Kekecewaan sesetengah kaum ibu yang membawa makanan ke sekolah bersempena jamuan atau potluck hari raya sepanjang Syawal ini mengundang pelbagai persepsi ramai.
Seorang ibu, Hayati Ismail tampil berkongsi pendapat beliau agar ibu-ibu lebih terbuka dalam memilih soal makanan ketika di bawa sekolah.
Sebelum memutuskan apa jenis makanan yang hendak di bawa, perlu kenal pasti terlebih dahulu apa kanak-kanak suka.
Khas untuk Ibu dan Bapa. Kalau ada potluck di sekolah, ini nasihat saya.
1. Ikut apa kanak-kanak nak makan, bukan ikut tekak kita atau ikut gathering mak-mak. Jangan terasa hati kalau makanan yang dikirimkan tidak disentuh.
2. Benda paling laku keras – brownies, kek batik, nuggets, chocolate cookies, karipap, sausage. Yes, ada parents kata itu makanan tidak sihat tapi sihat ke tak, itulah yang kanak-kanak suka.
Ads
Tak perlulah bagi kek pisang, agar-agar, puding bagai, memang kanak-kanak ni tak minat. Senang cakap, bagi dia orang benda dia tak jumpa kat rumah selalu.
3. Kalau rasa tak mampu nak sediakan apa-apa, boleh je sponsor air kotak, pinggan makan, cawan pakai buang, tisu.
4. Paling senang, bagi sumbangan ke guru kelas, bagi dia tambah apa-apa patut.
Gambar hiasan: Puteri Nurul Husna
Jangan rasa tertekan bila ada potluck. Minta cikgu buat senarai apa yang parents boleh bawa ikut kategori, parents isi nama anak dan juadah.
Kita pun senang kita tengok apa yang sesuai, contoh:
DESSERT
MAKANAN BERAT
KUIH MUIH
MINUMAN
PINGGAN, SUDU GARFU, CAWAN
Ads
Setiap tahun kita baca kisah sedih juadah tak disentuh. So tahun depan kita ikhtiar, kita ubah supaya tiada pembaziran dan tiada yang terasa sedih hati.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Satu tragedi lemas kanak-kanak Sibu Jaya yang menyayat hati telah menggemparkan penduduk sekitar Pangsapuri Sibu Jaya, Sarawak, apabila tiga kanak-kanak ditemukan lemas dalam sebuah kolam kumbahan berhampiran kawasan perumahan tersebut pada petang Rabu.
Kejadian pilu itu mencetuskan suasana hiba dalam kalangan penduduk setempat yang tidak menyangka kawasan berhampiran kediaman mereka boleh bertukar menjadi lokasi tragedi meragut nyawa kanak-kanak tidak berdosa.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.03 petang.
Susulan laporan diterima, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya telah digerakkan segera ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan bahawa tiga mangsa kanak-kanak, terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter.
Kolam kumbahan tersebut terletak berhampiran kawasan perumahan dan dipercayai tidak berpagar sepenuhnya, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, sebelum ketibaan pasukan bomba, ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan dari kolam kumbahan itu oleh orang awam yang berada di lokasi.
Mangsa kemudiannya dibawa ke tebing kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum pasukan paramedik tiba untuk memberikan bantuan perubatan kecemasan.
Mangsa tragedi lemas kanak-kanak Sibu Jaya ini dikenal pasti sebagai dua beradik, iaitu Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12 tahun, dan Macx Welwait Merdeka, 9 tahun.
Seorang lagi mangsa ialah seorang kanak-kanak perempuan bernama Daniella Arissa Tayas Maringgai, berusia 10 tahun.
Pemergian ketiga-tiga kanak-kanak ini meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan-rakan serta penduduk sekitar yang mengenali mereka.
Pasukan paramedik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian telah melakukan pemeriksaan ke atas semua mangsa.
Malangnya, kesemua mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian, sekali gus menamatkan harapan untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Mayat ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, termasuk proses dokumentasi dan siasatan menyeluruh.
Setakat ini, punca sebenar tragedi lemas kanak-kanak Sibu Jaya ini masih dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur kecuaian atau faktor keselamatan yang diabaikan.
Insiden tragis ini sekali lagi menjadi peringatan penting kepada ibu bapa, penjaga serta pihak pengurusan kawasan perumahan agar memastikan keselamatan persekitaran, khususnya di kawasan yang berisiko seperti kolam, longkang dan tapak kumbahan.
Langkah pencegahan dan pemantauan rapi amat penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang pada masa hadapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan adalah sebuah amanah, bukan sekadar ikatan antara dua jiwa, tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan kasih sayang, penghormatan, dan kejujuran.
Namun, bila amanah ini diabaikan, ia tidak hanya melukakan hati, tetapi juga menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi asas perhubungan.
Kisah seperti ini bukanlah hal baru, tetapi ia terus menjadi cerminan realiti yang menyakitkan buat mereka yang terperangkap dalam hubungan tanpa penghormatan dan kasih sayang.
Ikuti kata-kata semangat perkongsian Ustaz Shauqi Hasan yang menjadi penguat semangat bagi wanita melalui situasi begini.
