Seperti yang kita tahu kebaikan susu ibu didalamnya terkandung zat hidup yang sangat baik untuk bayi dan hanya ada didalam susu ibu. Jadi cara suamkan susu juga perlulah tepat untuk menjaga dan mengekalkan zat-zat susu ibu ini supaya dapat diberikan pada bayi.
Susu yang dipanaskan terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan susu menjadi ‘overheat’ atau terlebih pemanasan. Ia boleh mengurangkan kadar lemak dalam susu ibu, disamping boleh mengurang atau memusnahkan zat-zat yang ada dalam susu ibu.
Sayanglah kan? Sebab tu penting ya proses suamkan susu ini sebab kita nak kekalkan kebaikan susu ibu ini supaya bayi dapat sepenuhnya.
BAGAIMANA CARANYA?
Suhu yang digalakkan untuk suamkan susu ibu adalah 37-40°c. Dipercayai untuk meniru paras suhu tubuh manusia.
Sebelum suamkan, susu perlulah dicairkan terlebih dahulu. Proses ini digalakkan dibuat secara perlahan bukan secara drastik.
1. Malam sebelum susu digunakan, susu beku dari peti beku dikeluarkan mengikut sistem FIFO (First In First Out)
2. Lalukan dibawah air atau rendamkan susu didalam semangkuk air, kemudian masukkan ke bahagian sejuk dingin peti ais semula.
Ads
3. Jika menggunakan plastik penyimpanan susu (plastic storage), digalakkan untuk pindahkan susu ke dalam botol susu apabila susu sudah cair.
4. Suamkan susu menggunakan nisbah 1:2
1 bahagian air panas didih dicampurkan dengan 2 bahagian air paip. Nisbah ini sangat bersesuaian dan anda akan dapat air dengan suhu sekitar 37°c, suhu yang disarankan untuk suamkan susu ibu.
Atau boleh gunakan penghangat susu(warmer) yang banyak dijual di pasaran kini. Tetapkan pada suhu 40°c dan ke bawah.
Ads
MENGHANGATKAN SUSU MENGGUNAKAN MICROWAVE
Susu ibu TIDAK BOLEH dihangatkan di dalam microwave. Ini kerana,
Penggunaan microwave semasa menghangatkan susu membuatkan susu tidak disuamkan dengan sekata. Terdapat bahagian yang panas secara berlebihan (hot spots) dan sebaliknya. Hot spot berisiko mengakibatkan lecur pada mulut bayi.
Agak sukar mengawal suhu menggunakan microwave dan boleh mengakibatkan Overheat berlaku.
APA ANDA PERLU TAHU?
Ads
Susu yang telah disuamkan hanya boleh digunakan SEJAM saja selepas disuamkan. Jika bayi tidak minum atau menghabiskannya, susu perlu dibuang. Jadi suamkan dan kuantiti yang diperlukan sahaja ya.
Susu beku yang sudah dicairkan di dalam peti sejuk bahagian dingin (chiller) TIDAK BOLEH DIBEKUKAN semula, perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam selepas dicairkan. Kerana itu digalakkan simpan susu mengikut amaun bayi minum bagi satu sesi atau 2 ke 3 kali sesi bayi minum mengikut keperluan bayi. Jadi cairkan,terus bahagi dan habiskan susu yang telah dicairkan.
Susu yang telah disuamkan, TIDAK BOLEH DISUAMKAN SEMULA. Anda juga boleh mencuba berikan bayi susu perahan yang tidak disuamkan.
Bagi pasangan berkahwin, isu merancang keluarga sering menjadi keutamaan, terutama bagi mereka yang mahu menjarakkan kelahiran atau belum bersedia menambah cahaya mata. Antara kaedah moden yang semakin mendapat perhatian kini ialah implanon, sejenis implan kecil yang dipasang pada lengan dan mampu mencegah kehamilan sehingga tiga tahun dengan kadar keberkesanan hampir 99.9 peratus.
Baru-baru ini, pempengaruh popular dan ibu kepada tiga cahaya mata, Iman Abdul Rahim, berkongsi pengalaman sebenar menanggalkan serta memasang semula implanon selepas tiga tahun digunakan.
Menurut Iman, prosedur tersebut sangat ringkas dan tidak menakutkan seperti yang dibayangkan. Doktor hanya membuat torehan kecil pada kulit lengan dengan bius setempat sebelum memasukkan implan.
“Untuk rate kesakitan, saya bagi 3/10 sebab ada bius. Lepas tu memang tak rasa sangat. Aktiviti harian termasuk bersenam pun tidak terganggu,” katanya dalam video di media sosial.
