kalsium dan vitamin B6. Wajib ambil!
3. Telur
Makanan dengan nutrisi lengkap seperti telur juga patut menjadi pilihan ibu hamil. Selain tinggi asid folik, telur mengandungi khasiat lain seperti protein, selenium, riboflavin dan vitamin B12.
Selain itu, ia tinggi dengan lutein dan zeaxanthin, 2 antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko gangguan penglihatan mata.
4. Ketam
Jangan ditolak kerana ketam merupakan salah satu jenis makanan laut yang mengandungi asid folik dengan menyediakan 37 mikrogram folat untuk setiap hidangan 3 auns. Keraplah makan ketam namun jangan berlebih-lebih.
5. Kubis Brussels
Kubis Brussels penuh dengan vitamin dan mineral, terutamanya asid folik. Walaupun harga sedikit mahal, hidangan setengah cawan (78 gram) kubis Brussels yang dimasak boleh membekalkan 47 mcg folat, atau 12% daripada pengambilan harian. Sayuran ini juga merupakan sumber kaempferol yang hebat, antioksidan yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.
6. Buah citrus
Selain sedap dan kaya dengan rasa, buah-buahan seperti oren, belimbing dan limau kaya dengan folat. Hanya sebiji oren besar mengandungi 55 mcg folat, atau sekitar 14% daripada pengambilan harian.
7. Avokado
Menurut laporan dari Pusat Data Makanan, separuh daripada avokado mentah mengandungi 82 mcg folat, atau sekitar 21% daripada jumlah yang anda perlukan sepanjang hari. Di samping itu, avokado kaya dengan kalsium dan vitamin K, C, dan B6. Wajib ambil!
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat setiap ibu, detik menanti kelahiran adalah saat yang penuh dengan debaran. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad, yang kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata ketiganya. Namun, berbanding rasa teruja, Uyaina mengakui hatinya sarat dengan ketakutan kerana perutnya bakal dibedah untuk kali ketiga melalui proses pembedahan caesarean.
Dalam perkongsian di Threads, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, mengimbas kembali pengalaman melahirkan anak sulung secara caesarean kecemasan, manakala anak kedua pula melalui pembedahan yang dirancang. Kali ini, sekali lagi dia perlu menempuh laluan yang sama.
“Bila duduk sorang-sorang, teringat ketakutan nak bersalin. Saya dah dua kali caesar. Pertama sebab kecemasan, kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga. Tiga kali perut akan dibedah.
“Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang,” kongsinya.
Menurut Uyaina, setiap kaedah melahirkan sama ada normal mahupun pembedahan tetap mempunyai risiko tersendiri. Justeru, sebagai seorang ibu, dia hanya mampu berdoa agar proses yang bakal dilalui nanti berjalan dengan lancar.
“Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50. Dan ketakutan itu adalah benar. Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar. Itu saja yang boleh dilakukan,” katanya lagi.
Hakikatnya, apa yang diluahkan Uyaina adalah realiti yang dialami ramai ibu di luar sana. Perasaan takut, cemas dan bimbang menjelang pembedahan adalah sangat normal, apatah lagi jika ia melibatkan pembedahan berulang.
Doktor biasanya akan memantau tahap kesihatan ibu, kedudukan rahim serta parut lama sebelum meluluskan pembedahan kali ketiga atau lebih. Namun, ibu tetap memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang besar untuk melalui proses ini.
Dalam situasi seperti ini, sokongan suami dan keluarga amat penting. Kata-kata semangat, doa serta kehadiran insan tersayang mampu memberi ketenangan kepada seorang ibu. Uyaina sendiri sebelum ini pernah berkongsi bagaimana doa dan sokongan daripada suaminya, Raja Syahiran, menjadi penguat semangat untuknya.
Setiap kelahiran adalah perjuangan besar seorang ibu. Sama ada melalui jalan normal atau caesarean, pengorbanan yang dilalui tidak pernah kecil nilainya. Semoga proses kelahiran Uyaina Arshad kali ini dipermudahkan Allah, dan menjadi inspirasi buat ibu-ibu lain bahawa ketakutan itu bukan kelemahan, sebaliknya tanda seorang ibu itu begitu tabah.