Kes Zahnita ni bukannya sekadar soal seorang lelaki yang mendera isteri, tapi ia lebih besar dari itu. Ia soal kuasa, soal ego dan soal tanggungjawab yang gagal. Dalam Islam, perkahwinan itu amanah, bukan medan untuk tunjuk kuasa.
Kau ingat tak, Rasulullah pernah berpesan, “Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (HR Tirmizi). Kalau kita tengok hadis ni, ia bukan sekadar peringatan, tapi satu standard. Kalau kau nak tahu kau lelaki yang baik, tengoklah macam mana kau layan isteri kau. Kalau kau kasar, kalau kau naik tangan, apa lagi yang tinggal dalam maruah kau sebagai suami?
Ada orang fikir, dengan duit, dengan status, mereka boleh buat apa saja. Tapi sebenarnya, duit tak pernah ubah siapa kau. Duit cuma perbesar siapa kau dari awal. Kalau kau memang baik, duit tu akan jadikan kau lebih banyak buat baik. Tapi kalau kau dah ada sifat angkuh, duit tu akan jadikan kau ‘resakse’ (raksaksa) yang bernafsukan harta, takhta dan wanita.
Dalam surah Al-Isra’ (17:37), Allah dah pesan, “Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong.” Sombong ni bukan soal cara kau berjalan saja dik, tapi sikap kau bila kau rasa kau lebih dari orang lain.
Bila aku tengok kes macam ni, Abang sedih bukan sebab dia orang kaya atau miskin. Abang sedih sebab dia gagal jadi manusia yang Allah amanahkan untuk jaga pasangan dia. Dalam perkahwinan, kau bukan hanya berkongsi hidup, tapi kau juga jadi penjaga hati, fizikal dan maruah pasangan kau. Kalau kau gagal jaga, kau bukan lelaki yang hebat, kau cuma lelaki yang takut kehilangan kuasa.
Dik, kalau kau ada duit satu hari nanti, ingatlah, duit tu bukan untuk tunjuk kau hebat. Duit tu untuk kau bantu. Untuk kau pastikan kau jadi contoh, bukan beban pada orang lain. Dan kalau kau lelaki, jadilah lelaki yang tahu beza antara kuasa dan kasih sayang. Sebab kuasa itu sementara, tapi kasih sayang itu yang akan tentukan apa kau tinggalkan dalam dunia ni.
Buat kita semua, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, kaua ingatlah satu benda. Allah tak tengok harta kau, tak tengok siapa yang menang. Allah tengok bagaimana kau guna apa yang Dia bagi.
Kalau kau ada kuasa, gunakan untuk lindung. Kalau kau ada kasih sayang, gunakan untuk bina. Sebab bila semuanya selesai, kita cuma akan dinilai pada satu benda dik, bagaimana kita hidup sebagai manusia.
Kes macam Zahnita ni bukan baru, cuma sekarang lagi ramai yang berani buka cerita. Cerita macam ni bukan sekadar soal suami yang gagal, tapi ia juga soal isteri yang sering rasa terperangkap.
Kepada para isteri yang melalui perkara yang sama, Abang nak cakap, kau tak bersalah. Kau tak lemah. Dan paling penting, kau tak patut diam. Islam tak pernah ajar isteri untuk bertahan dalam derita. Rasulullah sendiri adalah contoh suami yang penuh kasih sayang, yang tak pernah angkat tangan pada isteri-isterinya, malah memuliakan mereka.
Dalam khutbah terakhirnya, baginda pesan, “Berbuat baiklah kepada wanita, kerana mereka adalah amanah di sisi kamu.”
Kalau seorang suami tak boleh faham amanah ni, dia dah hilang kelayakan sebagai pelindung dan kau tak perlu rasa bersalah untuk melangkah ke depan. Kadang-kadang, para isteri takut.
Takut anak-anak kehilangan ayah, takut pandangan orang, takut hidup sendiri. Tapi dik, kalau hidup kau penuh dengan ketakutan, itu bukan kehidupan, itu penjara. Allah tak suruh kita hidup dalam derita.
Allah nak kita bangkit, nak kita tahu nilai diri kita. Dalam surah At-Talaq (65:2-3), Allah janji, “Barang siapa bertakwa kepada Allah, Dia akan bukakan jalan keluar untuknya, dan memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.” Kau kena percaya, kalau kau pilih jalan yang betul, Allah akan ada dengan kau.
Cari sokongan. Jangan malu untuk minta tolong. Kau ada hak sebagai manusia, sebagai isteri, sebagai ibu. Hidup kau lebih dari sekadar bertahan. Dan kalau kau rasa sukar nak buat keputusan, ingat satu benda, anak-anak kau perlukan ibu yang kuat, bukan ibu yang tenggelam dalam penderitaan. Buat para isteri yang baca ni, jangan takut untuk ke depan. Jangan biarkan diri kau terus jadi mangsa. Kau bukan seorang diri. Kau ada Allah.
Kau ada keluarga, kau ada kawan-kawan yang sedia bantu kalau kau buka mulut. Hidup ni terlalu singkat untuk kau habiskan dalam rasa sakit yang tak berkesudahan. Percayalah, ada hidup yang lebih baik menunggu kau, asalkan kau berani ambil langkah pertama.