Beliau menambah, walaupun sibuk dengan aktiviti pilates, mengangkat barang berat serta senaman, implanon langsung tidak menjejaskan gaya hidupnya.
Namun, Iman menasihati para ibu yang menggunakan implanon agar berhati-hati jika mahu berurut. Katanya, sebaiknya maklumkan kepada tukang urut terlebih dahulu supaya tidak menekan bahagian lengan yang dipasang implan.
Implanon ialah rod halus seakan batang mancis yang dimasukkan ke bawah kulit lengan atas. Ia mengandungi hormon etonogestrel yang bertindak:
Menghalang proses ovulasi.
Menebalkan mukus serviks untuk menyukarkan sperma menembusi rahim.
Kaedah ini hanya boleh dilakukan oleh doktor bertauliah dan mampu memberikan perlindungan berpanjangan sehingga tiga tahun tanpa perlu risau tentang pengambilan pil setiap hari.
Seperti kaedah perancang keluarga lain, implanon turut mempunyai beberapa kesan sampingan, antaranya:
Perubahan corak haid (ada yang jadi tidak teratur atau kurang darah haid).
Ketidakselesaan kecil di kawasan lengan.
Simptom ringan seperti sakit kepala atau perubahan emosi, bergantung individu.
Namun begitu, majoriti pengguna mendapati kaedah ini lebih praktikal kerana tidak mengganggu aktiviti seharian.
Dengan tahap keberkesanan hampir 100 peratus, implanon kini menjadi pilihan praktikal dan selamat bagi pasangan berkahwin yang mahu merancang keluarga dengan lebih yakin. Apa pun, setiap ibu perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan kaedah ini sesuai dengan keadaan kesihatan masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.
Jangan risau kerana ada cara untuk ibu memgatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.
Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Zatiha Nani Ishak, teknik ini sesuai untuk anda yang ada masalah susu merudum. Namun bagi ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, anda perlu mengutamakan penyusuan secara terus terlebih dahulu.
ADA DUA CARA
Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah!
Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Obesiti di kalangan kanak-kanak dedah risiko hidap macam-macam penyakit. Jika berat badan anak-anak tidak dikawal sejak dari awal mereka berisiko untuk menjadi golongan dewasa yang obesiti.
Berat badan kanak-kanak bertambah sepanjang proses tumbesaran. Berat badan yang sempurna (‘ideal weight’) juga bertambah mengikut umur. Oleh itu, kita perlu merujuk kepada carta ‘body mass index’ (BMI) untuk mengetahui sama ada berat badan anak kita normal (rajah 1).
Apa yang dimaksudkan dengan berlebihan berat badan?
Berlebihan berat badan atau yang lebih serius ialah obesiti, telah ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berdasarkan body mass index (rajah 1).
Apakah maksud obesiti?
BMI = berat (kg) / tinggi² (m²)
Berlebihan berat badan: BMI pada atau melebihi ‘percentile’ ke 85 (rajah 1)
Obesiti : BMI pada atau melebihi ‘percentile’ ke 95
Obesiti yang serius: BMI melebihi ‘percentile’ ke 99
Adakah masalah gemuk ini kerap berlaku di Malaysia?
Masalah gemuk di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia semakin meningkat dan telah mencapai 30%.
Apa yang menyebabkan obesiti?
Faktor persekitaran ialah faktor penyebab utama untuk obesiti walaupun kita tahu faktor genetik juga memainkan peranan.
Apabila ibu bapa gemuk, anak mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi gemuk kerana mengalami faktor persekitaran dan faktor genetik yang sama.
Faktor genetik tidak boleh diubah. Oleh itu, kita perlu menumpu perhatian kepada faktor persekitaran untuk mencegah obesiti.
Kurang daripada 1% kes berlebihan badan yang dirujuk ke hospital dikenalpasti berpunca daripada masalah hormon dan masalah genetik.
Walau apa pun penyebabnya, masalah obesiti berlaku apabila pengambilan kalori melebihi penggunaannya.
Peningkatan berat badan = pengambilan kalori > penggunaan kalori
Risiko kesihatan apabila berlebihan berat badan
Kanak-kanak berlebihan berat badan terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan;
Diabetes Mellitus jenis 2: Ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia seawal 8 tahun.
*Tekanan darah tinggi – Tekanan darah bertambah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan membebankan jantung dan membawa kerosakan kepada jantung.
*Masalah hati – Masalah hati berlemak (‘Fatty liver disease/ nonalcoholic steatohepatitis or NASH‘) sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi hati (‘liver failure, cirrhosis‘).
*Kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (‘Obstructive sleep apnea‘): Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.
*Batu karang pada pundi hempedu (Gallstones) – Kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.