💖 Pa&Ma percaya, bila ibu kuat, anak-anak juga akan membesar dengan penuh kasih dan kekuatan.
Depresi seorang isteri ibarat api dalam sekam, silap hari bulan anak boleh jadi mangsa. Sikap wanita yang suka berdikari dalam segala hal menyebabkan suami lepas tangan dengan alasan tidak mahu terlalu memanjakan.
Menurut Encik Akhtar Syamir @ Bro Ohsem, ada netizen di kalangan wanita yang bergelar ibu pernah meninggalkan komen yang amat menyedihkan pada posting Facebook beliau kerana desakan depresi yang melampau.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Kes 1. “Saya pernah cuba lemaskan dia dalam besen…Hampir hilang dah dia…”
Kes 2. “Saya rasa saya ada penyakit meroyan. Sampai tahap pukul anak – anak saya. Saya takot sangat, tido malam pun sampai meracau…”
Itu antara kata – kata dua orang Ibu kepada saya.
Kes 1 sudah di tahap genting, kes 2 pula adalah adalah permulaan kepada depresi yang teruk. Jika kita masih ingat, pada bulan Jun baru – baru ini negara dikejutkan dengan kejadian seorang ibu mengelar anaknya yang berumur 1 tahun sehingga meninggal dunia.
Apa sebenarnya depresi?
Depresi ialah satu penyakit yang serious tetapi biasa terjadi. Ia akan memberi kesan terhadap perasaan seseorang, cara berfikir dan perilakunya. Depresi akan menyebabkan perasaan sedih yang teruk dan seperti kehilangan harapan.
Tanda – tanda depresi
✔ Perasaan sedih dan tertekan
✔ Hilang perasaan seronok kepada sesuatu yang pernah disukai
✔ Perubahan selera makan (berat naik atau turun)
✔ Masalah untuk tidur atau tidur yang berlebihan
✔ Kehilangan tenaga dan kepenatan
✔ Sentiasa membuat pergerakan tangan seperti kegelisahan atau mundar mandir
✔ Pergerakan dan percakapan menjadi perlahan sehingga disedari oleh orang lain
✔ Rasa bersalah atau rasa tidak berguna
✔ Mempunyai masalah untuk berfikir, memberi tumpuan atau masalah untuk membuat keputusan
✔ Ada memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri
Jika anda sering mengalami tanda – tanda seperti ini lebih dari jangkamasa 2 minggu, cepat – cepatlah dapatkan bantuan pakar.
Menurut kajian, depresi lebih banyak terjadi kepada wanita berbanding lelaki.
Di sini datangnya bahaya depresi seorang isteri dan ibu. Kerana ianya dikhuatiri akan membahayakan anak – anak. Di dalam konteks kaum Melayu, kita namakan ini sebagai meroyan.
Selain genetik dan personaliti asal, faktor persekitaran juga menyumbang kepada terjadinya depresi. Sama ada di tempat kerja atau di rumah.
Mari kita fokus kepada faktor di rumah. Di samping karenah anak – anak, tidak dinafikan depresi boleh berpunca dari suami sendiri.
SAYA TIDAK BUAT APA PUN!
Bila seseorang ibu mengalami depresi, jika ditanya kepada si suami mengapa isteri begitu, pasti jawapannya “saya tak buat apa pun !”. Sebenarnya itulah antara penyebabnya. Tidak buat apa – apa pun.
Ini pendedahan sikap suami yang boleh menyumbang kepada penyebab depresi.
TIADA KERJASAMA URUS RUMAH
Pinggan makan sendiri jarang sekali dibasuh. Dapur pun jarang usik. Berat tangan untuk bantu kosongkan sinki selepas isteri penat memasak.
Tandas tidak terjaga. Sentiasa si isteri yang akan mencucinya. Kalau 3 bulan, 3 bulan la kotor macam tu.
