Makin kerap pula kes-kes sakit kulit berlaku kepada ibu selepas bersalin. Kebiasaannya ibu akan mula mengalami masalah kegatalan melampau diikuti dengan timbulnya bintik-bintik merah yang gatal di kawasan badan, leher, pelipat-pelipat lengan dan kaki.
Dari sudut perubatan moden ia digelar postpartum hives di mana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon ibu selepas bersalin.
Manakala dari sudut perbidanan Melayu pula ianya digelar meroyan kulit yang disebabkan oleh ketidaklawasan darah kotor selepas bersalin (darah nifas) yang meracun sistem dalaman tubuh ibu.
Untuk ibu-ibu yang sedang mengalami masalah kulit sebegini, apa kata cuba petua bidan-bidan lama ni untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami.
MANDI AIR REBUSAN HERBA KHAS
Ads
– Bahan-bahan air rebusan terdiri dari daun mambu, kunyit, inai dan sireh. Rebus dan
bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan sejuk suhu bilik. Satu lagi suam panas.
Yang sejuk dipupur basuh kulit kepala muka dan leher. Yang suam dimandikan dari bahu
sampai kaki.
PUPUR BEDAK BERUBAT
– Blender kunyit hidup bersama-sama daun mambu. Dicampur dengan bedak sejuk. Dan
diratakan seperti bedak sejuk ke seluruh tubuh setiap hari selepas mandi.
PANTANG LARANG
Ads
– JANGAN guna lulur
– TAK PERLU berbengkung jika tak selesa
– Makan hanya sayur ulam. Ulam yang boleh dalam pantang ialah ulam raja, pegaga,
tenggek burung, daun selum, pucuk mengkudu dan cekur.
– Untuk ikan pula, pilih SEJENIS sahaja jenis ikan untuk dimakana dalam pantang samada
merah, jenahak atau selar
– Boleh makan DAGING
– ELAKKAN benda berperam seperti kicap dan bahan perasa
– Masak makanan cara rebus dan stim sahaja.
– ELAKKAN masak secara tumis dan bergoreng.
Semoga petua-petua bidan lama ini dapat membantu melegakan kegatalan ibu selepas bersalin.
Selamat berpantang!
Ads
Credit:
Datin Sh Anisah Barakbah, penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Keluhan yang biasa didengari selepas seseorang itu bersalin melalui pembedahan caesarean ialah perut buncit dan sukar dikempiskan.
Memandangkan luka jahitan pembedahan masih baru, ramai yang tidak tahu cara betul yang boleh dilakukan bagi membantu mengempiskan bahagian berkenaan.
Bagi merungkai masalah ini, dikongsikan cara untuk kempiskan perut selepas bersalin. Ia bukan sahaja boleh digunakan oleh ibu yang bersalin secara pembedahan, yang melahirkan secara normal pun boleh praktikkannya.
Pemakaian bengkung sangat membantu mengempiskan perut. Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan sapuan limau nipis bersama kapur.
Selepas bersalin, otot perut tidak kuat. Jadi, pemakaian bengkung pada ketika ini membantu menyokong dan menguatkan otot berkenaan di samping membuang lemak di perut.
Bagi yang bersalin secara pembedahan caesarean, anda digalakkan menggunakan bengkung moden yang boleh diubahsuai tahap ketatnya.
Seelok-eloknya pakai bengkung moden selepas 2 atau 3 minggu selepas melahirkan iaitu setelah diyakini luka jahitan pembedahan sudah kering dan baik.
Amalan minum air dalam amaun yang banyak sekali gus akan menyebabkan ruangan perut menjadi besar dan buncit. Sebaik-baiknya minum air sedikit demi sedikit dan minum dalam keadaan duduk.
Apabila minum dalam keadaan berdiri, air yang memasuki tubuh akan memberikan tekanan kepada perut.
Tarian gelekan pinggang seperti tarian Arab membantu menguatkan otot di bahagian pelvis.
Tarian zumba pula memerlukan pergerakan aktif seluruh tubuh. Jadi, semua bahagian tubuh termasuk perut akan menerima kesan positifnya.