*Kerosakan sendi – Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.
*Sindrom metabolik dan risiko penyakit jantung – Sindrom metabolik terjadi apabila pesakit obes juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan 30-40% kanak-kanak obes dan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.
*Penyakit Jantung – ‘Atherosclerosis’ (perubahan pada dinding pembuluh darah) ialah masalah yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik.
*Masalah haid – kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (‘uterine fibroid’) and masalah kitaran haid apabila dewasa.
*Membesar menjadi orang dewasa yang gemuk – Kanak-kanak obes lazimnya membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Setengah daripada orang dewasa yang gemuk juga gemuk pada zaman kanak-kanak.
*Kemurungan – Masalah obes sering dikaitkan dengan masalah kemurungan dan kurang keyakinan diri. Ini boleh menyebabkan masalah susah tidur, kurang aktif, makan berlebihan dan seterusnya menambahkan lagi berat badan pesakit obes.
Bagaimanakah mengatasi masalah obes pada kanak-kanak?
Orang dewasa yang obes harus mengurangkan berat badan. Kanak-kanak obes pula perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran (berat kekal semasa tinggi sedang bertambah). Ini boleh memperbaiki semula kesihatan kanak-kanak obes.
Masalah kesihatan berkaitan dengan obes boleh dikurangkan dengan tabiat makan yang baik dan senaman yang kerap.
*Kegiatan fizikal setiap hari, selama sekurang-kurangnya 1 jam. Ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot. Kanak-kanak patut terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal yang menyenorokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah perlu digalakkan.
*Sokongan dan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka. Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan menggunakan satu carta. Pujilah mereka sekiranya mencapai matlamat. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.
*Hadkan aktiviti sedentari, iaitu tidak boleh melebihi 2 jam sehari (video atau wayang, permainan video, aktiviti komputer). Ini tidak termasuk ulangkaji dan kerja sekolah. Elakkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga.
*Galakkan kanak-kanak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.
*Makan mengikut masa, iaitu untuk sarapan pagi, tengahari dan malam. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan terlebih makan kemudian.
*Makan sarapan pagi, tengahari dan malam di rumah bersama ahli keluarga. Elakkan makan sambil menonton televisyen.
*Jangan meletakkan televisyen di bilik tidur anak.
Bilakah kanak-kanak obes perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Endokrin?
Kanak-kanak obes perlu dirujuk ke Pakar Pediatrik Endokrin apabila:
– Terdapat komplikasi daripada obesiti.
– Diabetes Mellitus jenis 2 berlaku.
*Kanak-kanak obes yang mengalami masalah kemurungan perlu dirujuk kepada Pakar Psikologi.
Adakah ujian darah diperlukan untuk kanak-kanak obes?
1.‘Oral glucose tolerance test’ (Ujian darah untuk paras glukos pada permulaan ujian dan 2 jam selepas pengambilan glukos) untuk mengesan penyakit diabetes mellitus. Ini perlu dilakukan pada kanak-kanak obes yang:
*Berumur > 10 tahun (pada akhil baligh sekiranya ini berlaku sebelum umur 10 tahun).
*Mempunyai 2 atau lebih faktor risiko.
*Diabetes Mellitus jenis 2 dikalangan ahli keluarga (generasi pertama dan kedua) bangsa ‘African-American, Hispanic, American Indian, Asian, or Pacific Islander origin’.
*Mempunyai ‘acanthosis nigricans’ (kulit gelap dan tebal pada leher), ‘polycystic ovary syndrome’, tekanan darah tinggi, dan masalah kolesterol tinggi.
2.Ujian lain termasuk:
*Ujian darah untuk paras kolesterol.
*Ujian darah untuk fungsi hati (‘liver function test’).
*Ultrasound untuk mengesan hati berlemak (fatty liver).
Apakah ubat yang berkesan mengurangkan berat badan kanak-kanak obes?
Penggunaan ubat langsing badan terhadap kanak-kanak obes adalah sangat terhaddisebabkan oleh kesan sampingan ubat kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat kadang-kala boleh dipertimbangkan untuk jangka pendek bagi pesakit tertentu.
Bagaimana mencegah masalah berat badan berlebihan dikalangan kanak-kanak?
Pilihlah gaya hidup yang sihat. Amalkan senaman dan pengambilan makanan seimbang setiap hari.
Mengajar kanak-kanak tentang gaya hidup sihat akan meningkatkan proses pembelajaran mereka di sekolah di samping mengekalkan badan yang sihat dan kuat.
Ibu bapa disarankan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah anak mereka bagi mewujudkan persekitaran yang baik.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!