Peringatan buat kita semua, jangan pernah salahkan isteri yang memilih untuk tinggalkan penderitaan. Mereka bukan gagal, mereka berjaya menyelamatkan diri. Doakan mereka kuat dan kalau kau kenal sesiapa yang perlukan sokongan, jadilah bahu untuk mereka bersandar.
Kita tak boleh ubah dunia seorang diri, tapi kita boleh bantu mereka yang kita sayang untuk berdiri semula. Setuju?
“Ibu sabar menunggu Zarif pulang”, itulah luahan hati seorang ibu yang tidak berganjak dari Pantai Sauh selepas anak lelakinya, Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, dikhuatiri lemas ditarik ombak besar ketika sedang beriadah bersama keluarga.
Apa yang bermula sebagai petang riang bertukar tragedi yang meruntun jiwa. Dalam kejadian sekitar jam 6.32 petang itu, Zarif dikatakan hanya ke gigi air untuk membasuh kaki sebelum tiba-tiba dipukul ombak besar lalu dihanyutkan ke tengah laut. Kejadian kanak-kanak lemas di pantai ini berlaku begitu pantas, tanpa sempat disedari oleh ahli keluarga lain yang berada berhampiran.
Ibu mangsa, Siti Hajar Ismail, 42, seakan hilang kata-kata apabila dimaklumkan tentang kehilangan anaknya. Tanpa berfikir panjang, beliau terus bergegas dari rumah di Kampung Batu Rakit ke lokasi kejadian dan setia menunggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak berkuasa.
“Sebagai ibu, saya hanya mahu Zarif ditemui. Tidak kira apa keadaannya, saya cuma mahu anak saya pulang,” luahnya dalam nada sebak, sambil matanya tidak lepas memandang ke arah laut seolah-olah berharap ada keajaiban berlaku.
Penantiannya bukan sekadar menunggu, tetapi disertai doa yang tidak putus-putus, menggambarkan betapa berat ujian yang sedang ditanggung seorang ibu apabila berdepan kehilangan anak kecil dalam insiden kanak-kanak lemas di pantai.
Turut menemani penantian penuh debar itu ialah nenek Zarif, Khatijah Yusof, 65, yang tidak putus-putus membaca al-Quran di tepi pantai. Setiap helaian ayat dibaca dengan penuh pengharapan, memohon agar Allah mempermudahkan urusan pencarian cucu kesayangannya.
Suasana di Pantai Sauh bertukar sayu, apabila ahli keluarga dan orang ramai yang hadir sama-sama menyaksikan ketabahan dua generasi wanita yang diuji kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Lebih menyentuh perasaan, Zarif sebenarnya sepatutnya memulakan hari pertama prasekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) berhampiran rumah mereka pada hari kejadian. Namun, anak kecil itu seolah-olah memberi petanda awal apabila enggan ke sekolah kerana tidak mahu berpisah dengan adik bongsunya yang berusia tiga tahun.
“Dia kata mahu tidur, tak mahu bangun awal dan suruh saya pula pergi sekolah. Tak sangka itu keletah terakhirnya,” kata Siti Hajar sambil menahan air mata, mengingati detik terakhir sebelum tragedi kanak-kanak lemas di pantai itu berlaku.
Kenangan kecil itu kini menjadi luka besar yang sukar terubat, terutamanya apabila hari yang sepatutnya menjadi permulaan perjalanan pendidikan Zarif bertukar menjadi hari penuh duka buat seluruh keluarga.
Menurut ibu saudara mangsa, Siti Nurul Aina Sahirah Ismail, 31, kejadian berlaku ketika mereka sedang bersiap untuk pulang. Zarif dan sepupunya mahu membasuh kaki di gigi air sebelum tiba-tiba dipukul ombak besar yang datang tanpa amaran.
Dalam keadaan panik, beliau cuba menyelamatkan mereka, namun hanya mampu menyelamatkan seorang kanak-kanak. Zarif yang berada lebih ke hadapan terus dihanyutkan ke tengah laut, menjadikan insiden kanak-kanak lemas di pantai ini satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.
Tragedi ini menjadi peringatan besar buat semua ibu bapa. Walaupun hanya bermain di gigi air, risiko ombak besar dan arus deras sentiasa ada, terutamanya melibatkan kanak-kanak kecil yang tidak mampu melawan kekuatan alam.
Pengawasan rapi, pemilihan kawasan pantai yang selamat, serta kesedaran tentang keselamatan laut amat penting bagi mengelakkan kejadian kanak-kanak lemas di pantai daripada terus berulang dan meragut nyawa yang tidak berdosa.
Buat seorang ibu yang setia menunggu Zarif ‘pulang’, doa seluruh rakyat mengiringi. Semoga diberi kekuatan, ketabahan dan keajaiban yang diharapkan. Sesungguhnya, kehilangan anak adalah ujian paling berat dalam kehidupan, namun kasih seorang ibu tidak pernah terputus walau diuji dengan duka yang mendalam dan menyayat hati.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.