Namun begitu, hal ini hanya dapat anda lakukan selepas 6 minggu bersalin. Minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sekarang jenis senaman termasuklah tarian zumba dan tarian Arab.
Keduanya adalah pantang besar jika anda mahu kempiskan perut! Lemak dan gula berlebihan yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan menimbun di dalam badan, termasuklah di bahagian perut
Korset boleh mula dipakai selepas anda selesai berpantang. Penggunaannya adalah bertujuan menstrukturkan semula lemak dan mengurangkan nafsu makan.
Biasanya korset yang dipakai adalah ketat. Jadi, ia akan mengecilkan ruangan bahagian perut dan anda akan berasa kenyang walaupun makan dalam jumlah yang sedikit.
Sebenarnya tiada jalan pintas untuk mengempiskan perut selepas bersalin terutamanya bagi anda yang bersalin secara pembedahan. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Yang penting jaga makan dan rajin bersenam. Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat isteri dan anak. Lagi pula bila mana isterinya pernah mengalami masalah ketika melahirkan anak. Memilih untuk menyambut kelahiran bayi kedua di hospital swasta terpilih, doktor selebriti, Dr Say berkongsi alasannya.
Dalam pada itu, Dr Say turut berkongsi bil hospital kelahiran anak keduanya itu kepada umum.
Kata Dr Say, dia bersyukur kerana segala urusan kelahiran Baby Sef dipermudahkan malah bil yang dijangka lebih banyak dari kelahiran pertama kali itu lebih rendah berbanding terdahulu. Sekadar membuat perbandingan dan menjawab pertanyaan dari pengikutnya, Dr Say berkongsi cerita mengenai bayaran yang dibuatnya.
“Seperti yg dijanjikan, inilah dia bil hospital baby Sef. Masa bersalin Ace dulu untuk 4 hari 3 malam bil hospital was RM20k, jadi bila kami kena tahan 6 hari 5 malam kali ni, saya menjangkakan yang bil akan jadi around RM25k but i was wrong.
“Lepas tolak discount, bil kali ni was RM15k. Yes ada discount kat SJMC. Ramai dm mintak package price SJMC tapi mintak maaf SJMC takde package-package.
“Yang saya tahu kalau bersalin normal kena letak deposit RM8k & kalau caesar kena letak deposit RM12k. Dulu mahal sebab caesar bini berlangsung pada hari minggu (hari minggu charges-nya berbeza ye di hospital swasta),” kongsinya lagi.
Pentingnya risiko keselamatan isteri dan anak
Malah kata Dr Say lagi, terpulang kepada semua untuk memilih samada untuk bersalin di hospital kerajaan mahupun swasta kerana kedua-duanya menyediakan kepakaran yang terbaik.
Bagi dirinya, bapa kepada dua anak ini memilih untuk tidak mengambil sebarang risiko kepada isteri dan anaknya, lebih-lebih lagi isteri Dr Say, Dr Azura yang mempunyai masalah lekatan pada organ dalamannya.
“Membazir lah bersalin kat hospital swasta”. Tak dinafikan mahal bil ni tapi ada sebab kenapa kami pilih SJMC. Pertama, ke-complicated-an bini saya yang mana dia pernah underwent major operation masa dia muda-muda dulu yang organ-organ dalaman dia ada banyak lekatan yang teruk.
” Kedua, SJMC adalah tertiary private hospital yang mana ada banyak kepakaran di situ jadi in case anything happen kepada bini/ baby, boleh setel semuanya terus di situ.
” Masa caesar baru ni usus kecil bini melekat teruk antara satu sama lain menyebabkan bini lambat membuang angin, jadi terus pakar bedah usus datang advise bini untuk xray & terus beri rawatan yang sepatutnya, setel.
“Patut bersalin hospital kerajaan ke swasta?”. Jawapan saya UP TO YOU. Doktor-doktor di hospital govt mahupun swasta sama sahaja ke-efficient-an mereka. Yang membezakan hanyalah keselesaan & kecepatan servis ITU SAHAJA.