Rumah pula dibiarkan bersepah tidak bersapu dan berkemas sehinggalah isteri yang selesaikan semuanya. Bila ada tetamu nak datang pun masih santai dan biar isteri terbongkok – bongkok mengemas demi menjaga maruah keluarga.
Ada yang sehingga anak ke 5 baru belajar menggunakan mesin basuh. Itu pun kerana terpaksa. Lipat kain pastu satu perkara yang sangat asing.
Jangan cerita bab tanggungjawab. Kerja – kerja rumah ini bukan 100% terletak kepada isteri. Berhenti jadikan ia alasan murahan untuk menjadi lelaki yang pemalas.
TIDAK PEDULI PELAJARAN ANAK
Ada juga yang mengadu kepada rakan – rakan bagaimana suami mereka langsung tidak ambil peduli mengenai pembelajaran anak dan membiarkan si isteri menguruskan segalanya. Ini sememangnya akan menambahkan beban mental kepada isteri. Ini bukan lagi soal membuka aib, tetapi ini telah masuk ke kategori mendapatkan bantuan dan nasihat.
KEPERLUAN ROHANI ISTERI
Masuk pula bab “Keperluan Rohani” pula. Ini bukan keperluan asas seperti makan dan pakai. Tetapi keperluan dalam diri isteri. Keperluan supaya suami menjadi seorang suami kepadanya.
Contoh keperluan rohani isteri adalah seperti menjaga isteri, membelai isteri, meneman isteri, menjadi penglipur lara isteri, ada bila saat diperlukan, memeluk isteri bila semangatnya jatuh dan lain – lain lagi. Nampak macam banyak kan? Tapi ketahuilah yang isteri sentiasa sedia untuk buat lebih dari ini.
ALANGKAH BAGUS KALAU SUAMI ADA DISISI
Saya pernah nampak dengan mata saya sendiri bagaimana seorang ibu membawa 3 orang anak termasuk 1 bayi untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan. Dengan hujan yang agak renyai, hanya yang bayi berada di dalam stroller yang tertutup tetapi tidak sepenuhnya manakala dua lagi anak kecil beliau rapat mengikuti di belakang berjalan kaki sendikit mendaki untuk ke pintu klinik kesihatan. Saya hanya sempat mengangkat stroller bayi beliau sahaja.
Betul, ibu dan isteri ini pandai berdikari. Tetapi alangkah bagusnya jika ada suami di sisi untuk membantu? Kita boleh bersangka baik, mungkin suaminya outstation dan sebagainya. Tetapi kesusahan itu tetap si isteri perlu tanggung seorang diri. Pandai berdikari tak semestinya perkara semua jadi senang bagi mereka.
Percayalah, kalau suami buat atau sekurang – kurangnya cuba untuk memenuhkan gelas keperluan rohani si isteri, usah kata depresi, berkerut kening dan mengeluh pun akan sukar terjadi.
SUAMI BOLEH JADI SALAH SATU PUNCA DEPRESI ISTERI
Jadi, adakah suami boleh menjadi punca isteri atau ibu menghidap depresi? Jawapannya YA.
Namun begitu, suami juga boleh menjadi punca kepada isteri yang bahagia, yang penyayang, yang setia dan yang menjadi ibu yang baik untuk anak – anak.
Anda sebagai suami nak pilih menjadi punca yang mana satu? Punca depresi atau punca kebahagiaan? Pilihan di ego masing – masing. Jangan sesekali memandang ringan depresi isteri.
Kepada yang tidak melalui pengalaman – pengalaman yang tidak baik sebegini diharap jangan mengecam mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini setiap hari. Kita tidak berada di tempat mereka. Kita tidak tahu apa yang mereka rasa.
Semoga keluarga kita dilindungi dari kejadian – kejadian yang buruk.
Jika mahu, tinggalkan kata – kata semangat buat Puan yang pm saya ni supaya dia boleh baca dan tenangkan hatinya. Saya sudah pm link artikel ini kepada beliau.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...