Kecur Air Liur, Limau Kasturi Cicah Gula Pedas. Masam, Manis & Masin Perfect!

Share

Pasti ramai yang kecur air liur bila tengok limau kasturi kan? Setakat sebiji dua guna untuk buat sambal belacan tu kira biasalah. Tapi untuk makan begitu saja mesti tak akan terfikir. Bagaimanapun kalau dibuat air mungkin akan laju sikit habisnya.

Bagi yang nak cuba kelainan atau ada mama yang hamil teringin makan masam-masam, ini mungkin boleh buat hilang pahit mulut atau terliur. Setakat nak makan sikit tu tak ada masalah pun.

Tapi rasanya resepi limau kasturi cicah gula ini bukan orang mengidam je suka, orang yang tak mengandung pun pasti berebut juga makan tambah lagi kalau ada geng yang memang suka makan macam ni.

Perkongsian dari Puan Aisyah Zulaikha cara membuat resepi gula pedas manis ni boleh anda cuba. Senang sangat!

Ni anak bujang punya request..punca tengok video mukbang kat tik tok. Entah merepek-merepek dia minta, tapi sekali dah rasa, eh sedappp.

Seksanya nak mengupas limau kasturi tu. Mahu sebaldi dah air liur bertakung🤣. Gula tu saya buat sendiri je, boleh la kalau nak buat cicah buah-buah nenas ke, mangga ke..

Ni saya share resepi gula tu ye..
Udang kering 1 sudu besar
Cili kering 5 6 biji *ikut tahap kepedasan masing-masing (buang biji)

Dua bahan ni sangai sampai garing ye. Lepas tu tumbuk dengan sedikit garam dan pak aji..blend pun boleh.

Blend kat umah ni rosak tu yang tumbuk.. Dah halus, gaul je dengan gula dalam setengah cawan.. siap..!!!

Kredit: Aisyah Zulaikha

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

IKLAN