“Wife kita bersalin bukan tiap-tiap bulan, jadi apa salahnya kita berikan keselesaan kepada mereka? Saya yang menemani dia pun terasa cukup selesa sepanjang 6 hari 5 malam tu.
“Sekali lagi saya ulang, DUIT BOLEH DICARI & NEVER UNDERESTIMATE REZEKI BABY,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, berkongsi menerusi Instagramnya, Dr Say turut merakamkan sebuah video pertemuan Ace dan adiknya Sef selepas pulang dari hospital tempoh hari sebagai kenang-kenangan.
“Ace Bertemu Sef. Atas permintaan ramai, here is a video of Ace bertemu Sef buat pertama kalinya. I must say theres a mixture of joy & shyness but overall Ace looks happy with the arrival of adik Sef.
Tak sabar nak tunggu dua ni membesar & tengok diorang main bersama, kelahi bersama & stresskan mommy bersama ahaha. Semoga membesar dengan sihat & always put family 1st my dearest sons,” kongsi Dr Say di kapsyennya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, anak kerap selesema dah tentu menjadi merisaukan hati kita sebagai ibu bapa, ya tak?
Menurut Doktor Otorinolaringologi (Ear, Nose & Throat – ENT), Dr Ezairy M.Sallih, 10 langkah ini ibu bapa boleh lakukan di rumah untuk elak anak dari kerap mengalami masalah ini. Antaranya:
1. Cuba elakkan buka aircond sebelum tidur. Ada anak yang tak boleh kena kipas atau aircond secara berterusan. Maka mulalah hidungnya berair dan tersumbat-sumbat. Cuba cara ini, tengok ia membantu atau tidak.
2. Kenalpasti punca anak kita ada masalah hidung. Anda boleh dapatkan temujanji dengan doktor untuk buat ujian alergik skin test. Dari situ anda mungkin akan menemui punca alahan anak anda. Mana tahu?
3. Elak kawasan ramai orang. Yang ini boleh dielak. Terutama apabila nampak anak kita tak berapa nak sihat. Cuba lah elak kawasan yang ramai sangat orang. Virus mudah sangat berjangkit!
4. Sistem udara dalam rumah juga kena baik. Pastikan ada ruang untuk udara keluar masuk dalam rumah kita. Tutup sahaja pintu dan tingkap juga tak elok. Anak kita mungkin juga alah kepada habuk dan udara yang terkumpul di dalam rumah.
5. Cuba kawal makan. Ini juga penting. Penting sebab ada ramai pesakit saya yang mengadu masalah mereka menjadi lebih teruk lepas ambil budu, ada yang lepas ambil belacan, udang, ketam, ayam, telur, kekacang dan lain-lain. Ingat, setiap orang tak sama tindak balas kepada makanan-makanan ini!
6. Elakkan jugak kawasan berhabuk. Construction araa sangat tidak baik untuk anak-anak. Pastikan anda bawa mask ke mana-mana. Apabila lalu ke kawasan-kawasan ini, gunakanlah ia.
7. Ubat makan antihistamin. Ya, ubat antihistamin seperti piriton, loratadine dan cetirizine(zyrtex) boleh mengurangkan simptom hidung yang disebabkan alahan iaitu allergic rhinitis. Perlu jumpa doktor dahulu!
8. Nasal spray. Ubat spray hidung juga amat membantu. Ada beberapa jenis yang boleh digunakan, ikut kesesuaian. Anda dinasihat tidak terus membeli di farmasi. Dapatkan pemeriksaan bersama doktor dahulu.
9. Rujukan ke ENT clinic. Bagaimana caranya? Anda boleh minta surat rujukan daripada mana-mana klinik untuk dirujuk ke klinik pakar ent di hospital.
10. Konsisten dengan ubat. Setelah ubat diberi oleh doktor, masih ada pesakit yang masih alami masalah mereka. Apabila ditanya, ubat pun on and off pakainya. Sebab itu, konsisten dalam penggunaan ubat yang diberi adalah amat penting.
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.